SKIM KWSP VS SKIM PENCEN

Amik from link Kak Zu bagi.
Refer to recommendation by Naim. Sila pilih SKIM PENCEN...

Ni mungkin tak payah amik tau awal2 nak masuk kerje.
Tapi nanti jika diberi option, fikir2kan lah.


Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
SEREMBAN 25 Okt. - Seramai 43,000 kakitangan kerajaan yang mengambil opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkemungkinan diberi peluang sekali lagi untuk membuat pilihan menyertai skim pencen.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan supaya kakitangan terbabit mendapat kembali nikmat dalam opsyen pencen.
''CUEPACS menyedari nasib 43,000 kakitangan kerajaan yang memilih opsyen KWSP yang tidak mendapat tiga perkara berbanding mereka yang memilih opsyen pencen.
''Tiga perkara itu ialah tiada kad persaraan, tiada kemudahan perubatan selepas bersara dan tiada gratuiti. Mereka kini berhadapan kebimbangan," kata beliau kepada pemberita di sini malam tadi.

Tu adalah petikan akhbar mane ntah aku pun tak sure.. Sila bagi tau kalau korang tau. Penulis blog tu pun tambah info kat bawah ni lagi:

Itulah sebahagian daripada petikan akhbar yang amat menarik minat saya. Sebagai salah seorang yang telah memilih Skim KWSP, kini amat terasa nilai simpanan yang ada sebenarnya tidak seberapa.
Ketika memilih skim ini, kami dimaklumkan akan kelebihan mempunyai tabungan yang menjangkau RM300,000.00. Nilai itu pada tahun 90-an amat besar dan banyak benda yang boleh dilakukan.
Kini, RM300,000.00 tidaklah sebanyak mana, hanya harga sebuah rumah banglo dua tingkat dengan keluasan tanah yang terbatas di bandaraya Alor Setar. Kalau inilah nilainya, bagaimana 15 tahun lagi, ketika saya memasuki umur persaraan?
Malah ketika memilih, ramai antara kami yang tidak sedar gratuiti tidak diberi dan kemudahan perubatan ditamatkan sebaik sahaja bersara.
Hanya setelah menyertai NUTP baru saya sedar kesan pilihan yang dilakukan dan sudah terlambat untuk diubah semula.
Sebenarnya, saya tidak risau tentang perbelanjaan selepas persaraan, cuma yang dirisaukan peningkatan harga barang dan kos pengajian anak-anak ketika itu sudah pasti berlipat ganda berbanding sekarang.

Berikut dipaparkan perbandingan antara kedua-dua skim tersebut:

JIKA MEMILIH PENCEN
  • GANJARAN PERKHIDMATAN


    • 7.5% X Jumlah Bulan PErkhidamatan X Gaji Akhir
  • PENCEN BULANAN


    • 1/600 X Jumlah Bulan Perkhidmatan X Gaji Akhir
    • (Tertakluk kepada pencen maksimum setengah daripada gaji akhir)
  • Faedah Perubatan


    • untuk suami / isteri , anak kurang upaya, anak bawah 18 tahun atau masih dalam institusi pendidikan dan ibubapa
    • ***Ibubapa hanya semasa pegawai dalam perkhidmatan
  • Pencen Terbitan untuk balu / duda / anak.
JIKA MEMILIH KWSP
  • Caruman KWSP bulanan mengikut kadar untuk majikan (12 %) dan pekerja (11 %)
  • Menerima semua faedah dalam SSM seperti guru lain semasa dalam perkhidmatan
  • Hilang faedah perubatan apabila bersara.
  • Tidak ada bayaran ganjaran pencen bulanan.
  • Terpaksa membayar balik baki pinjaman perumahan sekaligus apabila bersara.

SUMBER DARI
http://wwwaminar.blogspot.com/2008/10/skim-kwsp-skim-pencen.html



0 comments:

Post a Comment

 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire