PRP's Life (Part 2)

Sambungan daripada PRP's Life (Part 1)

Dokumen untuk tujuan lapor diri

  • Salinan IC mak & abah korang
  • gambar passport 8-10 keping
  • salinan surat tawaran SPA & KKM
  • salinan IC korang sendiri
  • salinan transkrip akademik
  • maklumat keluarga termasuk adik beradik (rujuk borang tapisan keselamatan kasar)
  • salinan penyata akaun KWSP (untuk tujuan gaji)
  • passport perjalanan terhad (untuk mereka daripada Semenanjung yang kena bertugas ke Sabah/Sarawak. Dokumen ni korang boleh apply kat pejabat Imigresen, bayaran RM5)
Itu jela rasanya, aku pun tak berapa nak ingat. Pastikan dokumen semua difotostat sekurang-kurangnya 3 salinan, pastu semua ada cop pengesahan.

Briefing pasal aktiviti kat setiap stesen

Nak cerita panjang memang akan jadi sangat panjang. So aku cerita ringkas jela.

  1. In patient pharmacy - kat department ni korang terlibat dalam sistem bekalan ubat kepada wad dan jugak kepada patient yang discharge daripada wad. Korang akan belajar pasal unit of dose, unit of use, isi troli ubat, pastu masa attachment ni jugak korang kena buat bedside counseling kepada patient.
  2. Out patient pharmacy - kat department ni korang akan terlibat dalam aktiviti dispens, counseling & filling ubat-ubatan untuk pesakit daripada klinik pakar dan jugak emergency department. Di sini jugak korang akan terlibat dalam sesi MTAC, group counseling & medication assessment.
  3. Therapeutic Drug Monitoring - TDM, hehe..ingat lagi calculation pharmacokinetic masa final year dulu? Tapi setiap hospital ada protokol TDM masing-masing so refer preceptor korang pasal calculation & cara nak buat dose adjustment based on protocol hospital korang
  4. Oncology Pharmacy (CDR)- kat sini korang akan deal dengan supply & reconstitution ubat-ubat chemotherapy untuk patient yang ada kanser. Rasanya kat sini korang dah kena start naik atas wad pastu clerk case
  5. Total Parenteral Nutrition -TPN ni tak semua hospital ada, kalau kat tempat korang ada kira korang bertuah la. Kat sini korang akan belajar pasal GMP, clean room, aseptic technique dan sebagainya yang bersangkut paut dengan penghasilan produk total parenteral nutrition.
  6. Ward Pharmacy - atau nama lainnya, clinical pharmacy attachment. Kat sini korang akan berkenalan dengan borang2 CP1, CP2 & CP3. CP4 macam tak pernah isi pun, in fact aku pun tak faham kenapa borang tu wujud. lol. Nanti aku terang detail lagi kat bawah. Bedside counseling pun korang ada kena buat kat sini, di samping ikut sama doktor & specialist masa ward round.
  7. Inventory Management - attachment kat stor. Korang akan berkenalan dengan AP items, LPO, Contract items, tatacara pengurusan stor, pastu macam mana nak handle budget untuk beli ubat-ubatan dan barang-barang perubatan. Macam mana nak handle cold chain items, all sort of things
  8. Manufacturing -atau pun dikenali sebagai galenical unit. Ada sesetengah dosage form yang diproses sendiri di hospital untuk tujuan penjimatan kos - eg disinfectant, syrup, enema. Kat sini nanti belajar lebih kurang macam masa kat TPN la, good manufacturing practice, sterile preparation semua nanti belajar kat sini.
  9. Drug Information Service - kat sini tugas korang, sebagai orang yang handle sebarang panggilan berkait dengan pertanyaan tentang ubat-ubatan dan sebarang masalah farmaseutikal. Selain tu preceptor korang mungkin akan suruh korang buat projek atau research masa attach kat sini. Maka korang akan berkenalan dengan Up To Date, Lexicomp, Micromedex, ScienceDirect dan sebagainya.
Presentation

Aku tak tau kat hospital lain macam mana dan berapa banyak presentation PRP kena buat. Bab ni kena rujuk kat preceptor hospital masing-masing. Aku sendiri ada 10 presentation kena buat sepanjang PRP, 5 case clinical, 3 continuous professional development, 2 critical appraisal. Kalau tempat korang ada kena buat research mungkin jumlah presentation korang tak sebanyak aku la kot.

Cara korang nak present case clinical korang, lebih kurang je macam korang present masa belajar final year dulu. Cuma bila masuk bab pharmaceutical care issue tu, letak la yang berkait dengan masalah ubat-pesakit-penyakit. Jangan la letak PCI yang pelik-pelik, eg patient complain numbness, pastu korang suggest buat acupuncture. Contoh PCI yang boleh korang letak ada kat dalam borang CP3. 

Masa attach kat clinical korang kena isi borang CP1, CP2 & CP3. CP1 tu untuk tujuan medical assessment, kalau patient tu ade makan ubat-ubatan untuk tempoh jangka masa panjang macam antihypertensive, borang tu boleh digunakan untuk korang assess patient compliance atau pun kot2 ade sebarang side effects or adverse reaction yang disebabkan oleh ubat. CP2 pulak tujuannya untuk korang dapat follow up dan monitor progress patient sepanjang patient ada dalam wad. CP3 pulak summary kepada semua aktiviti korang dalam wad - counseling, intervention, jawab pertanyaan doktor dsbnya. CP1 kena isi sekurang-kurangnya 10 pesakit/minggu, CP2 pulak parak sikit la, kena isi borang untuk 15 pesakit/minggu, dan CP3 seminggu satu borang. Nanti masa attachment kat medical korang akan go through & encounter pelbagai jenis masalah dan penyakit dan korang akan dapat perhati macam mana specialist & doktor manage masalah - masalah yang timbul.

Kat bawah ni aku turunkan sikit petua yang Prof Mansor ajar aku dulu, hopefully korang dapat practice masa clinical nanti:

1. PCI: tumpukan kepada drug related problem sahaja

e.g korang tengok BP pts above normal, tapi belum ade diagnosis pasal HTN, so statement of problem
- irregular BP, may be due to uncontrolled HTN

2. Problem kena related dengan ubat2 shj

antara soalan yg digalakkan untuk ditanya kpd patient (kalau involve dalam sesi counselling of pts)

- Tahu tak kegunaan ubat pakcik/makcik/encik ni untuk apa?

- Kalau 1st time users, cerita pasal ubat, dan ubat tu tuk sakit ape

- pastu, suh pts ulang semula (check dia faham ke x)

- check label, arahan kat bekas ubat, appropriate x?

- check, ubat habis @ tak sebelum pts receive new supply?

- check, pts ade pergi ke klinik lain tak?

antara recommended PCI (phmceutical care issues)

- pemilihan ubat..sesuai @ x?

- dose sesuai @ x? perlukan dose adjustment?

- ubat tu, boleh affect kidney & liver x? kalau affect - liver & renal profile kne monitor..

- nak bagi dose ubat cmne, e.g genta, vanco - ideal @ actual body weight?

- reconstitution ubat - does aseptic technic applied (err, aku salin jek ape prof cakap wpun yg ni, xkan la kte nk tnya nurse dorg apply aseptic tech ke x..kang saje jek, huhu)

- admin ubat - by bolus @ slow infusion? infusion rate yg sesuai?

- check ubat thru trolley, meds chart and tnya pts - ensure dia dpt x dose/ubat as prescribed?

- hydration status of pts, do pts well hydrated?

- ade x side effects due to drugs? can pts tolerate?

- culture n sstvt - does drug given appropriately based on c&s?

- monitor vital signs, Na, K, renal profile, ABG...

- pts respond @ not when medication startes?

e.g pts prescribed with 625 mg augmentin BD - esok try tnya - cmne pakcik, ade perubahan tak? (bengkak surut ke, less pain ke..)

Klasifikasi ubat-ubatan

Benda ni nampak macam remeh, tapi penting jugak la untuk korang tau. Kat hospital ada beberapa klasifikasi ubat-ubatan iaitu:
  • List A* : ubat yang boleh dipreskrib/diberi oleh specialist dalam sesuatu bidang saja. Example: Capsule Isotretinoin 10 mg, ubat ni boleh dipreskrib oleh specialist dari bidang Dermatology sahaja. Specialist Medical, ENT, Ortho, Surgical tak boleh memandai-mandai bagi ubat ni kat patient
  • List A/KK: ubat yang boleh dipreskrib/diberi oleh mana-mana specialist, tak kira la specialist Medical ke, Surgical ke janji specialist yang sign prescription. "KK" tu bermaksud "Kesihatan Keluarga", bermaksud ubat tu boleh didapati di Klinik Kesihatan & Poliklinik. Example: Dafflon Tablet (Hesperidin + Diosmin)
  • List A : ubat ni boleh dipreskrib oleh mana-mana specialist, tak kira la specialist bidang apa pun, tapi tak semestinya ubat ni ada dekat Klinik Kesihatan & Poliklinik. Eg Methylphenidate 
  • List B: ubat ni tak memerlukan tandatangan pakar, boleh diberi oleh mana-mana doktor asalkan dorang tu doktor. Eg Cloxacillin 250 mg
  • List C: ubat tu boleh diberi oleh Medical Assistant eg Paracetamol 500 mh
  • List C+: ubat tu boleh diberi oleh bidan bersalin eg Oxytocin Inj
Kalau doktor yang bukan specialist iaitu sama ada Medical Officer U44 atau House Officer U41 prescribe ubat list A, A/KK atau A*, prescription tu perlu ditandatangani oleh specialist sekali, tandatangan doktor biasa je tak laku. Sebenarnya sistem klasifikasi macam ni, ni pendapat aku la, untuk control penggunaan ubat-ubat ni la. Selalunya ubat list A ni ubat yang harga mahal, so kalau semua doktor boleh bagi nanti bankrap la hospital. Itu je sebabnya.

Bila nak kena hantar log book?

Masa aku sekarang ni, sebulan sebelum tarikh korang tamat latihan, log book dah kena settle, isi lengkap, dapat markah dan kena hantar ke Lembaga Farmasi untuk tujuan pengesahan yang korang dah tamat latihan. Kalau ada stesen/unit yang korang belum attach tapi dah kena hantar logbook, log book untuk stesen tu pun kena hantar jugak dan preceptor akan beri markah jugak untuk log book tu, berdasarkan overall performance korang kat stesen-stesen yang lain. Bila dah hantar log book, maka tamatlah sudah sebenarnya PRP korang. Just kena cukupkan 52 minggu latihan, tapi log book tak yah isi dah la untuk stesen yang last tu sebab log book dah kena hantar.

On Call

Korang sebagai PRP akan bertugas sebagai on call pharmacist, mungkin 3-4 bulan sekali, bergantung kepada berapa ramai PRP kat tempat korang. Masa on call selalunya korang kena handle sebarang pertanyaan daripada doktor dan nurse selepas waktu pejabat, kena handle TDM, poisoning case, supply chemo drugs & psychotropic drugs. Tapi korang takkan berseorangan, akan ada FRP yang jadi second caller korang. Apa-apa hal pun jangan gelabah, kalau doktor tanya and korang tak dapat nak bagi direct answer, korang mintak doktor tu tunggu pastu korang telefon semula lepas dapat jawapan. Bagi jawapan lambat lagi bagus daripada bagi jawapan yang salah. 

Weekend duty & ETO

Weekend duty bermaksud ada masa korang kena kerja lebih masa yakni bekerja di hujung minggu, ikut giliran la. Bila korang bekerja lebih masa, tak kira la weekend duty ke, on call ke, korang tak dapat claim overtime tapi korang boleh claim equivalent time off (ETO). Maksudnya kalau korang bekerja hari sabtu ahad selama 16 jam, ETO korang = 16 jam la. Kalau korang nak ambik cuti selama sehari, korang boleh apply cuti sehari, pastu tolak ETO korang. Cuti sehari = 9 jam bekerja, so korang dah kerja lebih masa 16 jam, tolak 9 jam, tinggal la 7 jam lagi baki ETO. Macam tu la ceritanya.

Claim duit perjalanan masa lapor diri.

Kalau korang lapor diri ke JKN pastu ke hospital, korang akan naik kenderaan kan? Mustahil la jalan kaki kot. So bila naik kenderaan, korang boleh claim la tuntutan perjalanan daripada rumah korang ke JKN, kemudian ke hospital. Sebagai contoh: 

Kes 1: daripada rumah korang ke Shah Alam, korang pergi ke JKN Selangor. Pastu dari JKN Selangor kena lapor diri ke HTAR, Klang. Korang tanya la kat abang teksi, total amount bayaran dari Shah Alam - JKN - HTAR tu berapa ringgit, pastu isi la dalam borang tuntutan perjalanan tu. Kalau ada resit, korang dapat full payment. Kalau takde resit pun, katakan korang naik kereta Abah korang atau kereta pakwe/makwe korang, still boleh claim jugak TAPI dapat separuh jela daripada jumlah tuntutan asal. Faham? Ini bukan aku nak ajar korang jadi menipu tapi dah memang orang admin pejabat ajar aku camni aku bagitau jela kat korang, ahhaa.

Kes 2: Daripada rumah korang, naik teksi ke airport, pastu naik flight ke Kota Kinabalu, pastu naik teksi pergi JKN Sabah, pastu naik teksi pergi airport Kota Kinabalu pastu naik flight pergi Hospital Sandakan. Maka tuntutlah bayaran untuk setiap perjalanan tu. Serupa macam kat atas iaitu Kes 1, kalau ada resit dapat full payment untuk claim, kalau takde resit dapat separuh je, ok?

Dress code

Kat hospital nanti pihak hospital akan bagi korang lab coat (3 pasang setahun), cop nama (aku dapat 2 set, hospital lain tak tau la), name tag (dua set) & kad pengenalan staff kerja hospital. Macam biasa la, pakai la smart-smart, pastu boleh post kat fb untuk membanggakan orang tua korang. 4-5 tahun belajar kat uni, akhirnya korang dah jadi pegawai farmasi yang hensem / cun. :D


Kursus Induksi 

Aku tak dapat nak komen bab ni sebab aku sendiri belum pergi lagi kursus induksi. Tapi apa aku boleh cakap, kursus induksi tu penting sebab itu salah satu syarat untuk disahkan jawatan. Bila dah sah jawatan, baru korang entitle untuk dapat segala benefit sebagai kakitangan kerajaan - pinjaman kerajaan, masuk hospital wad 1st class, dsbnya. Yang ni bergantung kepada korang punya negeri tempat kerja tu, kalau macam Sarawak ni lembab sikit.

Tugas dan tanggungjawab

Kadang-kadang bukan semua benda kita rancang, yang kita nak, kita dapat. Macam aku ni korang ingat masa isi borang PRP dulu ada mintak kat Sarawak ke? Haram aku tak mintak pun. Korang pun nanti macam tu jugak la, mintak Hospital Selayang, dapat Hospital Tunku Bainun, atau mungkin korang mintak Hospital Pulau Pinang, alih-alih kena hantar pergi Hospital Tawau. Kalau rasa macam nak buat rayuan,buat je la rayuan. Macam aku ni, even though kena hantar ke Sarawak, tempat aku tak mintak langsung tapi bila buat kerja, buat la kerja seperti yang kita patut buat. Sebab korang dah terpilih jadi graduate pharmacy, dilantik jadi Pegawai Farmasi, so orang lain yang bekerja sebagai doktor, nurse dan jugak pesakit semua letak kepercayaan pada korang bila membabitkan isu-isu farmaseutikal ni. Bila ada masalah yang memerlukan pendapat pegawai farmasi, korang la tempat dorang bertanya soalan sebab masa kat uni kan korang dah dilatih dengan pelbagai pengetahuan pasal ubat-ubatan, so sekarang la masa korang apply pengetahuan korang tu untuk bantu orang lain. So letak niat dalam hati, pergi kerja ni sebab niat kerana Allah, sebab nak cari rezeki halal, sebab nak tolong orang, Insha Allah pertolongan Allah tu akan datang. 

Okay, so far rasanya itu jela dulu kot, tak seberapa pun benda yang dikongsi ni. Kalau ada kemusykilan boleh la bertanya kat ruang komen tu, takpun nak tanya kat senior-senior korang yang kat facebook tu pun boleh, takde masalah. Harap-harap apa yang aku kongsi ni, kita sama-sama dapat manfaat, Insha Allah. :D Selamat menjalankan tugas dan memulakan fasa baru dalam kehidupan.

5 comments:

shapoji said... / October 10, 2011 at 7:36 AM  

hebat doh.....ilmu mase final year mmg berguna kot kan......dah macam kat hospital dah....rase tak sbar dah nak jadi PRP, dan rase cuak nak jadi PRP pon ade...

Anonymous said... / October 30, 2011 at 12:29 AM  

thanks wei...mantop lah ilmu penerangan der..hehee

Anonymous said... / July 25, 2012 at 9:21 AM  

SUKA BAB TUGAS N TANGGUNGJAWAB. KN NIAT KRN ALLAH BARU LA KERJA BAGUS. NI MEMILIH APA YG SUKA APA YG XSUKA.EMM

oh oh mario said... / April 14, 2017 at 12:12 PM  

terima kasih. even post ni dah lama zaman batu, hehe. tapi masih berguna utk djadikan panduan kitorang, -budak tadika-yang baru-lepas degree pharmacy -from prp to be 2017

Sterling Heights Demolition Contractors said... / November 24, 2022 at 4:58 AM  

Greeat read thanks

Post a Comment

 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire