PRP's Life (Part 1)



Sebenarnya urusan-urusan yang perlu dilakukan sebaik selepas dapat surat tawaran lantikan daripada pihak SPA dah pun di post dalam blog ni tahun lepas (masa 5th Batch UiTM Pharmacy baru nak mula latihan PRP), jadi korang (6th Batch) boleh refer kat entri-entri kat bawah ni:




Apa yang aku nak ceritakan dalam entri ni pasal pengalaman aku sendiri kat hospital selama setahun latihan PRP. Untuk makluman korang, setiap tempat ada setting masing-masing, ada kelebihan & kekurangan masing-masing, dan style latihan korang jugak berbeza-beza. Perkara ni memang out-of-control, tapi fortunately masa korang dalam latihan nanti korang akan diberi 9 buah logbook nipis yang perlu dilengkapkan di setiap stesen di hospital masa korang menjalani latihan PRP nanti. 9 buah buku logbook tu terdiri daripada:

  1. In patient pharmacy (Discharge counter, Satelite Pharmacy, Dangerous Drug, Extemporaneous preparation) - 8 minggu
  2. Out patient pharmacy - 12 minggu
  3. Therapeutic Drug Monitoring - 4 minggu
  4. Oncology Pharmacy (CDR) - 4 minggu
  5. Total Parenteral Nutrition - 4 minggu
  6. Ward Pharmacy - 10 minggu
  7. Inventory Management - 4 minggu
  8. Manufacturing - 4 minggu
  9. Drug Information Service - 4 minggu
Attachment PRP di Bahagian Penguatkuasa dah dimansuhkan pada awal tahun ni, so PRP batch baru sekarang akan fokus 100% pada latihan di farmasi hospital.

Cerita aku ni aku ringkaskan kepada beberapa fasa kehidupan, hahhaa lawak sial ayat ni, ok la kepada beberapa peringkat latihan masa dari awal lapor diri sampai la korang habis latihan PRP.

Lapor diri

Lepas korang dapat surat tawaran SPA, sepatutnya korang akan dapat surat penempatan daripada pihak KKM. Dalam surat tu korang akan diberitahu ke negeri mana korang akan dicampak. Macam aku ni kena hantar ke Sarawak, so dalam surat tu akan tertulis, penempatan latihan di negeri Sarawak. Tapi dalam surat tu takkan diberitahu korang dapat kat hospital mana. Jadi sebaik saja dapat surat tu korang boleh la terus pergi ke Jabatan Kesihatan Negeri kat mana korang kena hantar tu: let say korang dapat Selangor, pergi la ke JKN Selangor, kalau dapat Pahang kena pergi lapor diri kat JKN Pahang. Pihak JKN pulak nanti akan keluarkan satu surat lagi yang menyatakan penempatan korang kat hospital mana - surat yang ni penting sebab pada surat tu ada nombor rujukan fail peribadi korang dengan pihak KKM & nombor fail peribadi tu amat penting untuk apa2 urusan rasmi dengan pihak KKM. Tapi surat tu biasanya sama ada terus dicetak, diberi kepada korang masa korang lapor diri tak pun nanti dihantar melalui faks ke hospital tempat korang kerja nanti. Pada hari korang lapor diri tu, korang akan diberitahu kat mana korang akan ditempatkan dan pada hari tu jugak korang kena pergi ke hospital tempat korang ditempatkan tu.

So nampak tak the tricky part here? Dah lapor diri kat JKN baru tau dapat hospital mana. Macam mana nak cari tempat tinggal, nak survey transport dari tempat tinggal ke tempat kerja dalam masa satu hari? Well memang proses awal bekerja ni amat facepalm dan menyusahkan, tapi selalunya dan kebiasaannya, akan ada la staff kat pharmacy department yang tolong korang dapatkan rumah @ bagi korang tinggal sementara. Ketua Pegawai Farmasi pun biasanya akan consider jugak keadaan korang, selalunya dia akan bagi la sehari dua untuk korang cari tempat tinggal dulu. Bab ni memang korang kena siap sedia la dari segi mental & fizikal. Sebagai contoh masa aku sampai Sibu dulu, sampai2 Hospital Sibu dah pukul 3:30 pm, pastu dengan urusan kat pejabat pentadbiran pun dah ambik masa, dekat pukul 5 pm baru settle. Cuma memang time aku memang Allah nak tolong, kebetulan ada sorang staff pharmacy yang kawan dia memang ada rumah sewa kosong yang dekat dengan hospital, maka malam tu jugak la aku dah dapat rumah sewa. So just think positive about this, jangan fikir banyak sangat la. Insha Allah ada la nanti mau'nah dari Allah nanti.

Masa lapor diri - rasanya tak perlu beritahu la kot macam mana nak berpakaian, kalau lelaki tu pakai la kemeja, tie, seluar slack, kasut hitam. Perempuan pulak pakai pakaian sopan la, yang sesuai untuk pergi kerja. Nak pakai shawl ke apa tak kisah la tapi jangan la lapor diri pakai jeans, sandal, selipar. Patut sendiri tahulah nak dress up macam mana, ok?

Dokumen-dokumen yang nak dibawak masa lapor diri dah ada diberitahu dalam link yang aku bagi kat atas. Pastikan dokumen-dokumen korang dah lengkap semua, sebab kalau korang kena hantar kat negeri yang jauh daripada kediaman korang memang masalah la nak uruskan semula. 

Gaji

Pembayaran gaji bergantung kepada tahap efisiensi pentadbiran hospital tempat korang kerja tu nanti. Selalunya mungkin ambil masa sampai 2 bulan. Tapi kalau kat Sarawak @ Sabah, kalau korang lapor diri awal bulan, hujung bulan yang sama tu jugak korang dapat gaji dah. Macam aku dulu daftar 14 September 2010, gaji first aku masuk masa hujung bulan Oktober. Agak cepat la. So benda ni ikut nasib la, kalau kerani hospital korang kerja tu rajin, maka cepat la gaji korang masuk. Kalau dorang malas, mungkin ambik masa lambat la kot. Paling lama pernah aku dengar ada sampai 3 bulan la, tapi itu memang rare case la. Buat-buat la baik dengan akak-akak kerani hospital, kalau nak gaji masuk cepat.

Berapa banyak duit simpanan nak kena ada before dapat gaji? Itu susah nak cakap la, bergantung kepada korang ni jenis berjimat ke tak. Tapi pada aku ideally dalam RM2000 tu patut cukup dah sepatutnya, melainkan kalau korang mengketedarah Starbuck hari-hari, tu lain la cerita. Masa gaji belum dapat berjimat-jimat la dulu. 

Start kerja.

Masa korang bekerja sebagai PRP, korang akan dinilai oleh pegawai farmasi yang lebih senior yang digelar sebagai preceptor. Preceptor akan beri markah korang berdasarkan setiap skills yang dinilai dalam log book korang. Korang dah bekerja nanti korang akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia, bermaksud korang akan jumpa dengan pelbagai jenis preceptor. Walau macam mana pun perangai preceptor korang - dia buli korang ke, dia suruh korang buat macam-macam ke, layankan je. Sebab markah lulus bagi setiap log book mesti >60%, so sabar jela dengan karenah preceptor korang. Sebelum korang attach kat sesuatu department baca la dulu log book korang untuk department tu, tengok apa target kerja yang korang kena achieve pastu kalau ada yang tak faham tanya la kat preceptor @ senior PRP. Banyakkan bertanya - sebab korang bukan lagi kat universiti, dulu kat uni lecturer dibayar gaji untuk ajar korang, bila dah kerja korang kena ambik inisiatif la tanya dan ambik tahu apa yang korang kena buat, as a PRP.

Masa first 2-3 hari aku kerja dulu, time tu baru induction time. Aku & geng yang baru lapor diri kena pergi ke semua unit dalam department pharmacy, jumpa setiap preceptor pastu dorang brief la serba-sedikit pasal unit dorang. Bila korang datang semula ke unit dorang untuk attachment, dorang akan brief sekali lagi la.

Bila korang dah start kerja, perkara yang korang kena familiar dah tentu la kena familiar dengan ubat. Dekat hospital, doktor, nurse dan mana-mana staff akan rujuk korang bila ada apa apa hal yang berkait dengan ubat atau pun alat-alatan untuk deliver ubat. Jadi pastikan korang at least tau la serba-sedikit pasal:

  • Cara nak guna MDI, aerochamber, accuhaler, turbohaler, easyhaler
  • Cara nak guna insulin pen
  • Cara nak administer subcutaneous Enoxaparin
  • Cara nak gunakan pessary
Sebenarnya preceptor akan tolong korang jugak kalau ada part yang korang tak berapa mahir tapi at least kena tau la jugak sikit-sikit. Dan kalau tak berapa tau, sila tunjuk effort dengan banyakkan bertanya & banyakkan membaca bila balik ke rumah.

Rasanya dulu Prof Mansor dah cerita kot, antara roles of pharmacist ialah untuk make sure patient receive right drug, right dose, right indication, right patient, right time..Masa korang belajar dulu, aku rasa korang dan aku jugak belajar secara general je eg Amlodipine. Kita belajar, ok, Amlodipine tu dihydropidine CCB, guna untuk rawatan hypertension. So bila dah kerja as pharmacist, korang kena dig up more la pasal Amlodipine ni - usual dose range berapa? berapa kali sehari boleh bagi? kalau patient tak boleh tolerate Amlodipine ubat apa yang kita boleh suggest untuk ganti dia? apa adverse reaction yang common kalau patient ambik Amlodipine? kalau patient ada hepatic impairment, renal impairment kena adjust dose tak? Untuk semua jenis ubat korang kena tau dan expert dalam bab-bab ni semua, itu yang doctor & nurses expect from us. Tapi memang tak logik la nak tau, nak hafal semua particulars pasal ubat-ubat ni dalam tempoh masa yang singkat. Jadi gunakanlah waktu korang dalam latihan PRP ni untuk ambik tahu sebanyak mungkin pasal ubat-ubat ni. So ini basic thing la, tak kira la korang attach kat mana-mana pun. Sebab macam aku yang sekarang float kat OPD (float - kerja kat sesebuah unit sebelum korang dapat posting letter & transfer out), kadang-kadang doktor call jugak OPD tanya pasal ubat, hari tu aku kena tanya pasal acyclovir, berapa dos untuk pregnant women untuk tujuan treatment of herpes zoster. Nak jadi expert lepas bekerja setahun tu depends kat orang la, macam aku ni dah kerja setahun pun banyak lagi benda yang tak tau but at least much better compare dengan knowledge masa awal-awal masuk kerja dulu. Yang penting lepas korang habis attachment as PRP, knowledge korang tu dah bertambah jauh berbeza la kalau nak banding masa mula-mula lapor diri, itu la yang kebanyakan preceptor expect dari korang.

Forensic Exam

Forensic Exam tu peperiksaan undang-undang yang berkait dengan akta-akta berkaitan dengan farmasi: Poison Act, Registration of Pharmacist Act, CDCR..aku pun tak berapa ingat. Forensic Exam dijalankan oleh pihak Lembaga Farmasi, 3 kali setahun: Mac, Jun, Oktober. Korang wajib lulus exam ni untuk membolehkan korang berdaftar penuh as pharmacist dengan Lembaga Farmasi (Fully Registered Pharmacist). Kalau korang tak berdaftar penuh dengan Lembaga, korang tak boleh nak practice sebagai pharmacist la jawabnya, pastu proses nak sah jawatan pun terjejas. Soalan Forensic Exam agak tricky berbanding dengan soalan exam masa kat universiti dulu, so make sure kalau ada seminar, bengkel or kursus cara menjawab soalan forensic exam, pastikan korang join. Aku bagi la tips sikit:

  • Make sure korang jawab semua soalan - jangan tinggalkan soalan tak berjawab. Doktrin pasal kaedah menjawab exam ni, pada aku la, kurangkan kehilangan markah. Nak kurangkan kehilangan markah, jangan tinggalkan soalan tak berjawab la. Senang je.
  • Make sure korang kenal mana satu Act mana satu Regulation. Kalau Act eg Poison Act, isi kandungan Act tu dibahagikan kepada Section. Kalau Regulation, isi kandungan tu kita panggil regulation jugak la
  • Practice jawab MCQ bagi tiap-tiap tahun. Format MCQ lebih kurang je setiap tahun, takde berubah apa sangat.
  • Mintak tips daripada penceramah kursus yang datang daripada Bahagian Penguatkuasa.
  • Pastikan korang beli buku undang-undang yang latest, sebab kat bahagian Poison List tu setiap 6 bulan ada perubahan.
Research

Yang bab ni aku susah sikit nak komen sebab masa aku PRP dulu, hospital tempat aku attach dulu takde buat research. So yang ni bergantung kat tempat korang attach nanti la. Actually bila korang ada buat research time PRP, benda ni satu kelebihan buat korang sebab bila korang jadi FRP nanti, korang still kena buat research jugak. Pendedahan masa PRP pasal benda ni memang penting so jangan merungut kalau kena buat research

Hubungan kerja antara PRP, FRP, PPF, PPK

Bila korang dah bekerja, korang bukan bekerja sorang2 je. Dalam department farmasi tu ramai orang - ada PRP senior, FRP, Penolong Pegawai Farmasi, Pembantu Perawatan Kesihatan. Ada staff yang lagi tua dari korang tapi gred gaji dan pangkat dorang lagi rendah dari korang. Jangan pandang rendah, ego, bodoh sombong masa kerja nanti - buat baik dengan semua orang, kalau ada benda korang tak sure or tak faham tanya je kat PPF or PPK, walaupun dorang pangkat rendah daripada korang. Setahun lepas masa aku PRP, apa yang aku perhati ramai PRP bila bab hubungan dengan staff yang lagi rendah kedudukan dari dorang, PRP ni cam tunjuk kerek, arah buat itu buat ini. Bila bekerja dengan orang, sebolehnya mintak tolong elok2 kalau nak minta orang lain buat kerja, sebolehnya cuba jangan bagi arahan suruh buat tu buat ni. Bab ni dulu masa kat uni memang takde orang ajar, tapi nanti bila korang kerja kena pandai2 la bawak diri. As long that kerja kat department tu berjalan lancar, itu kira ok la. Lagi satu jangan la berkira sangat bila bab buat kerja. Kena saling tolong menolong antara satu sama lain, baru suasana kerja selesa & harmoni

Hubungan dengan doktor, specialist, staff nurse, sister, matron.

Bila korang bekerja dalam hospital, korang akan berhubung dengan profesional lain jugak. So jaga la hubungan tu elok2. Sebagai contoh kalau ada masalah dengan preskripsi, doktor bagi ubat overdose atau pun ubat yag doktor prescribe tu habis stok & korang nak mintak izin tukar dengan jenis lain, bila berhubung dengan doktor tu cakap elok-elok pasal masalah tu. Usually doktor akan bagi kerjasama & jarang sangat ada doktor yang bengkeng, marah tak tentu pasal bila kita query dorang. Begitu jugak dengan staff nurse, sister, matron. Kalau korang datang buat ward inspection kat ward, bawak2 la berborak, bergurau dengan staff nurse yang ada kat situ. Senang cerita buat jela baik dengan semua orang, supaya apa-apa hal nanti di kemudian hari orang tak lokek nak tolong kita. (Aku dulu pernah buat silap yang agak facepalm, nasib baik ade sorang specialist tolong aku time tu - so ape aku cakap ni memang based on pengalaman aku sendiri, sebab itu aku beria nak pesan kat korang, buat baik dengan semua staff kat hospital).

Ok la. Ada lagi ni isu nak cerita. Nanti tunggu part 2 pulak.

4 comments:

Anonymous said... / October 29, 2011 at 11:54 PM  

terima kasih..sbb kongsi pengalaman..really appreciate it. may Allah bless ^^

Ukhar said... / October 25, 2013 at 7:45 AM  

thanx vm

AyaSofia said... / May 31, 2015 at 2:41 PM  

nice..thanx =D

sherlina halim said... / June 5, 2015 at 6:42 AM  

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi wwwasianbet77com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

Post a Comment

 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire