Steven Johnson Syndrome
Fakta berkenaan ubat titis mata*
* Dipetik daripada blog myPharmacists.
Sequence of instillation (if more than one type of topical drugs are to be used):
1) solution
For contact lens wearer, instill the eye drop first, then wait for 15 minutes before putting on the contact lens.
Tear film is a barrier to effective drug delivery. Tear film penetration can be increased by manually blocking the nasolacrimal duct and tilting the head backwards. Occlusion of the nasolacrimal ducta after instillation of eye drop, minimises systemic absorption.Examples of systemic side effects: Gutt chloramphenicol may cause aplastic anaemia, Gutt timolol may cause acute exacerbation of bronchial asthma.
Once an eye drop passes the tear film, it penetrates the retina which is the major site of absorption for topical drugs.
1 drop of eye drop: only 50% reach the site of action.
The iris acts as a reservoir for drugs instilled into the eye. Prostaglandin analogues used for glaucoma may change colour of iris as they stay in the iris.
Hydrophilic drugs do not enter the retina easily. They are prevented by tight junctions complexes at the retinal pigment epithelium, hence retinal toxicity is seen in certain drugs. E.g. Gutt. chloramphenicol may cause optic nerve toxicity.
Kesan ubat yang tidak diingini (Adverse Drug Reaction)
Jenis | Contoh | |||
---|---|---|---|---|
Immunologik | ||||
Reaksi jenis 1 (melibatkan IgE) | Alahan kepada β-lactam antibiotic | |||
Reaksi jenis 2 (sitotoksik) | Hemolytic anemia akibat penicillin | |||
Reaksi jenis 3 (kompleks imun) | Alahan kepada anti-thymocyte globulin | |||
Reaksi jenis 4 (tertangguh, melibatkan sel) | Bengkak/ruam kulit akibat ubat sapu antihistamine | |||
Pengaktifan sel T spesifik | Ruam cacar akibat sulfonamides | |||
Fas/Fas ligand-induced apoptosis | Stevens-Johnson syndrome | |||
Lain-lain | Sindrom lupus akibat pengambilan ubat | |||
Sindrom alahan kepada ubat epilepsi | ||||
Bukan Immunologik | ||||
Boleh dijangka | ||||
Kesan sampingan ubat primer | Mulut kering akibat antihistamines | |||
Kesan sampingan ubat sekunder | Jangkitan fungi/yis semasa mengambil antibiotics | |||
Kesan toksik ubat | Kesan toksik pada hati akibat pengambilan methotrexate | |||
Interaksi antara ubat-ubatan | Sawan akibat mengambil theophylline selepas memakan erythromycin | |||
Dos berlebihan | Sawan akibat pengambilan berlebihan lidocaine (Xylocaine) | |||
Tidak boleh dijangka | ||||
Pseudoallergic | Alahan teruk selepas terdedah kepada media radio-kontras | |||
Idiosyncratic | Hemolytic anemia di kalangan pesakit yang kekurangan enzim G6PD selepas mengambil primaquine (ubat anti malaria) | |||
Kegagalan untuk toleransi kepada ubat | Telinga berdengung setelah memakan satu dos kecil aspirin |
Macam mana nak tau lepas makan sesuatu ubat tu, kita mengalami kesan yang diingini atau pun tak diingini? Memang sukar jugak la nak tau dengan sendiri. Jadi nak bagi senang cerita macam ni, bila anda semua memperoleh sesuatu jenis ubat daripada kaunter farmasi, pastikan anda diberitahu serba sedikit maklumat menenai ubat tu - apa kegunaan ubat tu, apa kesan yang dijangkakan daripada ubat tu sama ada kesan baik atau kesan buruk. Sebagai contoh, baca la perbualan kat bawah ni: | ||||||||
