Untuk pengetahuan pembaca-pembaca sekalian, setiap ubat-ubatan yang nak dijual di Malaysia ni perlu terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk kosmetik pulak, beberapa tahun lepas kosmetik pun perlu didaftarkan terlebih dahulu, tapi sekarang tak perlu pendaftaran tapi pihak pengeluar perlu declare atau beritahu pihak Biro tentang kandungan bahan kosmetik mereka, sama ada mematuhi Arahan Kosmetik Asean ataupun tak (ni politik punya cerita, payah sikit ler aku nak cerita kat sini). Bagi kosmetik, proses pemberitahuan berkenaan pematuhan syarikat kepada Arahan Kosmetik Asean digelar sebagai notifikasi. Agensi dibawah KKM yang bertanggungjawab menyelia pendaftaran ubat-ubat dan kosemetik ialah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, dan dalam biro tu pulak, ada satu la badan eksekutif yang digelar sebagai Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Apa pentingnya pendaftaran ubat-ubat dan kosmetik ni? Ceritanya macam ni, sebelum produk tu didaftarkan, pihak Biro akan meneliti kandungan bahan dalam ubat melalui ujian makmal bagi memastikan ubat-ubat dan kosmetik tu tidak mengandungi bahan kimia ataupun dadah yang berbahaya. Untuk memastikan keselamatan pengguna la, senang cerita. Di samping tu, bila sesuatu ubat-ubat atau kosmetik tu berdaftar, katakanlah terjadi kesan sampingan pada pengguna lepas mereka guna produk tu - senang la tindakan susulan nak dibuat, maksudnya kalau kesan sampingan tu serius, pihak kementerian boleh trace balik data berkenaan ubat u, apa kandungan dia, apa rawatan yang sesuai untuk mangsa yang mengalami kesan sampingan tu, apa punca sebenar kesan sampingan tu terjadi - sebab alergik ke, sebab penyakit lain ke, atau sebab ubat tu sendiri. Bayangkan kalau pesakit datang ke hospital, cakap kat doktor, saya makan tablet warna ungu untuk kuruskan badan, bila buat medical examination, tengok2 rosak dah buah pinggang pesakit tu. Lepas buat semua ujian - tengok2 takde sebab lain yang logik yang boleh menyebabkan buah pinggang member tu rosak selain daripada ubat warna ungu tu. Bila tengok kotak ubat, tengok warna ubat, maklumat berkenaan ubat tu mungkin tak mencukupi untuk membolehkan doktor ambik tindakan susulan, ye la mana nak tau ape ke benda yang dimakan pesakit tu. Kalau ubat tu berdaftar, bukan saja mudah untuk doktor tu ambil tindakan susulan, tapi dalam masa yang sama memudahkan produk tu ditarik balik daripada pasaran untuk mengelakkan lebih ramai lagi yang jadi mangsa.
Baiklah, jadi kat bawah ni merupakan senarai ubat-ubatan (secara spesifik, ubat-ubat tradisional la, sebab memang ubat tradisional je yang selalu spoil) dan juga pembatalan notifikasi kosmetik-kosmetik di Malaysia. Para pengguna & peminat produk-produk ubat tradisional dan kosmetik yang disenaraikan dibawah, dinasihatkan supaya tidak lagi membeli atau menggunakan ubat-ubat tersebut sebab produk2 tersebut didapati mengandungi bahan kimia/ubat terjadual yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius kepada pengguna (sebenarnya bila arahan pembatalan pendaftaran dan notifikasi dikeluarkan, produk-produk tersebut sepatutnya ditarik balik serta-merta dari pasaran, tapi faham2 la, orang bisnes, mesti ada gak yang jual stok dorang sampai habis).
Senarai Ubat-Ubat Tradisional Yang Dibatalkan Pendaftaran
Tahun 2009Bil | Nama produk | No. pendaftaran | Bahan kimia yang dikesan | |||
1 | Phyto-Hape | MAL05101774T | Sibutramine | |||
2 | Phyto Shape | MAL20051399TE | Sibutramine | |||
3 | Etumax Eurycoma Active Plus | MAL05101707T | Sildenafil analogue | |||
4 | Loong Choo Brand Reh Bih Ho Herbal Tea | MAL20001175T | Paracetamol | |||
5 | Jinglida | MAL07031203T | Aminotadalafil* | |||
6 | Bodybeaus | MAL06030982TCS | Sibutramine | |||
7 | Eng Luan Codyceps, Chuanbei Plus Cough Pill 3.5gm | MAL19992654TC | Diphenhydramine | |||
8 | Senna Plus Capsule 400mg | MAL06100615TC | Sibutramine |
Tahun 2008
Bil | Nama produk | No. pendaftaran | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Ju Purt Jen Chin Yen (Cap Fuu Cheng) | MAL19971673T | Ephedrine |
2 | Bionex | MAL20041038TC | Sibutramine |
3 | Edoly Kapsul | MAL07090970T | Chlorpheniramine |
4 | Pronoton | MAL20033871T | Sildenafil & analogue |
5 | Venergy capsule 300mg | MAL04125617T | Sildenafil analogue |
6 | ML Spring Returns | MAL06121139T | Sildenafil analogue |
7 | ML Viraken capsule | MAL05041920T | Sildenafil analogue |
8 | Tribulus Plus capsule 400mg | MAL06081348TC | Sildenafil analogue |
9 | Epimedi Plus capsule 400mg | MAL06100617T | Sildenafil analogue |
10 | Primalex | MAL06121124T | Sildenafil analogue |
11 | Spartan | MAL06121203TC | Sildenafil analogue |
12 | Xiao Tang Ling | MAL20031850T | Glibenclamide |
13 | Xanthium plus | MAL06100693TC | Ibuprofen & Budesonide |
14 | Slimway Herbs | MAL19992643T | Sibutramine |
Senarai Kosmetik Yang Dibatalkan Pendaftaran
Tahun 2010
Bil | Nama produk | No. notifikasi | Bahan kimia yang dikesan | |
1 | NV Toner Treatment No 1 | NOT05010130KE | Hydroquinone & Tretinoin | |
2 | NV Toner Treatment No 2 | NOT05010129KE | Hydroquinone & Tretinoin | |
3 | Zara Rejuvenation Cream | NOT04081873KE | Hydroquinone | |
4 | Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream | NOT081201209K | Tretinoin | |
5 | Pigmentation Recovery Complex | NOT081200745K | Tretinoin | |
6 | De Putih Night Cream | NOT05100878KE | Tretinoin | ![]() |
Tahun 2009
Bil | Nama produk | No. notifikasi | Bahan kimia yang dikesan | |
1 | Felisa Gentle Peeling Solution | NOT07080210KE | Tretinoin | |
2 | Krim Malam Rahsia Rimba | NOT080801112K | Hydroquinone | |
3 | Biocosmet Whitening Essence Cream | NOT07122920KE | Hydroquinone | |
4 | ~H2O+ Waterwhite Brightening Night Cream | NOT04102838KE | Hydroquinone | |
5 | Magixpress Lightening Plus | NOT07121009KE | Hydroquinone | |
6 | A.Vant Cream | NOT05022860KE | Tretinoin | |
7 | Eriesya Spa Beauty Cream | NOT07122412KE | Hydroquinone | |
8 | Natasya Krim Herba | NOT07090337KE | Hydroquinone &Tretinoin | |
9 | Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya | NOT03090150KE | Tretinoin | |
10 | Ratna Sari Whitening Night Cream | NOT080700826K | Tretinoin | |
11 | ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream | NOT04082451KE | Hydroquinone | |
12 | Chantique - Whitening Night Cream | NOT04121404KE | Tretinoin |
Tahun 2008
Bil | Nama produk | No. notifikasi | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Khazanah White Pembersih Wajah | NOT05040954KE | Hydroquinone |
2 | Gloskin Krim Malam & Siang | NOT05082557KE | Hydroquinone |
3 | Reena's Astringen Lanjutan | NOT05010659KE | Hydroquinone |
4 | Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk | NOT07020213KE | Hydroquinone |
5 | EETYE Whitening Cream | NOT06080859KE | Hydroquinone |
6 | O'Lynn Skin Lightening Cream | NOT06110164KE | Tretinoin |
| ||||||||
Sumber senarai ubat-ubatan dan kosmetik: laman web rasmi Biro Farmaseutikal Kebangsaan. Klik di sini untuk senarai ubat-ubatan tradisional dan di sini untuk senarai kosmetik-kosmetik (senarai-senarai tersebut tertakluk kepada pindaan, anda digalakkan untuk melayari laman web Biro untuk mendapatkan senarai terbaru yang berubah dari semasa ke semasa. | ||||||||