STEP BEFORE PRP 1


1. Mawi cakap better open akaun KWSP, untuk mudahkan proses masuk gaji nanti.
2. Start kerja kemungkinan bulan Ogos
3. Kepada yang dah keluar keputusan supplementary papers/intersesi:
  • Pastikan status anda TAMAT
  • Uruskan transkrip akademik dan surat tamat belajar daripada pejabat konvo


4.Maklumkan kepada
  • SPA
  • Lembaga Farmasi
  • JPA (kalau pemegang biasiswa)
yang anda dah tamat pengajian, ini untuk memudahkan proses perlantikan anda
5. Rujuk kepada langkah-langkah di bawah bila dah dapat offer letter dari SPA



SELEPAS TERIMA SURAT TAWARAN SPA

A) Selesaikan semua perkara yang disenaraikan dalam surat tawaran
  • medical check-up
  • surat akuan bersumpah
  • surat jawapan penerimaan SPA 6A
B) Medical check-up boleh dilakukan di pusat kesihatan/klinik/hospital swasta, yang penting pastikan pemeriksaan tu dijalankan dengan lengkap
C) Surat akuan bersumpah - pesuruhjaya sumpah ada dua - yang gov & swasta. Yang gov dekat mahkamah, yang swasta ada pejabat dorang sendiri. Swasta kena bayar caj.
D) Surat jawapan penerimaan perlantikan (borang SPA 6A). Ada tiga salinan. Hantar satu salinan kepada SPA,alamat macam yang tulis kat borang tu. Dua lagi untuk masa lapor diri nanti (Sumber : Slide KKM)
E) Hubungi Kementerian Kesihatan minggu depan, check dengan kementerian berkenaan posting. Surat posting mungkin sampai lewat.
F) Hantar satu salinan SURAT TAWARAN PERLANTIKAN (dari SPA), Salinan transkrip dan Pengesahan Tamat Belajar (menurut ecah) ke Lembaga Farmasi untuk urusan pendaftaran provisional. Sebab kita akan ada nombor pendaftaran sebagai ahli farmasi, benda ni penting untuk proses perlantikan, sah jawatan dan sebagainya. Hantar ke alamat di bawah ni:
Setiausaha, Lembaga Farmasi Malaysia,Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Beg Berkunci No:924, Pejabat Pos Jalan Sultan, 46790 Petaling Jaya
Jika menggunakan pos laju, sila hantar ke alamat di bawah ni
Lembaga Farmasi Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lot 36, Jalan Universiti, 46350 Petaling Jaya, Selangor
G) Kepada sesiapa yang belum, uruskan transkrip akademik & surat pengesahan tamat belajar. Rujuk pos bawah ni



PENGAMBILAN TRANSKRIP AKADEMIK DAN PENGESAHAN TAMAT BELAJAR

A) Download borang permohonan transkrip akademik
http://konvokesyen.uitm.edu.my/images/stories/downloads/bt.pdf

B) Download borang permohonan surat pengesahan tamat belajar
http://konvokesyen.uitm.edu.my/images/stories/downloads/bpp.pdf

C) Lepas tu pergi ke bendahari zon 6 (pergi ke ATM machine Maybank dekat menara SAAS, dekat ATM tu ade tangga. Naik tangga tu sampai jumpa next level, pastu belok kiri dan terus ke kaunter. Bagi borang permohonan transkrip sambil bagitau, Cik, saya nak buat bayaran akademik transkrip. Bayar rm 10. DAPATKAN RESIT
D) Dah dapat resit, bawak borang2 dan resit ke pejabat konvo. Naik tangga yang dekat dengan pejabat pos tu, ambil nombor yang diorang letak kat atas meja, tunggu diorang panggil nombor korang.
G) Kepada sesiapa ambil biasiswa JPA, rujuk bawah ni..



SELEPAS TERIMA SURAT JPA

A) Kepada sesiapa yang ambil biasiswa JPA, selesaikan urusan lapor diri macam yang tertulis dalam surat yg JPA hantar tu. Mungkin pihak Fakulti dah emelkan senarai nama kita semua, tapi untuk play safe buat jela lapor diri tu sebab kalau nak ikutkan dalam surat perjanjian pun, memang tanggungjaab kita untuk lapor diri tu. Ikut arahan macam yang dalam surat tu. (Tak dapat lagi surat pun boleh hantar je kat JPA bende2 berikut)
  • borg pndftrn tmt pgjian (donload kt lmn web jpa) http://www.jpa.gov.my/borang/pelajar/lapordiri2007.pdf
  • salinan surat pgesahan senat (rsnyer surat pgesahn tmt pgjian kite tu yg amik skali ngn tnskrip exam)----kena pengesahan
  • salinan transkrip exam-kn pengesahan
  • bukti permohonan pkrjaan (surat biru yg kte dpt b4 intvw ritu kot)
B) Hantar ke alamat di bawah
jabatan perkhidmatan awam malaysia
bahagian pembangunan modal insan
aras 5, blok C1, kompleks C
pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
62510 w.p. putrajaya.
malaysia
Sebarang pertanyaaan. Tanye je lah.


4 comments:

karl said... / July 15, 2010 at 8:59 PM  

terima kasih yam :)

bpharmuitmgen5 said... / July 15, 2010 at 9:00 PM  

@karl sensame incik Naim

bARdbOO said... / July 15, 2010 at 9:00 PM  

aku suka benda nie..senang kerja aku..boleh rujuk sini je,..tersusun…
Reply

apam said... / July 15, 2010 at 9:01 PM  

thanks yam

Post a Comment

 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire