Peperiksaan Forensik Farmasi

11 comments

Mana-mana individu yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli farmasi di Malaysia ni perlu memenuhi beberapa syarat:

(a) Memiliki kelulusan yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia
(b) Telah menjalani housemenship/latihan sebagai ahli farmasi berdaftar bersyarat (provisionally registered pharmacist - PRP) di mana-mana hospital/premis yang telah ditetapkan oleh kerajaan
(c) Lulus peperiksaan forensik farmasi semasa dalam tempoh latihan sebagai PRP.

Forensik ni bermaksud penggunaan sains untuk menjawab soalan yang berkait dengan perundangan. Oleh yang demikian, forensik farmasi bermaksud penggunaan pengetahuan di dalam bidang sains farmasi untuk menjawab soalan yang berkait dengan undang-undang.

Setiap ubat-ubatan dan sesetengah bahan kimia yang dijual dan digunakan oleh pesakit, industri perkilangan dan sebagainya tertakluk kepada undang-undang negara. Undang-undang yang berkaitan dengan ubat-ubatan, racun dan bahan kimia antaranya ialah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah dan Peraturan Racun 1989. Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggungjawab memastikan semua undang-undang ni dipatuhi oleh para penjual dan pengguna ubat-ubatan, dadah dan juga racun. Oleh kerana ahli farmasi merupakan golongan profesional yang dilatih untuk mendalami dan mempelajari tentang sifat-sifat ubat-ubatan, dadah dan racun, maka ahli farmasi yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan, khususnya Cawangan Penguatkuasa Farmasi diberi tanggungjawab untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang yang berkaitan dengan ubat-ubatan/dadah/racun. Jadi - itulah sebabnya ahli farmasi yang ingin mendaftarkan diri dorang dengan Lembaga Farmasi Malaysia perlu menduduki Peperiksaan Forensik Farmasi - supaya sekurang-kurangnya mereka ni appreciate dan ambil tahu berkenaan undang-undang yang berkait dengan ubatan/dadah/racun,supaya mereka sendiri patuh pada undang2 dan mampu menjalankan tugas menguatkuasakan undang2 jika mereka diarahkan untuk berbuat demikian.

Peperiksaan Forensik Farmasi kebiasaannya dijalankan sebanyak 3 kali setahun - Mac, Jun, November. PRP perlu lulus dengan markah >60/100 untuk membolehkan mereka didaftarkan dengan Lembaga Farmasi Malaysia sebagai ahli farmasi berdaftar penuh.

Format soalan mungkin berubah-ubah setiap tahun. Secara asasnya ada dua bahagian: Objektif & Esei/Subjektif. Antara tips untuk memudahkan lulus peperiksaan ni ialah:

- Pastikan cara menulis/merujuk undang-undang yang bersesuaian sebagai jawapan tu betul

Katakan korang nak rujuk Poison Act 1952, Section 19, tulis macam ni - PA 1952, S19
Katakan korang nak rujuk Poison Regulation 1989, Regulation 8, tulis macam ni - PR 1989, R8

Pastikan korang tau beza Act & Regulation. Bagi Act, setiap perkara di bawah Act dirujuk sebagai Section. Bagi Regulation, setiap perkara yang dinomborkan di bawah Regulation tu dirujuk sebagai Regulation jugak.

- Pastikan korang buat latihan objektif untuk soalan tahun-tahun sebelumnya. Soalan objektif pattern dia berulang-ulang.

- Pastikan korang jawab semua soalan. Kalau tak mampu nak salin ayat bulat-bulat daripada section atau regulation, tulis dalam singkatan eg PA 1952, S7. Jangan biarkan ada soalan yang dibiarkan tak berjawab.

- Jawab soalan yang korang rasa senang terlebih dulu.

- Tandakan buku undang-undang dengan penanda muka surat, supaya senang nak cari akta/peraturan/section bila jawab soalan.

Dasar kerajaan terbaru berkenaan perkhidmatan Pegawai Farmasi

22 comments

Foreword (by Karl): 

Masa aku dalam final year dulu, aku pernah suarakan pada sorang pensyarah pasal tindakan fakulti yang ambil masuk student ke dalam program Sarjana Muda Farmasi dalam jumlah yang terlalu ramai. Masa tu aku difahamkan batch ke 8 BPharm UiTM dah mencecah 180 orang. Itu yang terakhir aku tahu sebelum aku tamatkan pengajian kat UiTM. Aku tanya la, Prof, ramai sangat student yang fakulti ambik masuk ni, nanti tak takut ke masalah bila dorang dah graduate nanti, sebab post pegawai farmasi dalam government sector maybe saturated.

Lecturer tu jawab la, takde masalah, memang dalam government skang tak cukup lagi pegawai. Kalau graduates bertambah nanti government tambah la post kosong :D Sangat-sangat la optimistik jawapan beliau masa tu. So benda ni habis kat situ jela.

Kemudian bila aku dah nak habis PRP aku rasa pelik: aku tertunggu-tunggu la mana la PRP baru ni, tak masuk2 lagi. Lama lepas tu masuk la PRP baru ke hospital tempat aku attach for PRP training. Graduates IMU, UIA, UKM. Pastu dengar pulak rungutan junior2 & graduates daripada USM, UiTM, tak dapat2 lagi posting letter. Masa tu dah terasa macam something wrong happening now. Dan kemuncaknya, Bahagian Farmasi pada bulan lepas announce pasal compulsory service dah dipendekkan daripada 1 + 3 tahun kepada 1+1 tahun. So, confirm la, post kosong pegawai farmasi dalam KKM dah nearly saturated.

Ada beberapa isu yang timbul daripada keadaan ni antaranya:

- Elaun kritikal. Elaun kritikal pegawai farmasi diperkenalkan atas sebab sewaktu elaun tu diperkenalkan, jumlah pegawai farmasi dalam sektor awam belum mencukupi. So sekarang bila dah ramai dah pegawai dalam government service, akan dikekalkan lagi ke elaun ni?

- Laluan kerjaya pegawai farmasi. Buat masa sekarang, pegawai farmasi dijanjikan dengan perlantikan secara time based daripada gred gaji U41 ke 44, 48 dan 52. Bila pegawai dah ramai, still berjalan ke atau akan dikaji semula?

- Persaingan untuk mendapatkan kerja. Untuk batch graduates pharmacy pada tahun ni dan pada tahun depan mungkin berpeluang lagi untuk diserapkan terus ke perkhidmatan awam lepas grad, tapi macam mana pulak dengan batch-batch graduate farmasi 3 tahun akan datang? Mungkinkah lepas ni graduate farmasi terpaksa compete sesama mereka untuk dapatkan kerja dengan sektor swasta, industri, retail atau pun dalam bidang akademik?

Isu pertama dan kedua, berkenaan elaun kritikal dan laluan kerjaya. Polisi ni ditentukan oleh pihak JPA, so nasib pegawai2 farmasi semua di tangan geng2 PTD yang membuat dasar di JPA. Kalau dorang nak pekenakan kita, mungkin dalam jangka masa terdekat ni elaun tu bakal ditarik balik dan laluan kerjaya ditarik balik. Tapi tindakan drastik macam tu akan membawa kesan - kebanyakan pegawai farmasi stay dalam government disebabkan adanya elaun kritikal dan jugak laluan kerjaya yang dijanjikan kepada dorang. So kalau kedua-dua benefit tu ditarik, rasanya penghijrahan besar-besaran pegawai farmasi daripada government mungkin berlaku.

Isu ketiga, pasal peluang kerjaya untuk graduates pharmacy. Buat masa sekarang kalau merujuk kepada Akta Pendaftaran Ahli Farmasi, sebelum didaftarkan penuh sebagai ahli farmasi, graduates pharmacy perlu menjalani latihan PRP terlebih dahulu, maksudnya kena kerja dengan government dulu la, baru boleh register penuh dan practice. So buat masa ni kalau mengikut undang-undang, sebab graduate ni semua wajib kerja government sebelum boleh practice so pengambilan masuk ke dalam government sector tu masih berkuatkuasa. Cuma undang-undang, boleh berubah bila-bila masa. Jadi hal ni tetap bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara kerajaan.

Kesimpulan yang aku boleh buat setakat ni:

- Government sector untuk tempoh 3-4 tahun lagi takkan dapat nak absorb semua pharmacy graduate daripada universiti, sebab total IPTA & IPTS yang produce BPharm graduates kat Malaysia dah mencecah 17 buah.

- Graduates pharmacy pada masa akan datang perlu compete untuk dapatkan kerja, so pointer/CGPA + soft skills dah jadi perkara yang essential dan amat penting bagi setiap graduates.

- Fakulti Farmasi di mana-mana uni kena hadkan semula pengambilan pelajar (something that UiTM wont do, im really sure about this), kalau tak graduates pharmacy mungkin menerima nasib macam graduates kursus-kursus lain yang terpaksa menganggur dan bersaing secara hebat untuk masuk market.

Bawah ni beberapa pengumuman daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi berkenaan polisi perkhidmatan Pegawai Farmasi.

FAQ : PEMENDEKAN TEMPOH KHIDMAT WAJIB  PEGAWAI FARMASI DARI 3 TAHUN KE  1 TAHUN

1. Siapa yang terlibat?
a) FRP yang didaftarkan mulai tahun 2011 diberikan notis 1 tahun khidmat wajib secara automatik.
b) FRP yang telah diberikan notis khidmat wajib dan layak untuk menukar notis berkenaan ke notis 1 tahun khidmat wajib. 

2. Bagaimana status FRP tajaan JPA?
Perlu mematuhi perjanjian biasiswa / pinjaman dengan JPA untuk berkhidmat
dalam perkhidmatan awam mengikut tempoh dalam perjanjian berkenaan.



3. Siapa yang layak menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?
Bukan tajaan JPA sahaja tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a) Selepas 1 tahun khidmat wajib dari tarikh melaporkan diri sebagai FRP;
b) Memilih untuk menceburi industri farmaseutikal tempatan/ komuniti farmasi tempatan/ hospital swasta tempatan/ IPT tempatan;
c) Memilih untuk meletak jawatan dari perkhidmatan kerajaan.

4. Apakah prosedur bagi menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?
Permohonan dibuat melalui TPKN (F) kepada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM);
Sebelum Notis Khidmat Wajib 1 tahun dikeluarkan,  Notis Khidmat wajib yang asal dipulangkan kepada LFM beserta:

i. 1 sampul surat beralamat sendiri dan bertampal setem RM1.00; dan
ii. 1 Slip Pos Malaysia bernilai RM 2.20 (tanpa digamkan)

Salinan dokumen-dokumen  yang berikut:
i. Surat Tajaan PTPTN/ MARA/ bayaran persendirian;
ii. Surat pengesahan untuk bekerja dengan syarikat swasta tempatan/ IPT tempatan;
ATAU Sijil Pendaftaran Perniagaan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi perniagaan farmasi;
iii. Surat Pemakluman Perletakan Jawatan dari Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Apakah implikasi kepada permohonan "Letter of Good Standing" (LGS)?
LGS tidak akan  dikeluarkan kecuali :
a)selepas tempoh 1 tahun dari tarikh meletak jawatan dari kerajaan;
b)LFM telah menerima yang berikut:
i. Pengesahan Lesen Racun Jenis 'A'  telah dipulangkan kepada Bahagian Penguatkuasa Farmasi, ATAU
ii. Pengesahan pekerjaan.

RINGKASAN  KENYATAAN Y.B MENTERI KESIHATAN MALAYSIA:
TEMPOH KHIDMAT WAJIB PEGAWAI FARMASI DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DIPENDEKKAN DARI 3 TAHUN KEPADA 1 TAHUN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan khidmat wajib bagi semua graduan farmasi sejak  tahun 2004 sebagai satu langkah untuk mengatasi kekurangan pegawai farmasi sebanyak 40% di KKM.  Justeru itu, semua graduan farmasi diwajibkan untuk menjalani  1 tahun latihan dan 3 tahun khidmat wajib di KKM.   Sehingga kini, sebanyak 89% jawatan pegawai farmasi telah pun diisi di KKM.   

Bagaimana pun bilangan ahli farmasi dalam sektor swasta telah mengecil sehingga  45% dari jumlah ahli farmasi berdaftar yang melebihi 8600 orang dan kini industri farmaseutikal swasta pula menghadapi kekurangan pegawai farmasi. Bagi mengimbangi keperluan pegawai farmasi di industri farmaseutikal yang komited terhadap Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) dalam meningkatkan pengilangan ubat-ubatan generik tempatan supaya mampu bersaing di pasaran antarabangsa maka KKM telah mengambil inisiatif untuk memendekkan  tempoh khidmat wajib  bagi pegawai farmasi di KKM dari 3 tahun kepada 1 tahun.   Inisiatif ini telah pun mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 14 September 2011 dan dikuatkuasakan serta merta. Dengan memendekkan tempoh khidmat wajib, bidang industri farmaseutikal tidak lagi perlu menunggu lama sehingga pegawai farmasi menamatkan tempoh 3 tahun khidmat wajib nya di KKM.   

Langkah yang sedemikian juga dapat menyelesaikan kekurangan pegawai farmasi  yang diperlukan sebagai tenaga akademik di 16 buah institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang menawarkan program Ijazah Farmasi dan  30 buah IPT tempatan yang menawarkan Diploma Farmasi.  Kekurangan pegawai farmasi juga telah menjejaskan perkembangan bidang penjagaan kesihatan di sektor swasta seperti premis farmasi dan hospital. Melalui langkah ini akan menggalakkan lebih ramai pegawai farmasi tempatan untuk menceburi bidang farmaseutikal di sektor swasta yang kini terpaksa bergantung kepada pegawai farmasi dari negara lain. 

PRP's Life (Part 2)

4 comments

Sambungan daripada PRP's Life (Part 1)

Dokumen untuk tujuan lapor diri

  • Salinan IC mak & abah korang
  • gambar passport 8-10 keping
  • salinan surat tawaran SPA & KKM
  • salinan IC korang sendiri
  • salinan transkrip akademik
  • maklumat keluarga termasuk adik beradik (rujuk borang tapisan keselamatan kasar)
  • salinan penyata akaun KWSP (untuk tujuan gaji)
  • passport perjalanan terhad (untuk mereka daripada Semenanjung yang kena bertugas ke Sabah/Sarawak. Dokumen ni korang boleh apply kat pejabat Imigresen, bayaran RM5)
Itu jela rasanya, aku pun tak berapa nak ingat. Pastikan dokumen semua difotostat sekurang-kurangnya 3 salinan, pastu semua ada cop pengesahan.

Briefing pasal aktiviti kat setiap stesen

Nak cerita panjang memang akan jadi sangat panjang. So aku cerita ringkas jela.

  1. In patient pharmacy - kat department ni korang terlibat dalam sistem bekalan ubat kepada wad dan jugak kepada patient yang discharge daripada wad. Korang akan belajar pasal unit of dose, unit of use, isi troli ubat, pastu masa attachment ni jugak korang kena buat bedside counseling kepada patient.
  2. Out patient pharmacy - kat department ni korang akan terlibat dalam aktiviti dispens, counseling & filling ubat-ubatan untuk pesakit daripada klinik pakar dan jugak emergency department. Di sini jugak korang akan terlibat dalam sesi MTAC, group counseling & medication assessment.
  3. Therapeutic Drug Monitoring - TDM, hehe..ingat lagi calculation pharmacokinetic masa final year dulu? Tapi setiap hospital ada protokol TDM masing-masing so refer preceptor korang pasal calculation & cara nak buat dose adjustment based on protocol hospital korang
  4. Oncology Pharmacy (CDR)- kat sini korang akan deal dengan supply & reconstitution ubat-ubat chemotherapy untuk patient yang ada kanser. Rasanya kat sini korang dah kena start naik atas wad pastu clerk case
  5. Total Parenteral Nutrition -TPN ni tak semua hospital ada, kalau kat tempat korang ada kira korang bertuah la. Kat sini korang akan belajar pasal GMP, clean room, aseptic technique dan sebagainya yang bersangkut paut dengan penghasilan produk total parenteral nutrition.
  6. Ward Pharmacy - atau nama lainnya, clinical pharmacy attachment. Kat sini korang akan berkenalan dengan borang2 CP1, CP2 & CP3. CP4 macam tak pernah isi pun, in fact aku pun tak faham kenapa borang tu wujud. lol. Nanti aku terang detail lagi kat bawah. Bedside counseling pun korang ada kena buat kat sini, di samping ikut sama doktor & specialist masa ward round.
  7. Inventory Management - attachment kat stor. Korang akan berkenalan dengan AP items, LPO, Contract items, tatacara pengurusan stor, pastu macam mana nak handle budget untuk beli ubat-ubatan dan barang-barang perubatan. Macam mana nak handle cold chain items, all sort of things
  8. Manufacturing -atau pun dikenali sebagai galenical unit. Ada sesetengah dosage form yang diproses sendiri di hospital untuk tujuan penjimatan kos - eg disinfectant, syrup, enema. Kat sini nanti belajar lebih kurang macam masa kat TPN la, good manufacturing practice, sterile preparation semua nanti belajar kat sini.
  9. Drug Information Service - kat sini tugas korang, sebagai orang yang handle sebarang panggilan berkait dengan pertanyaan tentang ubat-ubatan dan sebarang masalah farmaseutikal. Selain tu preceptor korang mungkin akan suruh korang buat projek atau research masa attach kat sini. Maka korang akan berkenalan dengan Up To Date, Lexicomp, Micromedex, ScienceDirect dan sebagainya.
Presentation

Aku tak tau kat hospital lain macam mana dan berapa banyak presentation PRP kena buat. Bab ni kena rujuk kat preceptor hospital masing-masing. Aku sendiri ada 10 presentation kena buat sepanjang PRP, 5 case clinical, 3 continuous professional development, 2 critical appraisal. Kalau tempat korang ada kena buat research mungkin jumlah presentation korang tak sebanyak aku la kot.

Cara korang nak present case clinical korang, lebih kurang je macam korang present masa belajar final year dulu. Cuma bila masuk bab pharmaceutical care issue tu, letak la yang berkait dengan masalah ubat-pesakit-penyakit. Jangan la letak PCI yang pelik-pelik, eg patient complain numbness, pastu korang suggest buat acupuncture. Contoh PCI yang boleh korang letak ada kat dalam borang CP3. 

Masa attach kat clinical korang kena isi borang CP1, CP2 & CP3. CP1 tu untuk tujuan medical assessment, kalau patient tu ade makan ubat-ubatan untuk tempoh jangka masa panjang macam antihypertensive, borang tu boleh digunakan untuk korang assess patient compliance atau pun kot2 ade sebarang side effects or adverse reaction yang disebabkan oleh ubat. CP2 pulak tujuannya untuk korang dapat follow up dan monitor progress patient sepanjang patient ada dalam wad. CP3 pulak summary kepada semua aktiviti korang dalam wad - counseling, intervention, jawab pertanyaan doktor dsbnya. CP1 kena isi sekurang-kurangnya 10 pesakit/minggu, CP2 pulak parak sikit la, kena isi borang untuk 15 pesakit/minggu, dan CP3 seminggu satu borang. Nanti masa attachment kat medical korang akan go through & encounter pelbagai jenis masalah dan penyakit dan korang akan dapat perhati macam mana specialist & doktor manage masalah - masalah yang timbul.

Kat bawah ni aku turunkan sikit petua yang Prof Mansor ajar aku dulu, hopefully korang dapat practice masa clinical nanti:

1. PCI: tumpukan kepada drug related problem sahaja

e.g korang tengok BP pts above normal, tapi belum ade diagnosis pasal HTN, so statement of problem
- irregular BP, may be due to uncontrolled HTN

2. Problem kena related dengan ubat2 shj

antara soalan yg digalakkan untuk ditanya kpd patient (kalau involve dalam sesi counselling of pts)

- Tahu tak kegunaan ubat pakcik/makcik/encik ni untuk apa?

- Kalau 1st time users, cerita pasal ubat, dan ubat tu tuk sakit ape

- pastu, suh pts ulang semula (check dia faham ke x)

- check label, arahan kat bekas ubat, appropriate x?

- check, ubat habis @ tak sebelum pts receive new supply?

- check, pts ade pergi ke klinik lain tak?

antara recommended PCI (phmceutical care issues)

- pemilihan ubat..sesuai @ x?

- dose sesuai @ x? perlukan dose adjustment?

- ubat tu, boleh affect kidney & liver x? kalau affect - liver & renal profile kne monitor..

- nak bagi dose ubat cmne, e.g genta, vanco - ideal @ actual body weight?

- reconstitution ubat - does aseptic technic applied (err, aku salin jek ape prof cakap wpun yg ni, xkan la kte nk tnya nurse dorg apply aseptic tech ke x..kang saje jek, huhu)

- admin ubat - by bolus @ slow infusion? infusion rate yg sesuai?

- check ubat thru trolley, meds chart and tnya pts - ensure dia dpt x dose/ubat as prescribed?

- hydration status of pts, do pts well hydrated?

- ade x side effects due to drugs? can pts tolerate?

- culture n sstvt - does drug given appropriately based on c&s?

- monitor vital signs, Na, K, renal profile, ABG...

- pts respond @ not when medication startes?

e.g pts prescribed with 625 mg augmentin BD - esok try tnya - cmne pakcik, ade perubahan tak? (bengkak surut ke, less pain ke..)

Klasifikasi ubat-ubatan

Benda ni nampak macam remeh, tapi penting jugak la untuk korang tau. Kat hospital ada beberapa klasifikasi ubat-ubatan iaitu:
  • List A* : ubat yang boleh dipreskrib/diberi oleh specialist dalam sesuatu bidang saja. Example: Capsule Isotretinoin 10 mg, ubat ni boleh dipreskrib oleh specialist dari bidang Dermatology sahaja. Specialist Medical, ENT, Ortho, Surgical tak boleh memandai-mandai bagi ubat ni kat patient
  • List A/KK: ubat yang boleh dipreskrib/diberi oleh mana-mana specialist, tak kira la specialist Medical ke, Surgical ke janji specialist yang sign prescription. "KK" tu bermaksud "Kesihatan Keluarga", bermaksud ubat tu boleh didapati di Klinik Kesihatan & Poliklinik. Example: Dafflon Tablet (Hesperidin + Diosmin)
  • List A : ubat ni boleh dipreskrib oleh mana-mana specialist, tak kira la specialist bidang apa pun, tapi tak semestinya ubat ni ada dekat Klinik Kesihatan & Poliklinik. Eg Methylphenidate 
  • List B: ubat ni tak memerlukan tandatangan pakar, boleh diberi oleh mana-mana doktor asalkan dorang tu doktor. Eg Cloxacillin 250 mg
  • List C: ubat tu boleh diberi oleh Medical Assistant eg Paracetamol 500 mh
  • List C+: ubat tu boleh diberi oleh bidan bersalin eg Oxytocin Inj
Kalau doktor yang bukan specialist iaitu sama ada Medical Officer U44 atau House Officer U41 prescribe ubat list A, A/KK atau A*, prescription tu perlu ditandatangani oleh specialist sekali, tandatangan doktor biasa je tak laku. Sebenarnya sistem klasifikasi macam ni, ni pendapat aku la, untuk control penggunaan ubat-ubat ni la. Selalunya ubat list A ni ubat yang harga mahal, so kalau semua doktor boleh bagi nanti bankrap la hospital. Itu je sebabnya.

Bila nak kena hantar log book?

Masa aku sekarang ni, sebulan sebelum tarikh korang tamat latihan, log book dah kena settle, isi lengkap, dapat markah dan kena hantar ke Lembaga Farmasi untuk tujuan pengesahan yang korang dah tamat latihan. Kalau ada stesen/unit yang korang belum attach tapi dah kena hantar logbook, log book untuk stesen tu pun kena hantar jugak dan preceptor akan beri markah jugak untuk log book tu, berdasarkan overall performance korang kat stesen-stesen yang lain. Bila dah hantar log book, maka tamatlah sudah sebenarnya PRP korang. Just kena cukupkan 52 minggu latihan, tapi log book tak yah isi dah la untuk stesen yang last tu sebab log book dah kena hantar.

On Call

Korang sebagai PRP akan bertugas sebagai on call pharmacist, mungkin 3-4 bulan sekali, bergantung kepada berapa ramai PRP kat tempat korang. Masa on call selalunya korang kena handle sebarang pertanyaan daripada doktor dan nurse selepas waktu pejabat, kena handle TDM, poisoning case, supply chemo drugs & psychotropic drugs. Tapi korang takkan berseorangan, akan ada FRP yang jadi second caller korang. Apa-apa hal pun jangan gelabah, kalau doktor tanya and korang tak dapat nak bagi direct answer, korang mintak doktor tu tunggu pastu korang telefon semula lepas dapat jawapan. Bagi jawapan lambat lagi bagus daripada bagi jawapan yang salah. 

Weekend duty & ETO

Weekend duty bermaksud ada masa korang kena kerja lebih masa yakni bekerja di hujung minggu, ikut giliran la. Bila korang bekerja lebih masa, tak kira la weekend duty ke, on call ke, korang tak dapat claim overtime tapi korang boleh claim equivalent time off (ETO). Maksudnya kalau korang bekerja hari sabtu ahad selama 16 jam, ETO korang = 16 jam la. Kalau korang nak ambik cuti selama sehari, korang boleh apply cuti sehari, pastu tolak ETO korang. Cuti sehari = 9 jam bekerja, so korang dah kerja lebih masa 16 jam, tolak 9 jam, tinggal la 7 jam lagi baki ETO. Macam tu la ceritanya.

Claim duit perjalanan masa lapor diri.

Kalau korang lapor diri ke JKN pastu ke hospital, korang akan naik kenderaan kan? Mustahil la jalan kaki kot. So bila naik kenderaan, korang boleh claim la tuntutan perjalanan daripada rumah korang ke JKN, kemudian ke hospital. Sebagai contoh: 

Kes 1: daripada rumah korang ke Shah Alam, korang pergi ke JKN Selangor. Pastu dari JKN Selangor kena lapor diri ke HTAR, Klang. Korang tanya la kat abang teksi, total amount bayaran dari Shah Alam - JKN - HTAR tu berapa ringgit, pastu isi la dalam borang tuntutan perjalanan tu. Kalau ada resit, korang dapat full payment. Kalau takde resit pun, katakan korang naik kereta Abah korang atau kereta pakwe/makwe korang, still boleh claim jugak TAPI dapat separuh jela daripada jumlah tuntutan asal. Faham? Ini bukan aku nak ajar korang jadi menipu tapi dah memang orang admin pejabat ajar aku camni aku bagitau jela kat korang, ahhaa.

Kes 2: Daripada rumah korang, naik teksi ke airport, pastu naik flight ke Kota Kinabalu, pastu naik teksi pergi JKN Sabah, pastu naik teksi pergi airport Kota Kinabalu pastu naik flight pergi Hospital Sandakan. Maka tuntutlah bayaran untuk setiap perjalanan tu. Serupa macam kat atas iaitu Kes 1, kalau ada resit dapat full payment untuk claim, kalau takde resit dapat separuh je, ok?

Dress code

Kat hospital nanti pihak hospital akan bagi korang lab coat (3 pasang setahun), cop nama (aku dapat 2 set, hospital lain tak tau la), name tag (dua set) & kad pengenalan staff kerja hospital. Macam biasa la, pakai la smart-smart, pastu boleh post kat fb untuk membanggakan orang tua korang. 4-5 tahun belajar kat uni, akhirnya korang dah jadi pegawai farmasi yang hensem / cun. :D


Kursus Induksi 

Aku tak dapat nak komen bab ni sebab aku sendiri belum pergi lagi kursus induksi. Tapi apa aku boleh cakap, kursus induksi tu penting sebab itu salah satu syarat untuk disahkan jawatan. Bila dah sah jawatan, baru korang entitle untuk dapat segala benefit sebagai kakitangan kerajaan - pinjaman kerajaan, masuk hospital wad 1st class, dsbnya. Yang ni bergantung kepada korang punya negeri tempat kerja tu, kalau macam Sarawak ni lembab sikit.

Tugas dan tanggungjawab

Kadang-kadang bukan semua benda kita rancang, yang kita nak, kita dapat. Macam aku ni korang ingat masa isi borang PRP dulu ada mintak kat Sarawak ke? Haram aku tak mintak pun. Korang pun nanti macam tu jugak la, mintak Hospital Selayang, dapat Hospital Tunku Bainun, atau mungkin korang mintak Hospital Pulau Pinang, alih-alih kena hantar pergi Hospital Tawau. Kalau rasa macam nak buat rayuan,buat je la rayuan. Macam aku ni, even though kena hantar ke Sarawak, tempat aku tak mintak langsung tapi bila buat kerja, buat la kerja seperti yang kita patut buat. Sebab korang dah terpilih jadi graduate pharmacy, dilantik jadi Pegawai Farmasi, so orang lain yang bekerja sebagai doktor, nurse dan jugak pesakit semua letak kepercayaan pada korang bila membabitkan isu-isu farmaseutikal ni. Bila ada masalah yang memerlukan pendapat pegawai farmasi, korang la tempat dorang bertanya soalan sebab masa kat uni kan korang dah dilatih dengan pelbagai pengetahuan pasal ubat-ubatan, so sekarang la masa korang apply pengetahuan korang tu untuk bantu orang lain. So letak niat dalam hati, pergi kerja ni sebab niat kerana Allah, sebab nak cari rezeki halal, sebab nak tolong orang, Insha Allah pertolongan Allah tu akan datang. 

Okay, so far rasanya itu jela dulu kot, tak seberapa pun benda yang dikongsi ni. Kalau ada kemusykilan boleh la bertanya kat ruang komen tu, takpun nak tanya kat senior-senior korang yang kat facebook tu pun boleh, takde masalah. Harap-harap apa yang aku kongsi ni, kita sama-sama dapat manfaat, Insha Allah. :D Selamat menjalankan tugas dan memulakan fasa baru dalam kehidupan.

PRP's Life (Part 1)

4 comments



Sebenarnya urusan-urusan yang perlu dilakukan sebaik selepas dapat surat tawaran lantikan daripada pihak SPA dah pun di post dalam blog ni tahun lepas (masa 5th Batch UiTM Pharmacy baru nak mula latihan PRP), jadi korang (6th Batch) boleh refer kat entri-entri kat bawah ni:




Apa yang aku nak ceritakan dalam entri ni pasal pengalaman aku sendiri kat hospital selama setahun latihan PRP. Untuk makluman korang, setiap tempat ada setting masing-masing, ada kelebihan & kekurangan masing-masing, dan style latihan korang jugak berbeza-beza. Perkara ni memang out-of-control, tapi fortunately masa korang dalam latihan nanti korang akan diberi 9 buah logbook nipis yang perlu dilengkapkan di setiap stesen di hospital masa korang menjalani latihan PRP nanti. 9 buah buku logbook tu terdiri daripada:

  1. In patient pharmacy (Discharge counter, Satelite Pharmacy, Dangerous Drug, Extemporaneous preparation) - 8 minggu
  2. Out patient pharmacy - 12 minggu
  3. Therapeutic Drug Monitoring - 4 minggu
  4. Oncology Pharmacy (CDR) - 4 minggu
  5. Total Parenteral Nutrition - 4 minggu
  6. Ward Pharmacy - 10 minggu
  7. Inventory Management - 4 minggu
  8. Manufacturing - 4 minggu
  9. Drug Information Service - 4 minggu
Attachment PRP di Bahagian Penguatkuasa dah dimansuhkan pada awal tahun ni, so PRP batch baru sekarang akan fokus 100% pada latihan di farmasi hospital.

Cerita aku ni aku ringkaskan kepada beberapa fasa kehidupan, hahhaa lawak sial ayat ni, ok la kepada beberapa peringkat latihan masa dari awal lapor diri sampai la korang habis latihan PRP.

Lapor diri

Lepas korang dapat surat tawaran SPA, sepatutnya korang akan dapat surat penempatan daripada pihak KKM. Dalam surat tu korang akan diberitahu ke negeri mana korang akan dicampak. Macam aku ni kena hantar ke Sarawak, so dalam surat tu akan tertulis, penempatan latihan di negeri Sarawak. Tapi dalam surat tu takkan diberitahu korang dapat kat hospital mana. Jadi sebaik saja dapat surat tu korang boleh la terus pergi ke Jabatan Kesihatan Negeri kat mana korang kena hantar tu: let say korang dapat Selangor, pergi la ke JKN Selangor, kalau dapat Pahang kena pergi lapor diri kat JKN Pahang. Pihak JKN pulak nanti akan keluarkan satu surat lagi yang menyatakan penempatan korang kat hospital mana - surat yang ni penting sebab pada surat tu ada nombor rujukan fail peribadi korang dengan pihak KKM & nombor fail peribadi tu amat penting untuk apa2 urusan rasmi dengan pihak KKM. Tapi surat tu biasanya sama ada terus dicetak, diberi kepada korang masa korang lapor diri tak pun nanti dihantar melalui faks ke hospital tempat korang kerja nanti. Pada hari korang lapor diri tu, korang akan diberitahu kat mana korang akan ditempatkan dan pada hari tu jugak korang kena pergi ke hospital tempat korang ditempatkan tu.

So nampak tak the tricky part here? Dah lapor diri kat JKN baru tau dapat hospital mana. Macam mana nak cari tempat tinggal, nak survey transport dari tempat tinggal ke tempat kerja dalam masa satu hari? Well memang proses awal bekerja ni amat facepalm dan menyusahkan, tapi selalunya dan kebiasaannya, akan ada la staff kat pharmacy department yang tolong korang dapatkan rumah @ bagi korang tinggal sementara. Ketua Pegawai Farmasi pun biasanya akan consider jugak keadaan korang, selalunya dia akan bagi la sehari dua untuk korang cari tempat tinggal dulu. Bab ni memang korang kena siap sedia la dari segi mental & fizikal. Sebagai contoh masa aku sampai Sibu dulu, sampai2 Hospital Sibu dah pukul 3:30 pm, pastu dengan urusan kat pejabat pentadbiran pun dah ambik masa, dekat pukul 5 pm baru settle. Cuma memang time aku memang Allah nak tolong, kebetulan ada sorang staff pharmacy yang kawan dia memang ada rumah sewa kosong yang dekat dengan hospital, maka malam tu jugak la aku dah dapat rumah sewa. So just think positive about this, jangan fikir banyak sangat la. Insha Allah ada la nanti mau'nah dari Allah nanti.

Masa lapor diri - rasanya tak perlu beritahu la kot macam mana nak berpakaian, kalau lelaki tu pakai la kemeja, tie, seluar slack, kasut hitam. Perempuan pulak pakai pakaian sopan la, yang sesuai untuk pergi kerja. Nak pakai shawl ke apa tak kisah la tapi jangan la lapor diri pakai jeans, sandal, selipar. Patut sendiri tahulah nak dress up macam mana, ok?

Dokumen-dokumen yang nak dibawak masa lapor diri dah ada diberitahu dalam link yang aku bagi kat atas. Pastikan dokumen-dokumen korang dah lengkap semua, sebab kalau korang kena hantar kat negeri yang jauh daripada kediaman korang memang masalah la nak uruskan semula. 

Gaji

Pembayaran gaji bergantung kepada tahap efisiensi pentadbiran hospital tempat korang kerja tu nanti. Selalunya mungkin ambil masa sampai 2 bulan. Tapi kalau kat Sarawak @ Sabah, kalau korang lapor diri awal bulan, hujung bulan yang sama tu jugak korang dapat gaji dah. Macam aku dulu daftar 14 September 2010, gaji first aku masuk masa hujung bulan Oktober. Agak cepat la. So benda ni ikut nasib la, kalau kerani hospital korang kerja tu rajin, maka cepat la gaji korang masuk. Kalau dorang malas, mungkin ambik masa lambat la kot. Paling lama pernah aku dengar ada sampai 3 bulan la, tapi itu memang rare case la. Buat-buat la baik dengan akak-akak kerani hospital, kalau nak gaji masuk cepat.

Berapa banyak duit simpanan nak kena ada before dapat gaji? Itu susah nak cakap la, bergantung kepada korang ni jenis berjimat ke tak. Tapi pada aku ideally dalam RM2000 tu patut cukup dah sepatutnya, melainkan kalau korang mengketedarah Starbuck hari-hari, tu lain la cerita. Masa gaji belum dapat berjimat-jimat la dulu. 

Start kerja.

Masa korang bekerja sebagai PRP, korang akan dinilai oleh pegawai farmasi yang lebih senior yang digelar sebagai preceptor. Preceptor akan beri markah korang berdasarkan setiap skills yang dinilai dalam log book korang. Korang dah bekerja nanti korang akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia, bermaksud korang akan jumpa dengan pelbagai jenis preceptor. Walau macam mana pun perangai preceptor korang - dia buli korang ke, dia suruh korang buat macam-macam ke, layankan je. Sebab markah lulus bagi setiap log book mesti >60%, so sabar jela dengan karenah preceptor korang. Sebelum korang attach kat sesuatu department baca la dulu log book korang untuk department tu, tengok apa target kerja yang korang kena achieve pastu kalau ada yang tak faham tanya la kat preceptor @ senior PRP. Banyakkan bertanya - sebab korang bukan lagi kat universiti, dulu kat uni lecturer dibayar gaji untuk ajar korang, bila dah kerja korang kena ambik inisiatif la tanya dan ambik tahu apa yang korang kena buat, as a PRP.

Masa first 2-3 hari aku kerja dulu, time tu baru induction time. Aku & geng yang baru lapor diri kena pergi ke semua unit dalam department pharmacy, jumpa setiap preceptor pastu dorang brief la serba-sedikit pasal unit dorang. Bila korang datang semula ke unit dorang untuk attachment, dorang akan brief sekali lagi la.

Bila korang dah start kerja, perkara yang korang kena familiar dah tentu la kena familiar dengan ubat. Dekat hospital, doktor, nurse dan mana-mana staff akan rujuk korang bila ada apa apa hal yang berkait dengan ubat atau pun alat-alatan untuk deliver ubat. Jadi pastikan korang at least tau la serba-sedikit pasal:

  • Cara nak guna MDI, aerochamber, accuhaler, turbohaler, easyhaler
  • Cara nak guna insulin pen
  • Cara nak administer subcutaneous Enoxaparin
  • Cara nak gunakan pessary
Sebenarnya preceptor akan tolong korang jugak kalau ada part yang korang tak berapa mahir tapi at least kena tau la jugak sikit-sikit. Dan kalau tak berapa tau, sila tunjuk effort dengan banyakkan bertanya & banyakkan membaca bila balik ke rumah.

Rasanya dulu Prof Mansor dah cerita kot, antara roles of pharmacist ialah untuk make sure patient receive right drug, right dose, right indication, right patient, right time..Masa korang belajar dulu, aku rasa korang dan aku jugak belajar secara general je eg Amlodipine. Kita belajar, ok, Amlodipine tu dihydropidine CCB, guna untuk rawatan hypertension. So bila dah kerja as pharmacist, korang kena dig up more la pasal Amlodipine ni - usual dose range berapa? berapa kali sehari boleh bagi? kalau patient tak boleh tolerate Amlodipine ubat apa yang kita boleh suggest untuk ganti dia? apa adverse reaction yang common kalau patient ambik Amlodipine? kalau patient ada hepatic impairment, renal impairment kena adjust dose tak? Untuk semua jenis ubat korang kena tau dan expert dalam bab-bab ni semua, itu yang doctor & nurses expect from us. Tapi memang tak logik la nak tau, nak hafal semua particulars pasal ubat-ubat ni dalam tempoh masa yang singkat. Jadi gunakanlah waktu korang dalam latihan PRP ni untuk ambik tahu sebanyak mungkin pasal ubat-ubat ni. So ini basic thing la, tak kira la korang attach kat mana-mana pun. Sebab macam aku yang sekarang float kat OPD (float - kerja kat sesebuah unit sebelum korang dapat posting letter & transfer out), kadang-kadang doktor call jugak OPD tanya pasal ubat, hari tu aku kena tanya pasal acyclovir, berapa dos untuk pregnant women untuk tujuan treatment of herpes zoster. Nak jadi expert lepas bekerja setahun tu depends kat orang la, macam aku ni dah kerja setahun pun banyak lagi benda yang tak tau but at least much better compare dengan knowledge masa awal-awal masuk kerja dulu. Yang penting lepas korang habis attachment as PRP, knowledge korang tu dah bertambah jauh berbeza la kalau nak banding masa mula-mula lapor diri, itu la yang kebanyakan preceptor expect dari korang.

Forensic Exam

Forensic Exam tu peperiksaan undang-undang yang berkait dengan akta-akta berkaitan dengan farmasi: Poison Act, Registration of Pharmacist Act, CDCR..aku pun tak berapa ingat. Forensic Exam dijalankan oleh pihak Lembaga Farmasi, 3 kali setahun: Mac, Jun, Oktober. Korang wajib lulus exam ni untuk membolehkan korang berdaftar penuh as pharmacist dengan Lembaga Farmasi (Fully Registered Pharmacist). Kalau korang tak berdaftar penuh dengan Lembaga, korang tak boleh nak practice sebagai pharmacist la jawabnya, pastu proses nak sah jawatan pun terjejas. Soalan Forensic Exam agak tricky berbanding dengan soalan exam masa kat universiti dulu, so make sure kalau ada seminar, bengkel or kursus cara menjawab soalan forensic exam, pastikan korang join. Aku bagi la tips sikit:

  • Make sure korang jawab semua soalan - jangan tinggalkan soalan tak berjawab. Doktrin pasal kaedah menjawab exam ni, pada aku la, kurangkan kehilangan markah. Nak kurangkan kehilangan markah, jangan tinggalkan soalan tak berjawab la. Senang je.
  • Make sure korang kenal mana satu Act mana satu Regulation. Kalau Act eg Poison Act, isi kandungan Act tu dibahagikan kepada Section. Kalau Regulation, isi kandungan tu kita panggil regulation jugak la
  • Practice jawab MCQ bagi tiap-tiap tahun. Format MCQ lebih kurang je setiap tahun, takde berubah apa sangat.
  • Mintak tips daripada penceramah kursus yang datang daripada Bahagian Penguatkuasa.
  • Pastikan korang beli buku undang-undang yang latest, sebab kat bahagian Poison List tu setiap 6 bulan ada perubahan.
Research

Yang bab ni aku susah sikit nak komen sebab masa aku PRP dulu, hospital tempat aku attach dulu takde buat research. So yang ni bergantung kat tempat korang attach nanti la. Actually bila korang ada buat research time PRP, benda ni satu kelebihan buat korang sebab bila korang jadi FRP nanti, korang still kena buat research jugak. Pendedahan masa PRP pasal benda ni memang penting so jangan merungut kalau kena buat research

Hubungan kerja antara PRP, FRP, PPF, PPK

Bila korang dah bekerja, korang bukan bekerja sorang2 je. Dalam department farmasi tu ramai orang - ada PRP senior, FRP, Penolong Pegawai Farmasi, Pembantu Perawatan Kesihatan. Ada staff yang lagi tua dari korang tapi gred gaji dan pangkat dorang lagi rendah dari korang. Jangan pandang rendah, ego, bodoh sombong masa kerja nanti - buat baik dengan semua orang, kalau ada benda korang tak sure or tak faham tanya je kat PPF or PPK, walaupun dorang pangkat rendah daripada korang. Setahun lepas masa aku PRP, apa yang aku perhati ramai PRP bila bab hubungan dengan staff yang lagi rendah kedudukan dari dorang, PRP ni cam tunjuk kerek, arah buat itu buat ini. Bila bekerja dengan orang, sebolehnya mintak tolong elok2 kalau nak minta orang lain buat kerja, sebolehnya cuba jangan bagi arahan suruh buat tu buat ni. Bab ni dulu masa kat uni memang takde orang ajar, tapi nanti bila korang kerja kena pandai2 la bawak diri. As long that kerja kat department tu berjalan lancar, itu kira ok la. Lagi satu jangan la berkira sangat bila bab buat kerja. Kena saling tolong menolong antara satu sama lain, baru suasana kerja selesa & harmoni

Hubungan dengan doktor, specialist, staff nurse, sister, matron.

Bila korang bekerja dalam hospital, korang akan berhubung dengan profesional lain jugak. So jaga la hubungan tu elok2. Sebagai contoh kalau ada masalah dengan preskripsi, doktor bagi ubat overdose atau pun ubat yag doktor prescribe tu habis stok & korang nak mintak izin tukar dengan jenis lain, bila berhubung dengan doktor tu cakap elok-elok pasal masalah tu. Usually doktor akan bagi kerjasama & jarang sangat ada doktor yang bengkeng, marah tak tentu pasal bila kita query dorang. Begitu jugak dengan staff nurse, sister, matron. Kalau korang datang buat ward inspection kat ward, bawak2 la berborak, bergurau dengan staff nurse yang ada kat situ. Senang cerita buat jela baik dengan semua orang, supaya apa-apa hal nanti di kemudian hari orang tak lokek nak tolong kita. (Aku dulu pernah buat silap yang agak facepalm, nasib baik ade sorang specialist tolong aku time tu - so ape aku cakap ni memang based on pengalaman aku sendiri, sebab itu aku beria nak pesan kat korang, buat baik dengan semua staff kat hospital).

Ok la. Ada lagi ni isu nak cerita. Nanti tunggu part 2 pulak.

Kolesterol dan statin

14 comments

Lemak, atau dalam bahasa saintifiknya lipid merupakan komponen penting dalam penghasilan hormon dan sel dalam badan manusia. Tapi lemak yang berlebihan boleh memudaratkan tubuh badan. Lemak yang diserap daripada makanan akan diproses menjadi kolesterol, dan kolesterol akan diubahsuai untuk menjadi larut dalam darah lalu diangkut dalam salur darah dalam bentuk lipoprotein. Salur darah manusia yang terdiri daripada lapisan sel yang nipis boleh tersumbat sekiranya lipoprotein terlalu banyak dalam aliran darah.

Dalam perubatan moden, masalah hypercholesterolemia atau pun masalah tinggi kolesterol dalam darah boleh diatasi dengan menggunakan ubat yang dinamakan statin. Statin bertindak merencatkan penghasilan kolesterol, dan seterusnya menurunkan tahap lipoprotein dalam darah. Hasilnya, risiko salur darah tersumbat akibat kolesterol akan menurun. Terdapat beberapa jenis ubat dari kumpulan statin yang digunakan di hospital dan dijual di farmasi sebagai contoh Lovastatin, Simvastatin, Atorvastatin, Rosuvastatin dan Pravastatin. Ubat-ubatan statin perlu dimakan pada waktu malam iaitu sebelum tidur kerana hati (liver) manusia menghasilkan kolesterol secara aktif pada waktu malam, ketika proses penyerapan makanan dah lengkap atau tak berlaku pada waktu tu. 

Ada satu jenis statin, iaitu Lovastatin boleh didapati daripada bahan makanan seharian kita, iaitu cendawan tiram dan juga beras merah (red yeast rice). 



Cendawan tiram mengandungi sehingga 2.8% kandungan lovastatin, manakala beras merah pernah satu ketika dulu dikawal penjualannya oleh US FDA atas faktor kandungan lovastatin dalam beras tersebut, yang pada ketika tu lovastatin merupakan ubat terkawal yang memerlukan preskripsi daripada doktor. Beberapa kajian klinikal dan juga meta analisis yang dijalankan oleh saintis mendapati beras merah secara signifikan, dapat menurunkan tahap kolesterol dalam darah sehingga 35% dan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 45%.

Walaubagaimanapun, kalau dibandingkan lovastatin dengan statin yang lain, kesan lovastatin ni yang paling low impact la berbanding atorvastatin, simvastatin dan pravastatin. Kesan lovastatin pun ambik masa lama, lebih kurang 12 minggu baru nampak kesan. Dan satu lagi nak diingatkan, kalau korang nak mula makan cendawan tiram dan beras merah untuk jaga kesihatan tu memang perkara yang baik, tapi kedua-dua makanan ni tak boleh digunakan untuk menggantikan ubat statin yang dah diarahkan oleh doktor untuk dimakan. Tak boleh la bila dah makan simvastatin atau atorvastatin kemudian tiba-tiba stop, start makan cendawan dan beras merah. Berhenti makan ubat secara tiba-tiba boleh menjejaskan rawatan dan menyukarkan doktor untuk mengoptimumkan rawatan pada masa akan datang.

 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire