Ubat selesema ni, pernah digunakan oleh kru misi penjelajahan angkasa iaitu semasa misi Apollo 7 dan Apollo 12.
Diformulasi kira-kira 53 tahun  lepas, sampai sekarang ni pun Actifed masih digunakan sebagai ubat  selsema di hospital, klinik dan farmasi. Formula asal Actifed ialah 60  mg pseudoephedrine dan 2.5 mg triprolidine. Pseudoephedrine bertindak  sebagai pelega hidung tersumbat dengan cara merangsang pengeluaran  noradrenaline yang mengecutkan salur darah dalam hidung so that  mengurangkan jumlah histamine, sejenis bahan kimia yang bertenggungjawab  dalam penghasilan hingus. Pseudoephedrine jugak bertindak sebagai  stimulant untuk elakkan mengantuk, triprolidine pulak anti histamine  yang menghalang histamine bertindak pada receptor dan seterusnya  mengurangkan pengeluaran hingus. Secara teori, Actifed sepatutnya tak  mengantuk tapi hakikatnya, memang mengantuk kalau makan ubat tu.
Memandangkan pseudoephedrine  merupakan sejenis bahan kimia yang boleh dijadikan precursor untuk  menghasilkan methamphetamine, maka sesetengah pengeluar Actifed sekarang  dah gantikan pseudoephedrine dengan phenylephrine dan chlorpheniramine  dalam produk mereka. Tapi kebanyakan pengguna komplen, new formulation  ni tak berapa berkesan. Kat Malaysia pulak nampaknya dah bercampur, kat  hospital masih pakai formulasi lama tapi kat retail farmasi dah ada yang  jual formulasi yang baru.
Actifed tak digalakkan untuk  diberi kepada penghidap darah tinggi, ulser perut, glaucoma, masalah  buah pinggang atau hati, dan juga ibu mengandung. Boleh diambil sama ada  sebelum atau selepas makan.