Pegawai Farmasi: Pakcik, ni ada dua jenis ubat, pakcik kena makan ubat ni untuk penyakit pakcik. | ||||||||
Pakcik Karl : Ok, amendanya ubat tu. Cuba cerita sikit. | ||||||||
Pegawai Farmasi: Ini yang warna kuning ni, perindopril. Ubat ni untuk darah tinggi pakcik. Kena makan waktu pagi sebelum makan sarapan. Makan 1 biji sekali sehari. Yang ubat satu lagi ni ubat tahan sakit, tramadol. Ubat ni makan bila rasa sakit je, sekali makan boleh makan sebiji, paling banyak bol | ||||||||
Pakcik Karl : Kalau makan ubat kuning hijau macam bendera kedah ni (tunjuk jari kat tramadol), lepas makan patutnya rasa sakit kurang la sikit kan. Tapi yang ubat bijik kuning ni, amenda ke tadi, perindopril, kalau pakcik makan..macam mana nak tau ubat ni dah bagi kesan ke tak? | ||||||||
Pegawai Farmasi: Ubat perindopril ni, bila pakcik dah makan dalam tempoh seseminggu dua ni, sepatutnya pening kepala pak cik makin kurang la. Lepas tu, nanti kalau makan ubat ni nanti selalunya ada batuk2 la sikit. Kalau teruk sangat batuknya, pakcik datang balik la hospital, jumpa doktor bagitau pasal batuk tu. | ||||||||
Pakcik Karl : Ooo. Makan ubat-ubat ni takde kesan lain ke, sembelit ke, muntah darah ke, payah nak kencing ke? | ||||||||
Pegawai Farmasi: Takdela extreme sampai camtu pakcik..Aa, satu lagi kalau makan ubat tramadol tu ada kemungkinan sembelit, pening2 sikit, jadi kena minum banyak air la pakcik ye | ||||||||
Pakcik Karl : Ooo. Ok2. Selain tu, takde kesan2 adverse effect lain ke? | ||||||||
Pegawai Farmasi: Er, setakat yang saya cerita tadi tu jela biasanya, lain2 takde sangat. Ala ubat pakcik ni sikit je, bukan sampai 7-8 ubat pun, rilek la pakcik, takyah takut. Pakcik add saya kat facebook, ape2 hal kalau ade benda2 lain jadi kat pakcik yg pakcik rasa sebab ubat yang pakcik makan tu, pakcik tulis je kat wall saya, ok? | ||||||||
Pakcik Karl : Okeh, set. Assalamualaikum |
Senarai Ubat-Ubatan dan Kosmetik yang Dibatalkan Pendaftaran di Malaysia
Bil | Nama produk | No. pendaftaran | Bahan kimia yang dikesan | |||
1 | Phyto-Hape | MAL05101774T | Sibutramine | |||
2 | Phyto Shape | MAL20051399TE | Sibutramine | |||
3 | Etumax Eurycoma Active Plus | MAL05101707T | Sildenafil analogue | |||
4 | Loong Choo Brand Reh Bih Ho Herbal Tea | MAL20001175T | Paracetamol | |||
5 | Jinglida | MAL07031203T | Aminotadalafil* | |||
6 | Bodybeaus | MAL06030982TCS | Sibutramine | |||
7 | Eng Luan Codyceps, Chuanbei Plus Cough Pill 3.5gm | MAL19992654TC | Diphenhydramine | |||
8 | Senna Plus Capsule 400mg | MAL06100615TC | Sibutramine |
Tahun 2008
Bil | Nama produk | No. pendaftaran | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Ju Purt Jen Chin Yen (Cap Fuu Cheng) | MAL19971673T | Ephedrine |
2 | Bionex | MAL20041038TC | Sibutramine |
3 | Edoly Kapsul | MAL07090970T | Chlorpheniramine |
4 | Pronoton | MAL20033871T | Sildenafil & analogue |
5 | Venergy capsule 300mg | MAL04125617T | Sildenafil analogue |
6 | ML Spring Returns | MAL06121139T | Sildenafil analogue |
7 | ML Viraken capsule | MAL05041920T | Sildenafil analogue |
8 | Tribulus Plus capsule 400mg | MAL06081348TC | Sildenafil analogue |
9 | Epimedi Plus capsule 400mg | MAL06100617T | Sildenafil analogue |
10 | Primalex | MAL06121124T | Sildenafil analogue |
11 | Spartan | MAL06121203TC | Sildenafil analogue |
12 | Xiao Tang Ling | MAL20031850T | Glibenclamide |
13 | Xanthium plus | MAL06100693TC | Ibuprofen & Budesonide |
14 | Slimway Herbs | MAL19992643T | Sibutramine |
Tahun 2010
Bil | Nama produk | No. notifikasi | Bahan kimia yang dikesan | |
1 | NV Toner Treatment No 1 | NOT05010130KE | Hydroquinone & Tretinoin | |
2 | NV Toner Treatment No 2 | NOT05010129KE | Hydroquinone & Tretinoin | |
3 | Zara Rejuvenation Cream | NOT04081873KE | Hydroquinone | |
4 | Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream | NOT081201209K | Tretinoin | |
5 | Pigmentation Recovery Complex | NOT081200745K | Tretinoin | |
6 | De Putih Night Cream | NOT05100878KE | Tretinoin |
Tahun 2009
Bil | Nama produk | No. notifikasi | Bahan kimia yang dikesan | |
1 | Felisa Gentle Peeling Solution | NOT07080210KE | Tretinoin | |
2 | Krim Malam Rahsia Rimba | NOT080801112K | Hydroquinone | |
3 | Biocosmet Whitening Essence Cream | NOT07122920KE | Hydroquinone | |
4 | ~H2O+ Waterwhite Brightening Night Cream | NOT04102838KE | Hydroquinone | |
5 | Magixpress Lightening Plus | NOT07121009KE | Hydroquinone | |
6 | A.Vant Cream | NOT05022860KE | Tretinoin | |
7 | Eriesya Spa Beauty Cream | NOT07122412KE | Hydroquinone | |
8 | Natasya Krim Herba | NOT07090337KE | Hydroquinone &Tretinoin | |
9 | Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya | NOT03090150KE | Tretinoin | |
10 | Ratna Sari Whitening Night Cream | NOT080700826K | Tretinoin | |
11 | ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream | NOT04082451KE | Hydroquinone | |
12 | Chantique - Whitening Night Cream | NOT04121404KE | Tretinoin |
Tahun 2008
Bil | Nama produk | No. notifikasi | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Khazanah White Pembersih Wajah | NOT05040954KE | Hydroquinone |
2 | Gloskin Krim Malam & Siang | NOT05082557KE | Hydroquinone |
3 | Reena's Astringen Lanjutan | NOT05010659KE | Hydroquinone |
4 | Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk | NOT07020213KE | Hydroquinone |
5 | EETYE Whitening Cream | NOT06080859KE | Hydroquinone |
6 | O'Lynn Skin Lightening Cream | NOT06110164KE | Tretinoin |
| ||||||||
Sumber senarai ubat-ubatan dan kosmetik: laman web rasmi Biro Farmaseutikal Kebangsaan. Klik di sini untuk senarai ubat-ubatan tradisional dan di sini untuk senarai kosmetik-kosmetik (senarai-senarai tersebut tertakluk kepada pindaan, anda digalakkan untuk melayari laman web Biro untuk mendapatkan senarai terbaru yang berubah dari semasa ke semasa. | ||||||||
Trivia for pharmacist (1)
For management of COPD, short acting anticholinergic (ipratropium) is superior than short acting beta agonist (salbutamol) due to longer bronchodilating effect of the anticholinergic (GOLD guideline, 2009)
Download GOLD guideline here
Jawapan kepada soalan di post Antibiotik dan Anda U/P nickname: -rahz-
boleh tumpang tanya..
anak sy kena demam, selsema & batuk.
dr bekalkn ampicillin, kena mkn 7hari. 3x sehari.
baru mkn 2 kali.
msalahnya anak sy ni akn muntah lepas mkn ubat sebab dia menangis setiap kali ubat diberi.
jika sy stop beri dia ampicillin tu boleh tak?agak2nya apakah side effect nya?
rasanya sy x boleh nak bertahan smpi 7hari nak bergelut dgn dia masa bg ubat dan lepas tu dia akan termuntah.
keep waiting for your reply. tq in advance.
1. kalau anak puan muntah2 selepas setengah jam ubat antibiotik tu diminum,
- puan tak perlu bagi dia minum ubat tu sekali lagi sebab selalunya selepas setengah jam ampicillin diminum, ubat tu dah diserap masuk ke dalam badan melalui perut
2. Kalau anak puan muntah2 selepas kurang daripada setengah jam selepas minum antibiotik tu:
- kalau anak puan menyusu botol ataupun dah boleh makan makanan bayi, puan boleh campurkan dos antibiotik tu ke dalam makanan anak puan , kemudian bagi dia makan makanan tu/atau menyusu. puan boleh campurkan sedikit demi sedikit dos antibiotik tu ataupun campurkan terus semua sekali, bergantung kepada sebanyak mana kuantiti makanan yang diberi.
- kalau anak puan masih lagi muntah2 walaupun selepas antibiotik tu diberi melalui campuran makanan, saya cadangkan puan bawa anak puan berjumpa doktor untuk membolehkan doktor membuat penilaian sama ada antibiotik tu perlu ditukar ataupun tidak.
Kalau ada lagi kemusykilan puan boleh bertanya kepada saya atau tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.
Khairul Naim bin Zainal Abidin
Pegawai Farmasi
Hosp Sibu, Sarawak
ANTIBIOTIK DAN ANDA
Antibiotik merupakan ubat yang digunakan untuk merawat simptom & tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Di kalangan profesional dalam bidang klinikal, antibiotik juga merupakan istilah yang digunakan khusus untuk merujuk kepada ubat yang digunakan bagi merawat jangkitan bakteria (contoh ubat: amoxicillin, ceftriaxone, gentamicin, vancomycin), manakala antifungal merujuk kepada ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat/fungus (contoh ubat: ketoconazole, fluconazole, itraconazole, anidulafungin, caspofungin). Antiviral pulak ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan virus seperti HIV, H1N1 (contoh ubat: oseltamivir, zanamivir. lamivudine, nevirapine). Dalam post kali ni, kita akan bercerita tentang antibiotik.
Pertama sekali, macam mana nak tahu sesuatu ubat tu merupakan antibiotik ataupun tak? Kebiasaannya doktor akan beritahu yang mereka akan beri anda antibiotik sebaik anda anda diperiksa oleh doktor, ataupun ahli farmasi akan beritahu jenis ubat apa yang anda terima masa ubat diberi kepada korang. Katakan semasa ubat diberi kepada anda, ahli farmasi tak bagi tau pun apa kegunaan ubat tu (perkara nitak patut berlaku, seriously perkara ni memang memalukan kalau berlaku) tapi kalau mereka tak bagitau, pastikan anda tanya ahli farmasi tersebut, apa kegunaan ubat tu. Dan pastikan pada bekas/sampul/kotak ubat tu ditulis dengan perkataan "antibiotik". Tapi katakan la anda baru balik daripada kerja/universiti/sekolah, sampai2 kat rumah tengok ada ubat kepunyaan ayah/mak/atau sape2 je, dan anda tak tau ape jenis ubat tu. Macam mana nak tau ubat tu antibiotik ke tak? Berikut merupakan cara mudah nak kenalpasti jenis2 antibiotik.
Bagi antibiotik jenis Penicillin, nama kandungan aktif (active ingredient) bagi ubat tu akan berakhir dengan imbuhan -cillin. Contoh: Amoxycillin, Cloxacillin, Ampicillin
Bagi antibiotik jenis Macrolides, nama ubat tu selalunya berakhir dengan imbuhan -thromycin. Contoh: Azithromycin, Clarithromycin
Bagi antibiotik jenis Cephalosporin, nama ubat selalunya bermula dengan imbuhan -cef. Contoh: Cefuroxime, Ceftazidime, Cefotaxime
Bagi antibiotik jenis sulfonamide, kalau kat Malaysia, paling common jenis ni Co Trimoxazole a.k.a Sulfamethoxazole + Trimethoprim a.k.a Bactrim
Baiklah, bukan tugas anda nak ingat nama2 ubat ni, terutama kalau anda semua bukan ahli farmasi. Langkah terbaik untuk tau jenis ubat ni, ialah dengan cara menghubungi ahli farmasi di hospital/kedai farmasi terdekat kalau nak dapatkan kepastian yang lebih lanjut, okeh.
Sekarang dah tau la sikit camne nak kenal ubat ni, melalui nama dia. Lebih baik sekarang kita straight away kepada fakta2 pasal antibiotik ni.
1. Bekalan ubat antibiotik perlu dihabiskan. Kalau anda dapat 42 butir, maka habiskanlah 42 butir ubat tu. Kecuali kalau antibiotik tu diberikan dalam bentuk cecair dan ahli farmasi bagitau anda , makan selama seminggu je, lepas tu tak perlu habiskan. Antibiotik perlu dimakan selama waktu tertentu untuk mengelakkan kuman daripada kebal terhadap antibiotik ni
2. Sesentengah antibiotik boleh mengakibatkan alahan dan kesan sampingan yang serius, terutamanya jenis penicillin dan cephalosporin. Kalau anda tiba2 dapat ruam kat badan atau sesak nafas lepas makan antibiotik, atau suhu badan bertambah melebihi 38 darjah selsius sebaik je lepas makan antibiotik, sila segera berjumpa doktor dengan segera
3. Minum banyak air kalau anda makan antibiotik, selepas 2 jam anda makan antibiotik tu. Sesetengah antibiotik dikeluarkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing, jadi banyakkan minum air untuk bersihkan buah pinggang anda .
4. Beritahu ahli farmasi/doktor kalau anda sekiranya anda ada masalah buah pinggang, atau mengandung ataupun menyusukan anak dan dalam masa yang sama antibiotik diberikan kepada anda. Sesetengah antibiotik tak sesuai untuk golongan ibu mengandung/menyusukan anak, dan pengubahsuaian dos diperlukan kalau pesakit ada masalah buah pinggang.
5. Pastikan anda bagitau ahli farmasi/doktor dan dapatkan nasihat mereka kalau anda nak makan makjun, ubat-ubat herba ataupun tonik jika dalam masa yang sama korang kena makan antibiotik - untuk mengelakkan interaksi antara ubat-ubatan.
6. Sesetengah antibiotik perlu dimakan dengan perut kosong, ada yang boleh dimakan masa perut penuh dengan makanan. Pastikan ahli farmasi bagitau anda antibiotik tu kena makan masa bila, masa perut kosong ke atau boleh je ambik lepas makan nasik.
7. Ada sesetengah antibiotic tak boleh dimakan berserta produk tenusu/susu, e.g tetracycline. Pastikan anda diberitahu sama ada boleh ke tak anda minum susu sekali dengan antibiotik tu.
Ada apa2 yang tak faham, boleh tanya kat ruang komen. TQ
UBAT-UBATAN DAN ANDA
Setiap manusia yang hidup zaman sekarang ni, boleh dikatakan hampir semuanya pernah memakan bahan kimia yang dinamakan sebagai ubat. Jadi sekarang aku nak berkongsi tentang asas-asas dan perkara-perkara yang anda perlu tahu setiap kali anda menggunakan ubat-ubatan atau alat-alat yang berfungsi untuk memasukkan sebarang jenis ubat ke dalam badan korang.
Terlebih dahulu, sedikit pengenalan tentang terminologi/istilah dalam bidang farmakologi (kajian tentang ubatan) dan perubatan (kajian tentang penyakit dan cara2 mengubati penyakit). Dalam bidang farmakologi, kebiasaannya anda akan bertemu dengan tiga kumpulan bahan kimia iaitu:
(a) dadah - sebarang bahan kimia yang boleh menyebabkan perubahan dalam fungsi dan keadaan normal badan. Contohnya, perindopril boleh menurunkan tekanan darah, morfin boleh menyebabkan halusinasi dan khayal
(b) ubat - bahan kimia yang digunakan untuk mengubati penyakit ataupun tanda-tanda penyakit. Ubat mungkin digunakan untuk mengawal penyakit dengan cara mengubah fungsi dan keadaan normal badan (contoh: atenolol boleh menurunkan kadar denyutan jantung), dan juga mungkin digunakan dengan tujuan untuk menghapuskan punca penyakit (contoh: penisilin digunakan untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan).
selain daripada ubat yang kita sapu (for external use) atau yg disuntik, kebiasaannya ubat yang kita makan ni akan melalui proses macam ni:
- penyerapan, kalau makan melalui mulut ubat tu hancur kat perut, pastu diserap masuk kat perut @ usus, bergantung kpd sifat asid/alkali ubat tu.
- distribution/pengedaran, ubat tu diserap masuk ke dalam salur darah, kemudian ubat tu dibawa ke seluruh badan mengikut aliran darah. jadi semasa proses distribution ni, ubat akan sampai ke pelbagai organ - hati, limpa, jantung, otak dan sebagainya
- metabolisma, ubat tu dibawak ke organ kemudian diproses oleh organ (kebanyakan ubat diproses di hati).Masa kat sini ubat tu akan mengalami salah satu daripada perubahan ni: jadi inactive metabolite ataupun active metabolite. Inactive metabolite akan disingkirkan daripada badan, kalau active metabolite pulak akan bahan aktif yang berfungsi untuk mengubat penyakit.
- penyingkiran daripada badan. Ubat yang berada dalam aliran darah akan disingkirkan sama ada melalui hati ataupun buah pinggang.
(c) racun - bahan kimia yang mengakibatkan kesan toksik yang boleh menyebabkan ancaman terhadap nyawa, ataupun mengakibatkan kerosakan terhadap tubuh badan. Contohnya: racun rumpai (paraquat), dan juga gas sarin yng boleh melumpuhkan saraf.
Cuba fikirkan situasi di bawah
Paracetamol merupakan bahan kimia yang melegakan kesakitan dan menurunkan suhu badan, oleh itu John yang mengalami demam panas menelan 30 biji paracetamol. Akibatnya, beliau terpaksa dimasukkan ke hospital kerana paracetamol yang berlebihan menyebabkan kerosakan hati yang serius.
Ok, nampak tak? Paracetamol, melegakan kesakitan dan menurunkan suhu badan (ciri-ciri dadah - menyebabkan perubahan dalam fungsi badan), lalu digunakan sebagai ubat untuk meredakan tanda-tanda penyakit (demam panas) yang dialami oleh John. Tapi disebabkan memakan paracetamol melebihi dos yang ditetapkan (max dose bagi paracetamol: 4 gram/sehari bagi orang dewasa = 8 tablet), beliau mengalami kerosakan hati (kesan keracunan, paracetamol menjadi racun kepada beliau). Apa yang aku nak cakap, suatu bahan kimia boleh jadi dadah, ubat ataupun racun bergantung kepada situasi dan cara ia digunakan. Tapi ada jugak bahan kimia yang sekadar bertindak tak lebih sekadar racun dan juga dadah, contoh macam gas saraf, racun rumpai dan racun serangga, tetapi bagi kebanyakan bahan kimia yang digunakan untuk tujuan perubatan memiliki sifat-sifat dadah, ubat dan racun.
Baiklah, bila korang rasa badan tak sedap (contoh: suhu badan tinggi, cirit-birit ataupun ruam), ataupun bila korang mengalami keadaan yang memerlukan bantuan doktor (contoh: sesak nafas, pitam, sakit kepala, luka kemalangan dsbnya), setelah doktor melakukan pemeriksaan ke atas badan korang, maka selalunya lepas tu akan dapat ubat lah kan, selalunya dijual kat klinik doktor tu ataupun doktor bagi korang kertas yang bertulis senarai ubat-ubat yang korang kena makan (kertas ni digelar sebagai preskripsi) pastu korang pun bawak preskripsi tu ke farmasi, kemudian ahli farmasi akan memberikan ubat-ubat yang korang kena makan, tanya korang sama ada korang pernah makan ke tak ubat tu seterusnya penjelasan berkenaan ubat tu akan diberi (proses bagi ubat, temu ramah pesakit dan penerangan lengkap tentang ubat-ubat tu digelar sebagai proses pendispensan/ dispensing). Sekarang, katakanlah korang dah berdepan dengan ahli farmasi di depan kaunter, dan dah ada ubat-ubat yang perlu dimakan depan korang. Maka, berikut merupakan perkara-perkara penting yang perlu diberitahu oleh ahli farmasi tu kepada korang sebelum korang ambik dan makan ubat tu. Kalau ahli farmasi tu tak bagitau, aku galakkan supaya korang tanya, ok. Perkara2 tersebut ialah:
Ada ubat yang kena makan sekali sehari, dua kali sehari, tiga kali sehari. Ubat yang diberikan jugak selalunya ada jangka masa tertentu, kalau antibiotik contohnya selama seminggu. Ada ubat yang kena makan sebijik, dua bijik ataupun tiga bijik, kalau ubat cair ada sukatan ikut mililiter pulak. Jadi pastikan dos dan sukatan ubat diberitahu kepada korang.
Korang dah jumpa doktor, dan katakanlah korang terkena jangkitan kuman. Maka ubat yang diberikan kepada korang ialah Augmentin (jenama)/kombinasi Amoxicillin & Clavulanic Acid (nama generik). Maka pastikan korang diberitahu, yang ubat tu bernama Augmentin, dalam tablet tu terdiri daripada gabungan amoxicillin dan clavulanic acid, yang bertujuan untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.
Sambung balik contoh kat atas, bila terkena jangkitan kuman, biasanya korang akan mengalami demam ataupun bengkak di bahagian tertentu pada badan. Jadi pastikan korang diberitahu apa yang akan jadi pas korang makan ubat tu - Augmentin akan membunuh kuman yang mengakibatkan jangkitan, jadi suhu badan korang ataupun bengkak kat kaki atau tangan atau mana2 jela kat badan korang akan surut dalam lingkungan 3 atau 4 hari. Di samping itu, augmentin jugak mempunyai kesan sampingan - kulit akan jadi kering dan merekah, kebiasaannya di kawasan yang membengkak atau bernanah. Jadi sekiranya kesan sampingan ni menyulitkan dan menyebabkan korang rasa tak selesa, korang mungkin perlu bagitau dan hubungi balik doktor@ahli farmasi untuk tindakan yang selanjutnya. Augmentin jugak kadang2 menyebabkan ruam-ruam (tanda alahan kepada ubat tu), jadi korang kena bagitau doktor @ ahli farmasi kalau hal ni berlaku - jadi mungkin korang kena makan ubat yang lain
Ada ubat yang perlu dimakan, ada yang perlu disapu, ada yang perlu dititik, ada yang perlu disuntik - pastikan korang diberitahu secara lengkap tentang cara nak guna ubat tu. Kalau ubat tu kena makan, Selepas makan atau sebelum makan? Sesetengah ubat tak boleh diambil bersama makanan, sebab ubat tu mungkin melekat pada makanan dan akibatnya tak banyak ubat dapat diserap ke dalam makanan. Ada jugak ubat yang kena diambik bersama makanan, sebab ada sesetengah ubat boleh menyebabkan pengeluaran asid yang berlebihan dan seterusnya sakit perut.
Dalam peti sejuk? Kat tempat gelap? Kat dalam bekas kedap udara? Sesetengah ubat sensitif kepada suhu, udara dan cahaya, jadi memerlukan penyimpanan yang rapi. Tapi secara standard la, kalau ubat tablet atau capsule, asalkan kat tempat gelap dan sejuk (dalam almari ke), dah ok dah.
Ada sesetengah ubat menyebabkan mengantuk, jadi kena makan masa nak tidur. Ada ubat yang mengakibatkan sakit perut, jadi kena ambik lepas makan.
Pastikan korang diberitahu, sebab sesetengah ubat yang dibancuh sendiri oleh ahli farmasi di hospital (kebiasaannya dalam bentuk cecair) cuma boleh bertahan dalam tempoh 2 minggu je sebelum expired.
Baiklah tu perkara-perkara yang perlu diberitahu kepada korang masa ubat tu diberikan kepada korang. Sekarang, perkara2 lain yang secara umumnya korang kena ambil perhatian bila mengambil sesuatu jenis ubat.
Contoh, kalau antibiotik korang habis, sakit tak sembuh lagi, tengok2 ada antibiotik member punya, korang sebat je antibiotik member tu, malas pergi klinik. Tak boleh buat camtu, sebab antibiotik tu mungkin berlainan jenis dengan yang korang makan, dan dos pun berbeza, kuman yang nak dibunuh pun berbeza. Dapatkan bekalan ubat baru di hospital atau klinik kalau ubat dah habis
Ada sesetengah jenis herba dan makanan tambahan boleh menyebabkan sesetengah ubat-ubat tak berkesan atau menjadi terlebih berkesan sampai mengakibatkan toksik. Jadi, beritahu doktor @ ahli farmasi kalau korang ada ambik herba @ supplement sekali dengan ubat tu
contoh kena makan tiga kali sehari atau setiap 8 jam sekali. Makan pukul 12 tgh hari, 8 malam dan 4 pagi. Katakan korang terlupa makan pada pukul 12 tengah hari, tengok jam dah pukul 4. Jadi, takyah makan dah la ubat tu, dah lewat 4 jam, kalau lewat sejam atau dua jam baru teringat yang lupa makan ubat, boleh lagi makan ubat tu secepat mungkin.
Baiklah, tu lah sedikit sebanyak yang boleh aku kongsi, kalau nak lengkap lagi boleh ajukan pertanyaan kat aku, mana-mana doktor perubatan, ahli farmasi ataupun lawat website ni --> Know Your Medicine.
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
Salam Aidilfitri 1421H
kepada semua warga UiTM Pharmacy.
5th Batch khususnya~
Batch2 lain, junior dan senior, lecturer, staff, etc.
CALCULATION WORKSHEET FOR TDM
Credit to: Syuk & Faiz Yazid
Download here : Mediafire
In case that the files have been removed by Mediafire @ broken link, please inform the admin.
PRP POSTING
Di bawah ni disenaraikan tempat PRP.
Kalau boleh nanti update sekali korang kat hospital mane ok?
Letak je kat komen. Gune untuk update member's details jugak.
Nanti akan update camne nak masuk situ. thanks..
SENARAI UBAT GOVT. HOSPITAL
Salam semua kanak2 batch5..
Hihi.. Kita semua ni masih bertittle menganggur.
Jom isi masa lapang~
Ini Adalah senarai ubat yang available kat Hospital Kerajaan.
Posted by Naim kat facebook fan page.
In case nak rujuk balik tak jumpe, sile lah cari di sini..
http://www.pharmacy.gov.my/aeimages//File/NEDL_2008_-120109.pdf
Hafal lah jikalau rajin (Naim et al, 2010)
PENGUMUMAN : SIJIL PENDAFTARAN PRP
Lembaga Farmasi Malaysia akan pos Sijil Pendaftaran Ahli Farmasi Provisional ke rumah. Sijil ni teramatlah penting sebab sijil ni la yang menjadikan kita ahli farmasi prp yg sah (rujuk surat tawaran, antara syarat-syarat tawaran ialah pengemukaan sijil pendaftaran ahli farmasi provisional sebagai salah satu syarat lantikan). Oleh yang demikian, tolonglah kpd siapa2 yg belum hantar
1) salinan transkrip
2)salinan surat tamat belajar
3)salinan surat tawaran perlantikan ke Lembaga Farmasi Malaysia, sila berbuat demikian as soon as possible. Jangan bertangguh kelak menyusahkan diri di kemudian hari. TQ
--Naim
SKIM KWSP VS SKIM PENCEN
Amik from link Kak Zu bagi.
Refer to recommendation by Naim. Sila pilih SKIM PENCEN...
Ni mungkin tak payah amik tau awal2 nak masuk kerje.
Tapi nanti jika diberi option, fikir2kan lah.
PENGESAHAN KONVO-73 NOV'10
Majlis istiadat Konvokesyen untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) Batch 5 akan dilangsungkan pada bulan November 2010. Anda diminta untuk mengesahkan maklumat peribadi anda di lawan web berikut:
STEP BEFORE PRP 2
List ni sumer dah ade dalam group facebook
ataupun dalam blog ni.
List balik kat sini untuk future references.
Take note, and make sure semua ni settle kalau boleh by next week
STEP BEFORE PRP 1
2. Start kerja kemungkinan bulan Ogos
3. Kepada yang dah keluar keputusan supplementary papers/intersesi:
- Pastikan status anda TAMAT
- Uruskan transkrip akademik dan surat tamat belajar daripada pejabat konvo