Pengambilan ubat-ubatan bagi mereka yang G6PD deficiency

Masalah kekurangan enzyme Glucose 6 phosphate dehydrogenase ni, aku tak berapa pasti sama ada ketara atau tak. Sepanjang aku bekerja sejak 10 bulan lepas, baru satu kes yang aku jumpa. Mungkin masalah kesihatan macam ni terlalu rare kat Malaysia macam kes cystic fibrosis jugak, tapi apa-apa pun tak kisah la, janji ade benda yang boleh korang belajar.

Enzim G6PD ni merupakan sejenis enzim yang penting untuk melindungi sel darah merah daripada meletup, ataupun bahasa biologinya hemolyse. Dalam sesetengah keadaan tertentu, sebagai contoh selepas kita memakan sesetengah jenis makanan seperti fava bean (rujuk gambar) atau pun sesetengah jenis ubat, kandungan free radical akan meningkat disebabkan sesetengah bahan kimia yang wujud dalam makanan dan ubatan tu. Free radical ni boleh menjahanamkan pelbagai jenis enzim dan juga sel, termasuk la sel darah merah. Untuk kebanyakan orang yang takde masalah kekurangan enzim G6PD, sel darah merah mereka akan selamat sebab enzim G6PD dalam sel darah merah mereka boleh menolong meneutralkan balik free radical nih. Bagi yang kurang bernasib baik kerana kekurangan enzim G6PD - sel darah merah mereka boleh jahanam dan pecah disebabkan peningkatan free radical, kesan dari pengambilan sesetengah makanan atau ubatan macam yang dijelaskan tadi. Bila sel darah merah pecah, sistem pengangkutan oksigen terjejas sebab sel darah merah bawak oksigen, kalau berpanjangan tanpa rawatan boleh membawa kepada masalah lain yang lebih serius.


Fava bean


Masalah G6PD ni dalam keadaan biasa selalunya kita tak nampak apa-apa kesan atau tanda pada seseorang tu yang dia ada masalah ni, selalunya masalah ni dikesan bila seseorang tu mula mengalami demam kuning, letih-lesu dan jugak menunjukkan tanda kurang darah (anemia) lepas dorang makan fava bean ataupun setelah ubat-ubatan tertentu dimasukkan ke dalam badan mereka. Jadi kat bawah ni merupakan senarai ubat-ubat yang boleh mengakibatkan anemia di kalangan pesakit yang kekurangan enzim G6PD. Kalau korang ataupun siapa-siapa yang korang kenal tiba-tiba rasa lemah, kulit pucat lepas makan ubat-ubat dalam senarai kat bawah, maka sila bagitau doktor.

5 comments:

Anonymous said... / July 24, 2012 at 2:17 PM  

salam.. baru2 nie sy membawak mak sy bejumpa doctor untk memeriksa keadaan mak sy yg sekrg dia mengalami 1 jenis penyakit yg membawa tanda kebiruan atau lebam pd bahagian kedua tgn n kedua belah kak beliau.. merujuk pd kesan yg ada pd bdn mak sy apakah ia sejns penyakit merbahaya atau sebalikye.. dlm pd itu jg mak sy mengalami kolestrol n jantung.. adkh kesan kebiruan ataun lebam pd bdn beliau ada sangkut paut pd pengambilan ubt-ubtn atau skt yg skrg dia alami iaitu kolestrol n jantung..

Anonymous said... / August 2, 2012 at 1:15 AM  

Wsalam Anon 24 July,

Berkenaan lebam pada badan emak encik/puan tersebut, saya sarankan encik/puan bertanya sendiri kepada doktor yang merawat emak encik/puan sebab untuk mengenalpasti masalah tersebut, cuma doktor yang ada authority untuk mengesan masalah tersebut.

Dr Wan said... / March 2, 2014 at 10:41 AM  

Anak saya pernah dikesan menghidap g6pd ketika dilahirkan.Alhamdulillah sembuh sepenuhnya selepas membuat rawatan di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak.Sekarang boleh makan apa sahaja termasuk yg tidak dibenarkn kpd pesakit ini.Sila hubungi Dr Wan 0196676236

Unknown said... / August 16, 2014 at 12:33 PM  

as,salamualaikum, sy ingin bertanya , apakah kesan jika sel darah merah pecah.trima kasih

vanulanowski said... / March 3, 2022 at 11:42 PM  

Casino Games - DrmCD
Discover the best Casino Games, 나주 출장샵 Jackpots, 영주 출장마사지 and other popular Casino Games! 남양주 출장마사지 Play over 3,000+ Casino Games, 충청북도 출장안마 Slots, Blackjack, Roulette, Video Poker, 공주 출장안마

Post a Comment

 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire