Kolesterol dan statin

Lemak, atau dalam bahasa saintifiknya lipid merupakan komponen penting dalam penghasilan hormon dan sel dalam badan manusia. Tapi lemak yang berlebihan boleh memudaratkan tubuh badan. Lemak yang diserap daripada makanan akan diproses menjadi kolesterol, dan kolesterol akan diubahsuai untuk menjadi larut dalam darah lalu diangkut dalam salur darah dalam bentuk lipoprotein. Salur darah manusia yang terdiri daripada lapisan sel yang nipis boleh tersumbat sekiranya lipoprotein terlalu banyak dalam aliran darah.

Dalam perubatan moden, masalah hypercholesterolemia atau pun masalah tinggi kolesterol dalam darah boleh diatasi dengan menggunakan ubat yang dinamakan statin. Statin bertindak merencatkan penghasilan kolesterol, dan seterusnya menurunkan tahap lipoprotein dalam darah. Hasilnya, risiko salur darah tersumbat akibat kolesterol akan menurun. Terdapat beberapa jenis ubat dari kumpulan statin yang digunakan di hospital dan dijual di farmasi sebagai contoh Lovastatin, Simvastatin, Atorvastatin, Rosuvastatin dan Pravastatin. Ubat-ubatan statin perlu dimakan pada waktu malam iaitu sebelum tidur kerana hati (liver) manusia menghasilkan kolesterol secara aktif pada waktu malam, ketika proses penyerapan makanan dah lengkap atau tak berlaku pada waktu tu. 

Ada satu jenis statin, iaitu Lovastatin boleh didapati daripada bahan makanan seharian kita, iaitu cendawan tiram dan juga beras merah (red yeast rice). 



Cendawan tiram mengandungi sehingga 2.8% kandungan lovastatin, manakala beras merah pernah satu ketika dulu dikawal penjualannya oleh US FDA atas faktor kandungan lovastatin dalam beras tersebut, yang pada ketika tu lovastatin merupakan ubat terkawal yang memerlukan preskripsi daripada doktor. Beberapa kajian klinikal dan juga meta analisis yang dijalankan oleh saintis mendapati beras merah secara signifikan, dapat menurunkan tahap kolesterol dalam darah sehingga 35% dan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 45%.

Walaubagaimanapun, kalau dibandingkan lovastatin dengan statin yang lain, kesan lovastatin ni yang paling low impact la berbanding atorvastatin, simvastatin dan pravastatin. Kesan lovastatin pun ambik masa lama, lebih kurang 12 minggu baru nampak kesan. Dan satu lagi nak diingatkan, kalau korang nak mula makan cendawan tiram dan beras merah untuk jaga kesihatan tu memang perkara yang baik, tapi kedua-dua makanan ni tak boleh digunakan untuk menggantikan ubat statin yang dah diarahkan oleh doktor untuk dimakan. Tak boleh la bila dah makan simvastatin atau atorvastatin kemudian tiba-tiba stop, start makan cendawan dan beras merah. Berhenti makan ubat secara tiba-tiba boleh menjejaskan rawatan dan menyukarkan doktor untuk mengoptimumkan rawatan pada masa akan datang.

16 comments:

Unknown said... / September 14, 2011 at 4:20 PM  

Terima kasih ...terbaik...

pali ss said... / September 18, 2011 at 3:59 PM  

how about antidiabetic?Tolong suggest jus buah apa yg TERBAIK untuk menurunkan blood glucose level dalam bdn.Reply asap if can.TQ=)

Anonymous said... / September 18, 2011 at 6:10 PM  

Buah yang boleh turunkan blood glucose? Kebiasaannya dalam buah-buahan ada fructose, fructose tu gula. Jadi sepanjang pengetahuan aku memang takde pun buah-buahan yang boleh turunkan paras gula dalam darah. Dan masa counseling pesakit diabetes pun memang setakat ni tak pernah la kami diberitahu untuk inform patient supaya ambik buah buahan tertentu untuk kurangkan gula dalam darah

Anonymous said... / January 1, 2012 at 3:54 PM  

Terima kasih kerana maklumat ini. saya on medication iaitu covastation, saya dengar statin tak boleh makan limau sunskist/grapefruit dan nenas dan buah delima.

Saya dengar juga klu dah makan statin mmg tak boleh berhenti klu berhenti byk side effect.

Minta penjelasan. Terima kasih hanya Allah saja dpt membalas jasa saudara.

Anonymous said... / January 6, 2012 at 1:31 AM  

Anon: terima kasih sebab sudi membaca. Covastin merupakan jenama ubat yang anda makan, nama generik @ nama khusus ubat tu ialah simvastatin.

Untuk simvastatin, sebenarnya boleh nak makan buah-buahan yang saudara/i jelaskan tu cuma buah-buahan tu saya cadangkan supaya jangan dimakan secara berlebihan. Kalau minum jus, dalam segelas sehari, kalau makan buah tu makan sebiji oren/delima atau setengah biji grapefruit, sepotong nenas tak ada masalah. kalau minum/makan buah-buahan tu dalam kuantiti yang banyak baru la mendatangkan masalah kepada siapa2 yang makan ubat jenis statin ni, sebab dalam buah-buahan citrus ni ada bahan kimia yang boleh merencatkan penyingkiran statin daripada badan kita. Kalau buah-buahan ni diambil secara berlebihan, paras kepekatan ubat statin dalam darah saudara/i akan meningkat melebihi paras normal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi toksik kepada badan.

Kalau dah mula makan statin, selalunya akan ada appointment dengan doktor, mungkin 3-4 bulan sekali kena check darah, jumpa doktor. Masa check darah tu paras kolesterol dalam darah saudara/i akan diperiksa, kemudian sekiranya paras kolesterol tu dah menurun atau normal selalunya doktor akan teruskan rawatan dengan meminta saudara/i teruskan makan ubat statin tu. Kalau ada masalah dalam paras bahan kimia dalam badan saudara/i selepas beberapa bulan mula makan ubat statin tu, mungkin doktor akan hentikan. Jadi saya cadangkan saudara/i ikut sahaja nasihat doktor, makan atau berhenti ambil ubat berdasarkan arahan doktor.

Anonymous said... / January 30, 2012 at 9:20 PM  

selain dr tu ap lg punca statin kna mkn pd wktu mlm?

Anonymous said... / February 22, 2012 at 9:28 PM  

Pali SS: ada seorang doktor beritahu saya bagaimana untuk mengawal/menurunkan kadar gula dalam darah. blend dan minum jus campuran berikut:-
- 1/2 epal hija
- 1/2 peria katak
- 1/2 timun
- 1/2 batang selari

kalau suka, perahkan sebiji limau kasturi. amalkan minun setiap pagi. harap membantu

Anonymous said... / July 2, 2013 at 3:44 PM  

just wondering about acyclovir tu... checking on the internet ada yg kata x sesuai time pregnant...ada yang kata semua dose selamat time last trimester... seriusly nk tahu sgt jawapannye

Unknown said... / September 11, 2013 at 4:50 PM  

Saya mengambil pil perancang.adakah selamat dimakan den lovastatin

din said... / February 20, 2014 at 7:47 AM  

Saya mula mengamalkan lovastatin sejak sebulan lalu. Benarkah mengambil ubat statin boleh menyababkan penyakit bertambah teruk dan merosakkan hati serta buah pinggang sehingga menyebabkan kematian? Saya terbaca tentang ini di internet.

Unknown said... / July 12, 2014 at 10:44 PM  

apakah betul pengambilan statin akan memberi kesan yang teruk kepda tubuh badan kita

Unknown said... / October 22, 2015 at 8:34 PM  

Hai..cuba baca di google mengenai daun belalai gajah..dia mampu menyembuhkan bnyak penyakit..contoh mcm kanser,kolestrol,buah pinggang,acid uric tinggi..dll..bnyak khasiat nya daun belalai gajah jika dibuat jus ..harap dapat membantu anda

cermin said... / June 25, 2016 at 11:44 PM  

Bolehkah amalkan minum nestle omega plus semasa pengambilan simvastatin?

Penapis Air Pilihan said... / December 10, 2019 at 8:42 AM  

Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
3 - Filter2 yg berkualiti dan mendapat Sijil HALAL JAKIM
4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

HARGA bermula dr RM699

KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

Hubungi:
0178895990 atau click http://bio.wasap.my

HAFIZUL BIN HAZIQ said... / December 11, 2019 at 2:27 PM  

Telegram:[@Iskandarlestariloancompany]
email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia

Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
Telegram:[@Iskandarlestariloancompany]
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

Ewan said... / July 8, 2020 at 8:10 AM  

Saya tengah on ubat atorvastatin, clopidogrel dan glyprin..untuk rawatan unstable anginal tp blum ade bukti yang solid dr ujian darah,echo dan ecg..sekarang ni saya mengalami masalah GERD rse pedih ulu hati, skit Kat dada sebelah Kanan dan tekak rse berkahak pekat menyebabkan suara serak..adakah selamat jika Saya ambil Omeprazole semasa saya tgh on ubt utk rwatan unstable anginal tuh?terima kasih..

Post a Comment

 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire