Senarai Ubat-Ubatan dan Kosmetik yang Dibatalkan Pendaftaran di Malaysia



Untuk pengetahuan pembaca-pembaca sekalian, setiap ubat-ubatan yang nak dijual di Malaysia ni perlu terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk kosmetik pulak, beberapa tahun lepas kosmetik pun perlu didaftarkan terlebih dahulu, tapi sekarang tak perlu pendaftaran tapi pihak pengeluar perlu declare atau beritahu pihak Biro tentang  kandungan bahan kosmetik mereka, sama ada mematuhi  Arahan Kosmetik Asean ataupun tak (ni politik punya cerita, payah sikit ler aku nak cerita kat sini). Bagi kosmetik, proses pemberitahuan berkenaan pematuhan syarikat kepada Arahan Kosmetik Asean digelar sebagai notifikasi. Agensi dibawah KKM yang bertanggungjawab menyelia pendaftaran ubat-ubat dan kosemetik ialah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, dan dalam biro tu pulak, ada satu la badan eksekutif yang digelar sebagai Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Apa pentingnya pendaftaran ubat-ubat dan kosmetik ni? Ceritanya macam ni, sebelum produk tu didaftarkan, pihak Biro akan meneliti kandungan bahan dalam ubat melalui ujian makmal bagi memastikan ubat-ubat dan kosmetik tu tidak mengandungi bahan kimia ataupun dadah yang berbahaya. Untuk memastikan keselamatan pengguna la, senang cerita. Di samping tu, bila sesuatu ubat-ubat atau kosmetik tu berdaftar, katakanlah terjadi kesan sampingan pada pengguna lepas mereka guna produk tu - senang la tindakan susulan nak dibuat, maksudnya kalau kesan sampingan tu serius, pihak kementerian boleh trace balik data berkenaan ubat u, apa kandungan dia, apa rawatan yang sesuai untuk mangsa yang mengalami kesan sampingan tu, apa punca sebenar kesan sampingan tu terjadi - sebab alergik ke, sebab penyakit lain ke, atau sebab ubat tu sendiri. Bayangkan kalau pesakit datang ke hospital, cakap kat doktor, saya makan tablet warna ungu untuk kuruskan badan, bila buat medical examination, tengok2 rosak dah buah pinggang pesakit tu. Lepas buat semua ujian - tengok2 takde sebab lain yang logik yang boleh menyebabkan buah pinggang member tu rosak selain daripada ubat warna ungu tu. Bila tengok kotak ubat, tengok warna ubat, maklumat berkenaan ubat tu mungkin tak mencukupi untuk membolehkan doktor ambik tindakan susulan, ye la mana nak tau ape ke benda yang dimakan pesakit tu. Kalau ubat tu berdaftar, bukan saja mudah untuk doktor tu ambil tindakan susulan, tapi dalam masa yang sama memudahkan produk tu ditarik balik daripada pasaran untuk mengelakkan lebih ramai lagi yang jadi mangsa.

Baiklah, jadi kat bawah ni merupakan senarai ubat-ubatan (secara spesifik, ubat-ubat tradisional la, sebab memang ubat tradisional je yang selalu spoil) dan juga pembatalan notifikasi kosmetik-kosmetik di Malaysia. Para pengguna & peminat produk-produk ubat tradisional dan kosmetik yang disenaraikan dibawah, dinasihatkan supaya tidak lagi membeli atau menggunakan ubat-ubat tersebut sebab produk2 tersebut didapati mengandungi bahan kimia/ubat terjadual yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius kepada pengguna (sebenarnya bila arahan pembatalan pendaftaran dan notifikasi dikeluarkan, produk-produk tersebut sepatutnya ditarik balik serta-merta dari pasaran, tapi faham2 la, orang bisnes, mesti ada gak yang jual stok dorang sampai habis).

Senarai Ubat-Ubat Tradisional Yang Dibatalkan Pendaftaran
Tahun 2009
Bil Nama produk No. pendaftaran Bahan kimia yang dikesan
1 Phyto-Hape MAL05101774T Sibutramine
2 Phyto Shape MAL20051399TE Sibutramine
3 Etumax Eurycoma Active Plus MAL05101707T Sildenafil analogue
4 Loong Choo Brand Reh Bih Ho Herbal Tea MAL20001175T Paracetamol
5 Jinglida MAL07031203T Aminotadalafil*
6 Bodybeaus MAL06030982TCS Sibutramine
7 Eng Luan Codyceps, Chuanbei Plus Cough Pill 3.5gm MAL19992654TC Diphenhydramine
8 Senna Plus Capsule 400mg MAL06100615TC Sibutramine



Tahun 2008

Bil Nama produk No. pendaftaran Bahan kimia yang dikesan
1 Ju Purt Jen Chin Yen (Cap Fuu Cheng) MAL19971673T Ephedrine
2 Bionex MAL20041038TC Sibutramine
3 Edoly Kapsul MAL07090970T Chlorpheniramine
4 Pronoton MAL20033871T Sildenafil & analogue
5 Venergy capsule 300mg MAL04125617T Sildenafil analogue
6 ML Spring Returns MAL06121139T Sildenafil analogue
7 ML Viraken capsule MAL05041920T Sildenafil analogue
8 Tribulus Plus capsule 400mg MAL06081348TC Sildenafil analogue
9 Epimedi Plus capsule 400mg MAL06100617T Sildenafil analogue
10 Primalex MAL06121124T Sildenafil analogue
11 Spartan MAL06121203TC Sildenafil analogue
12 Xiao Tang Ling MAL20031850T Glibenclamide
13 Xanthium plus MAL06100693TC Ibuprofen & Budesonide
14 Slimway Herbs MAL19992643T Sibutramine


Senarai Kosmetik Yang Dibatalkan Pendaftaran

Tahun 2010


Bil Nama produk No. notifikasi Bahan kimia yang dikesan
1 NV Toner Treatment No 1 NOT05010130KE Hydroquinone & Tretinoin
2 NV Toner Treatment No 2 NOT05010129KE Hydroquinone & Tretinoin
3 Zara Rejuvenation Cream NOT04081873KE Hydroquinone
4 Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream NOT081201209K Tretinoin
5 Pigmentation Recovery Complex NOT081200745K Tretinoin
6 De Putih Night Cream NOT05100878KE Tretinoin
  
Tahun 2009


Bil Nama produk No. notifikasi Bahan kimia yang dikesan
1 Felisa Gentle Peeling Solution NOT07080210KE Tretinoin
2 Krim Malam Rahsia Rimba NOT080801112K Hydroquinone
3 Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KE Hydroquinone
4 ~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KE Hydroquinone
5 Magixpress Lightening Plus NOT07121009KE Hydroquinone
6 A.Vant Cream NOT05022860KE Tretinoin
7 Eriesya Spa Beauty Cream NOT07122412KE Hydroquinone
8 Natasya Krim Herba NOT07090337KE Hydroquinone &Tretinoin
9 Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya NOT03090150KE Tretinoin
10 Ratna Sari Whitening Night Cream NOT080700826K Tretinoin
11 ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream NOT04082451KE Hydroquinone
12 Chantique - Whitening Night Cream NOT04121404KE Tretinoin

Tahun 2008

Bil Nama produk No. notifikasi Bahan kimia yang dikesan
1 Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KE Hydroquinone
2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone
3 Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone
4 Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KE Hydroquinone
5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone
6 O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin






* Aminotadalafil merupakan ubat terjadual yang tergolong daripada jenis phospodiesterase 5
inhibitor,ubat yang digunakan untuk merawat masalah erectile dysfunction (kegagalan zakar
untuk menegang). Contoh ubat-ubatan yang tergolong daripada kumpulan yang sama:
sildenafil (jenama: Viagra),tadalafil (jenama: Cialis). Walaubagaimanapun, tiada data klinikal
dan laporan daripada pakar-pakar perubatan berkenaan ubat ini, menjadikan pengambilan
ubat ini berisiko tinggi untuk mendatangkan bahaya kepada pengguna.






Sumber senarai ubat-ubatan dan kosmetik: laman web rasmi Biro Farmaseutikal Kebangsaan.
Klik di sini untuk senarai ubat-ubatan tradisional dan di sini untuk senarai kosmetik-kosmetik
(senarai-senarai tersebut tertakluk kepada pindaan, anda digalakkan untuk melayari
laman web Biro untuk mendapatkan senarai terbaru yang berubah dari semasa ke semasa.




112 comments:

Intan Terpilih said... / April 17, 2012 at 8:44 PM  

Salam, baru2 ini saya ada mengambil produk suppliment berasaskan acaiberry. Ia berbentuk softgel. Kandungan yg ditulis terdapat di kotak tersebut: acaibery, aloe, chitosan, garcinia Cambogia, dietary fiber dan green tea. Tidak tercatit percentage yg digunakan, kerana ia dipack semula. Ia mengurangkan nafsu makan, mengingkat metabolisme. Sbgi pengguna juga menghilangkan sakit lutut, resdung dan juga menormalkan semula darah tinggi saya. Saya mahukan kepastian dari pihak tuan/puan adakah suppliment ini produk terlarang? pihak tuan/puan boleh melihat produk ini di facebook ABC Acaiberry_Reseller Malaysia.

karl said... / May 11, 2012 at 1:35 AM  

Intan Terpilih

Wsalam. Pertama sekali, produk yang dalam bentuk sediaan farmaseutikal yang menyerupai ubat (contoh: tablet, pil, kapsul, softgel, serbuk) perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Sila rujuk pada kotak/bekas/botol produk supplement tu sama ada terdapat dua benda ni:

1) Pelekat berwarna perak hologram yang ada cetakan huruf KKM

2) Nombor pendaftaran yang bertulis MAL(lapan angka) diikuti huruf X atau T. Contoh: MAL19930789X atau MAL19938710T.

Kalau tak ada dua ciri tu, saya cadangkan supaya jangan beli sebab produk berdaftar mesti ada dua ciri tu. Satu lagi perkara, pengilang atau pengedar tak boleh mengisytiharkan bahawa produk mereka boleh merawat atau mencegah penyakit-penyakit dalam senarai di bawah:

1. Diseases or defects of the kidney.
2. Diseases or defects of the heart.
3. Diabetes
4. Epilepsy or fits.
5. Paralysis.
6. Tuberculosis.
7. Asthma.
8. Leprosy.
9. Cancer.
10. Deafness.
11. Drug addiction.
12. Hernia or rupture.
13. Diseases of the eye.
14. Hypertension.
15. Mental disorder.
16. Infertility.
17. Frigidity
18. Impairment of sexual function or impotency.
19. Venereal disease (penyakit jangkitan seks)
20. Nervous debility, or other complaint or infirmity, arising from or relating to sexual intercourse.

Jadi kalau pengedar supplement tu cakap supplement dorang boleh rawat/menormalkan tekanan darah, perkara tu salah di sisi undang-undang.

Qisanni Gallery said... / September 20, 2012 at 12:32 PM  

Tk atas info yang berguna yang kita xtahu.bole bg info pasal minyak kelapa dara.becoz i amalkan homemade VCO,nampak berkesan untuk resdung.

Tok Wan said... / October 8, 2012 at 10:55 AM  

Salam. Sape boleh tolong bagi tau mana nak semak senarai ubat-ubat Indonesia yang diharamkan. Terima kasih

hajimatyus@gmail.com

Anonymous said... / October 15, 2012 at 12:57 AM  

Salam.... Sape tau cra nk cel bahan kimia slm kosmetik? Tkt la...


Sitiaminahmohdnohwong@ymail.com

karl said... / October 16, 2012 at 11:54 PM  

Qisanni: Mintak maaf puan, malaysia xde lagi buat pharmacopoeia. saya xdak rujukan yang sohih, nanti kalau saya bagi maklumat tak betul orang cakap saya menipu.kalau menipu nanti masuk neraka :(

Tok Wan: Senang je Tok Wan. Kalau ubat tu takde hologram & nombor pendaftaran MAL, x payah la beli.

Anon: mintak maaf,saya x faham soalan.

Anonymous said... / October 23, 2012 at 6:38 PM  

M

Anonymous said... / October 23, 2012 at 6:42 PM  

Blh x pihak tuan/puan periksa status produk acaiberry abc yg bru2 ni msuk dlm paper drmpas mngndngi bhn trlrg 2.kwn2 sy rmi yg ambik n tp mnrut yg mnjualnya..dia ckp yg msuk paper 2 x ori tp yg dia jual ori.cma x da klulusn kkm lg coz kna tggu turn.lab test result dh ada.mmg ada yg ckp rasa nk pitam n takikardia tp sbb cpt brt bdn trun so dorg truskn.sy srankn phk kkm ambil serius krn bhn ni djual mluas d fb

karl said... / October 24, 2012 at 2:00 AM  

ori tak ori tu bukan masalahnya, yang jadi masalahnya kalau belum berdaftar dengan kkm dan kkm belum luluskan, dia tak boleh jual ubat tu.

kalau dah pitam + jantung berdenyut laju tu,maksudnya ubat tu dah bercampur dengan sibutramine la. sibutramine ni dulu pernah diluluskan untuk tujuan rawatan obesiti, tapi sebab ramai pesakit yg bila start makan ubat tu jantung dorang jem, jadi sibutramine tu dah diharamkan la.

tak payah la ambik risiko. bagitau la kat kawan2 xyah makan dah acaiberry tu. kitorang kat kkm ni memang dah ambik tindakan, tapi kitorang harap public tolong2 jugak la sebarkan sesama sendiri pasal news ni. suratkabar dengan tv memang tak berani nak publish nama produk, depa tu fikir pasal bisnes.

muz molly said... / October 24, 2012 at 10:55 PM  

saya sedang menggunakan produk adamaya enerchi jenis cecair. adakah ia boleh dan berdaftar?

karl said... / October 25, 2012 at 7:24 AM  

kalau produk tu bukan dalam kategori ubat (ubat: ada indikasi/tujuan penggunaan untuk merawat penyakit, ada dos, ada tulis kekerapan berapa kali kena minum), produk tu tak perlu berdaftar dengan kementerian kesihatan.

B'jue - Kesihatan said... / October 29, 2012 at 11:18 PM  

Salam.nak tnya klu org yg ambl acaibery tu brhnti mkn ubat tersebut apa kesannyaj dengan org tu?adk ipar sya mkn ubt ni rsanya dah dkt 10 btol.memng dia nmpk kurus

Anonymous said... / October 30, 2012 at 10:43 PM  

Salam, saya ada semak no notifikasi suatu produk kosmetik ni dalam Quest 3 npcb,nama produk sama tapi ada dua no notifikasi yang berbeza contohnya dulu not1104XXX tapi sekarang not1206XXX. Kedua2 produk tu ada dalam database quest 3. Soalan 1 : kenapa ada dua no notifikai untuk 1 produk yang sama? Soalan 2 : adakah perubahan ramuan sekiranya ada dua no not yg berbeza?

sevenknight08@gmail.com

karl said... / October 30, 2012 at 10:59 PM  

Wsalam. Alhamdulillah la kalau dah berhenti. kalau berhenti makan dah acaiberry tu,kesannya risiko untuk dapat serangan jantung, sawan atau darah tinggi akan berkurang. dan kalau dia tak control makan mungkin dia gemuk semula. tu je la.

karl said... / November 1, 2012 at 9:05 PM  

Anon 30 oct

nombor notifikasi yg diberikan oleh npcb adalah unik, bergantung kepada kandungan, nama, saiz packing produk kosmetik tu. disebabkan saya ni bukannya pegawai farmasi kat biro saya pun x reti jugak la nak ulas panjang lebar, tapi dua nombor notifikasi yg berbeza menunjukkan ada perbezaan antara dua produk tu. mungkin nombor notifikasi A tu untuk produk yg berat dia 20 gm, nombor kedua pulak untuk yg berat 100 gm. macam tu la kot lebih kurang. dipersilakan untuk bertanya terus kepada pegawai di npcb untuk keterangan lanjut. :D

Anonymous said... / November 2, 2012 at 12:25 PM  

Boleh saya tahu kat mana nk jalankan ujian utk dapatkan peratusan-peratusan komposisi kosmetik?terima kasih...

karl said... / November 3, 2012 at 3:26 AM  

Anon 2 nov

sekiranya bercadang nak buat aduan & hantar sampel, boleh la pergi ke ibu pejabat bahagian perkhidmatan farmasi di setiap negeri.

http://www.cornerstone.my/pharmacy_portal/index.cfm?&menuid=35&parentid=22&lang=EN

Anonymous said... / November 8, 2012 at 7:48 AM  

Slm..sy nk tanya.sekarang orang heboh pasal vitamin c 500mg dan 1000mg.ada macam2 jenis vitamin c yg dijual.asa yg dipacking sendiri dan ada đªℓªм botol direct dr kilang.dan sy juga tlh memiliki sebotol vitamin c 1000mg.apakah fungsi vitamin c yg sebenar? Dekat botol vitamin c yg sy miliki ni ada tertulis MAL20040954XR,dan memiliki LOT 20613H.sekarang penggunaannye amat2 memberangsangkn.apa kesannye klo pengambilan vitamin c nidiamalkn berterusan?

karl said... / November 9, 2012 at 12:19 AM  

Wslam, vitamin C ni boleh membantu meningkatkan tahap sistem imun badan pada penyakit, membantu menghasilkan kulit yg sihat, membantu mengurangkan risiko kanser,membantu penyerapan zat besi ke dalam badan..tu la antara manfaat vitamin C.

kalau encik/puan dah check kat website bpfk yang produk tu berdaftar,so xde masalah la nak teruskan makan. boleh je nak teruskan makan vitamin c tu smpai bila-bila. cuma xyah la makan sampai overdose, walaupun kadang2 rasa geram nak makan smpai berpuluh bijik tablet vitamin tu nak lagi kalau yg tablet untuk kanak-kanak tu. sebabnya vitamin c ni larut air dan disingkirkan dari badan melalui buah pinggang. kalau makan smpai overdose kang tak pasal dapat batu karang.

Anonymous said... / November 16, 2012 at 5:35 PM  

karl Nov 3, 2012 9:05 PM
Thanks karl sebab bagi info tentang no notifikasi berbeza aritu. Petang tadi saya dah call bahagian kosmetik dan dah dapat jawapan. Actually no. notifikasi yang berbeza merujuk kepada pengilang yang berbeza. Dalam kes saya ni semua produk dan packaging adlah sama cuma pengilang shj yg berbeza.

karl said... / November 18, 2012 at 7:17 PM  

anon 16 nov

wokeh, sama-sama. bab-bab nombor pendaftaran ngan notofikasi ni nanti kalau ade masalah call la biro pengawalan farmaseutikal terus. sepatutnya kerja dorang cerita benda-benda ni. tapi sebab pegawai sana pemalas takde sorang pun buat blog, terpaksa la saya ni menulis sekali sekala nak bagitau orang ramai.

Anonymous said... / November 19, 2012 at 12:32 AM  

salam,,,saya nak tnya,,,,produk BELLEZA KL SKIN CARE,,,,baru2 ni sy ada beli,,,tp kat kotak produk tu takda apa2 no notification dan tiada no pendaftaran pun,,

karl said... / November 19, 2012 at 8:58 AM  

wsalam..ni senarai produk Belleza yang dah ade notifikasi (melalui carian website biro pengawalan farmaseutikal - http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/

1 NOT110405417K BELLEZA D'WHITENING ODORANT POWDER

2 NOT121002510K Belleza KL Acne Soap

3 NOT121002509K Belleza KL Beauty Soap

4 NOT121005367K Belleza Neugy - Relieve Insomnia Essential Oil

5 NOT121005366K Belleza Neugy - Replenish Cleansing Gel

jadi yg mana satu yang awak beli tu? kalau xde dalam list dan nak confirm gak, boleh la call 0378835400, mintak sambungkan kpd pegawai yg uruskan pendaftaran produk kosmetik sebab nak tanya pasal notifikasi. bagitau nama penuh produk tu kat pegawai tu.

Anonymous said... / November 19, 2012 at 9:06 AM  

tiada kat atas tu,,,,yg saya ada ni belleza KL BEAUTY CREAM (DAY) and BELLEZA KL TREATMENT CREAM(NIGHT).....

Anonymous said... / November 19, 2012 at 9:10 AM  

DAN akhir soaln,,,,adaka produk BELLEZA KL SKIN CARE D LULUSKAN OLEH KKM?dan tiada kandungan kimia yg terlarang ka?,,,makasih ya karl,,,,,coz produk ni bih kurang sama ngan natural 99,,,,,

karl said... / November 19, 2012 at 10:45 PM  

mintak maaf banyak2 ler..macam saya kabor tadi, mintak call biro pengawalan farmaseutikal. saya ni bukan orang yg bertanggungjawab handle bab pendaftaran produk ni semua. ade banyak kemungkinan la - mungkin produk yg cik/puan beli tu tak diluluskan KKM. mungkin jugak produk tu baru, tak dapat notifikasi lagi. mungkin jugak quest3 tu tak update. jadi call la orang biro untuk jawapan yang sohih.

Want to knw somethng said... / November 27, 2012 at 9:17 AM  

Mengenai Produk Belleza KL Skincare

Untuk makluman semua. Produk-produk Belleza KL Skincare adalah diluluskan dan berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor pendaftaran seperti dibawah :

BKL Acne Soap - NOT121002510K
BKL Beauty Soap - NOT121002509K
BKL Beauty Cream(krim Siang) - NOT121102565K BKL Treatment Cream(Krim Malam) - NOT121102567K

utk mngetahui produk ini lbih lnjut,pergi ke fanpage Belleza KL Skincare d facebook!!
awesome product ;-)

Anonymous said... / November 27, 2012 at 10:54 PM  

Salam

Saya mendapati produk kosmetik daripada Indonesia jenama a-DHA sedang dijual oleh rakan facebook saya dan saya mengharapkan informasi samada produk ini selamat untuk digunakan memandangkan ramai yang memberi respons baik berhubung pengunaan produk kosmetik ini.

Anonymous said... / November 30, 2012 at 12:10 PM  

Salam. saya makan food supplement yang mengandungi bahan-bahan berikut;

[1] Protein IllumiCel Complex™- Pineaple, Orange, Carrot, Tomato, Celery, Mandarin, Papaya, Mango, Banana, Lime, Lemon, Peach, Grape, Strawberry, Passionfruit, Cranberry, Raspberry & Blue berry.

[2] Protein Fruitrix Nutrients™ - Acerola, Marine Collagen, Soy Extract, Rice extract, Artichoke extract, Milk extract & Coconut Milk, Sugar, Dextrine & Calcium Phospate.

Soalan sya, adkah bahan yg tersenarai di atas merbahaya? TQ ;)

karl said... / December 1, 2012 at 8:28 PM  

Wsalam semua.

Anon 27/12: sila rujuk komen2 kat atas. semakan boleh dibuat di laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal.

http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/

Anon 30/12: makanan tambahan yang bukan dalam bentuk pil, tablet, kapsul atau pun takde ape2 claim untuk tujuan perubatan - semua tu bukan di bawah kawalan pihak penguatkuasaan farmasi & biro farmaseutikal. setakat ni belum ada apa-apa yang buruk diketahui pasal produk2 tu.

Anonymous said... / December 2, 2012 at 5:11 PM  

Salam..sy nk tanya...produk kecantikan tabita skin cate mengandungi bahan kimia tak? Sbb masa mula2 sy pakai,muka jd pdh....sy ada dengar org cakap2 tabita mengandungi bahan kimia.btl ke?

karl said... / December 2, 2012 at 5:33 PM  

Wsalam,

Setakat ni ada 4 produk tabita yang dah bernotifikasi

1 NOT111201687K TABITA GOLD DAY CREAM

2 NOT111201694K Tabita Gold facial soap

3 NOT111201685K TABITA GOLD NIGHT CREAM

4 NOT111201682K TABITA GOLD VITAMIN C SERUM

krim pencerah kebanyakannya terdiri daripada bahan kimia yang dipanggil skin bleaching agents. contoh skin bleaching agents macam arbutin, niacinamide, tretinoin & hydroquinone. Skin bleaching ni, terdiri daripada asid organik lemah. Bila dah nama pun bleaching, memang la sakit, pedih bila pakai. Kata nak putih. ahaha. Kalau rasa tak tahan takyah pakai la, sebab kalau nak pakai memang nak xnak kena tahan la pedih tu.


Kat Malaysia, hydroquinone memang tak boleh guna langung kat dalam kosmetik, sebab bahan tu boleh menyebabkan kanser. Tretinoin pulak cuma boleh dibeli atas nasihat doktor pakar.

karl said... / December 2, 2012 at 5:35 PM  

Anon 27/12. Ade dalam database pasal produk A-DHA tu.

1 NOT121102071K a-DHA Beauty Care - Day Cream

2 NOT121102072K a-DHA Beauty Care - Sabun

3 NOT121102070K a-DHA Beauty Care - Night Cream

Selain daripada produk kat atas, produk lain mungkin pihak KKM xde rekod. boleh la call pihak biro pulak

Anonymous said... / December 3, 2012 at 10:46 AM  

Cam mana pulak ngn alissa skin care...diluluskan tak? Ad chemical x?

Anonymous said... / December 4, 2012 at 4:35 PM  

salam..nk tanya berkenaan produk d'qistee..produk ni ad kelulusan kkm.. tp jurujual produk ni ckp krim mlm dan sabun dia ad bhn chemical bahaya.. btol ke?

Anonymous said... / December 5, 2012 at 11:21 AM  

assalam...nak tnye pasal produk shape plus + eve fiber strawberi.. untuk menguruskan bdan..tgk banyk sangat yg gune..diluluskan ke atau tidak?

Anonymous said... / December 5, 2012 at 11:25 AM  

salam..kat sini byk info berguna...boleh sy share utk info public?

karl said... / December 7, 2012 at 8:49 AM  

Salam,kepada yang bertanya pasal produk-produk tu semua, boleh check kat website bawah ni

http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/

Anon 5 Disember, boleh.

Anonymous said... / December 9, 2012 at 10:09 PM  

mslh nye da check la..kalau x,, xde la plak teman tanya dkt cni..-_-'

anon 4 dis

Anonymous said... / December 13, 2012 at 2:55 PM  

kalau produk tab ex yg dr glutathion tu mcmana pulak..blh ambil ke

Anonymous said... / December 19, 2012 at 11:17 PM  

salam sy nak tanya pasal produk sne. ramai yang guna sekarang termasuk adira af. knp kesan penggunaan produk itu sangat cepat

nina zainal said... / December 21, 2012 at 3:24 PM  

produk iuventus skincare, halal oleh jakim, selamat dan guna khasiat bunga bungaan. cuba lah... www.ninzacorp.com/iuventus.html
contact nina 0123272743

Anonymous said... / December 28, 2012 at 10:41 PM  

hai...sy nk tau sal reg no : ULUKM/1542/12..itu no pendaftaran kkm ke?

Anonymous said... / December 28, 2012 at 10:48 PM  

hai...nk tau sal reg no ni..
ULUKM/1542/12
tu suplement...katanya berdaftar dgn kkm..sdgkn kalu de kelulusan kkm..bkn ke MAL(lapan angka) dikuti huruf X atau T..

Rainbow Lavender said... / December 29, 2012 at 2:47 AM  

salam...klu kod produck yg sy check ada dlm website ni, http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/index.jsp?mod=search_product

maksudnya selamat digunakan ke?

Anonymous said... / December 29, 2012 at 5:58 PM  

salam. sy nak tanya juga mcm mana dengan produk pamoga dan beuty umaira..adakah selamat? dan berdaftar?

eiyma said... / December 29, 2012 at 10:27 PM  

slm nk tnye produk kosmetik giffarine mcmne adkahproduk tu slmat dignakan dan berdaftar oleh kkm?

Kaki Kaku said... / January 6, 2013 at 11:47 AM  

Salam..macam mana dengan produk herbal rimba?

Kaki Kaku said... / January 6, 2013 at 11:47 AM  

Salam..macam mana dengan produk herbal rimba?

Anonymous said... / January 7, 2013 at 10:15 PM  

Saya pun nak tahu juga ini no kelulusan dari mana ya ? ULUKM/1542/12 No. ini diambil dari packaging salah satu produk Vitamin C yang dijual dipasaran.

Anonymous said... / January 13, 2013 at 9:51 PM  

Salam, nak lebih kepastian lah, produk tabita utk smooth lotion tu betul ke ada mengandungi bahan kimia? Please reply sebab saya baru jer menggunakan produk ni dlm seminggu. N kalau betul ada bahan kimia dlm produk tu, kenapa kerajaan malaysia tak ambik tindakan utk menghentikan penjualan?

Anonymous said... / January 15, 2013 at 4:08 PM  

salam....nak kepastian produk tabita skin care boleh pakai ke atau tak boleh?

Anonymous said... / January 21, 2013 at 2:11 PM  

Sori lah saya nak tambah sikit...ni berdasarkan pengalaman saya pki bermacam2 produk yg kononnya ingin memutihkan kulit.memang klu produk yg ada bahan kimia akan menyebabkan kulit jadi kemerah merahan dan pedih.senang jer nak tahu.klu cuci muka dgn pencucinya..lepas cuci dan lap muka,kulit rase cam tegang semacam tu. Sahlah ader bhn kimia..
Kesan jangka panjangnya..bile kulit semakin menipis,kulit muka akan menghadapi masalah jeragat yg serius/paling teruk muka jadi kehitaman.saya mengalami perkara ini..jeragat mula memenuhi muka saya bila saya berhenti menggunakan produk tersebut.
Tapi syukur alhamdulillah,setelah saya menggunakan produk yg memang disahkan organik dan selamat(setelah research dibuat sndri oleh saya melalui internet) wajah saya pulih seperti sediakala.tapi sudah tentu lah kos rawatan yang agak tinggi..
Nasihat saya pada puan puan diluar sana,jgn sembarangan memilih produk.jangan nak yang MURAH DAN CEPAT BERKESAN..yang pastinya kalau nk cepat berkesan tu mesti ade bhn kimia.
Info menarik:kalau dibuat pemerhatian..krim malam dan krim siang produk x brand mesti sama jer..tak kiralah brand ape skalipun.yg membuatnya berbeza dimata seseorang publisiti/pengaruh iklan dan harga.pernah tak terfikir ianya mungkin dari kilang yang sama cuma dilabelkan berlainan.DIMANAKAH KUALITI PRODUK TERSEBUT???FIKIR FIKIRKAN...JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK MENILAI PRODUK...

Anonymous said... / January 25, 2013 at 3:20 AM  

Sabun Rawatan Lunas R'sdong D'Herbs adakah selamat digunakan...HARAP MOHIN PENJELASAN

Anonymous said... / January 28, 2013 at 11:48 AM  

Mohon penjelasan...kalau dah search kat website bpfk tu tak ade result.. maknanya produk tu tidak selamat utk digunakan? sbb tiada registration

missez said... / January 28, 2013 at 12:08 PM  

Dah search produk Ains Beauty Care dlm website biro tu tapi tiada rekod..so boleh teruskan penggunaannya atau camaner yer?

Anonymous said... / January 31, 2013 at 9:59 AM  

Salam.. sy nk tya ckit berkenaan produk gluta 200000 yg byk dijual di blog2.. adakah ia selamat di mkn dan dpt kelulusan KKM .. mohon bantuan

Anonymous said... / February 7, 2013 at 10:29 PM  

Saya telah membeli produk Ag-Factor keluaran Onecare Wellness (www.ag-factor.com)tapi x berani nak makan sbb x de pelekat KKM or Nombor Pendaftaran MAL tersebut. Tapi dlm web ada mention kelulusan dari Bahagian Keselamatan & kualiti Makanan & Halal Certificate juga.
Help me to check pls...selamat tak produk ni..???? :(

Anonymous said... / February 8, 2013 at 4:04 PM  

dah try banyak kali call bpfk sbb hari tu ada hantar aduan regarding 1 produk.tp mak aih,kemain susah nk tembus talian.huhuhu.last2 tulis kt en karl jela.

Lina said... / February 9, 2013 at 9:00 PM  
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... / February 9, 2013 at 9:05 PM  

Salam, bagaimana dengan produk pelangsingan yang sedang hot di pasaran sekarang ni iaitu figure up kapsul....kesannya sama seperti pil diet yang senang didapati di klinik dan farmasi satu ketika dahulu.....adakah figure up ni betul2 100% herba????...mohon dibantu...

hani zie said... / February 10, 2013 at 1:44 AM  

salam..sy ingin bertanya bagaimana dengan produk lotion Felinna Inchloss. sy buntu untuk check di website berkaitan dgn kkm nye.. adakah ianya audah didaftarkan atau telah ditarik balik?? sy ingin bertanya bagaimana untuk mengetahui no kkm di website yg betul?

Numies said... / February 12, 2013 at 1:09 AM  

slm sy nk tnye produk utk vitamin c IQR 1000MG yang dikatekan clinikal produk..xd brand sbb dr klinik yg dikeluarkan oleh dokter dr malaysie..boleh sy tw no KKM sbb rate2 yg jual xnk letak no KKM.. PF vitamin pon same..boleh tlg sy pastikan sama ada vitamin c ni ade kelulusan KKM atau tidak?

Anonymous said... / February 14, 2013 at 2:23 PM  

wonderful submit, very informative. I'm wondering why the other experts of this sector do not notice this. You should continue your writing. I'm confident,
you've a great readers' base already!

Check out my site; bad credit payday loans

zack said... / February 15, 2013 at 8:23 AM  

kenapa admin taknak reply semua soalan kita ek..helpppp

zack said... / February 15, 2013 at 8:23 AM  

kenapa admin taknak reply semua soalan kita ek..helpppp

Anonymous said... / February 15, 2013 at 10:10 PM  

salam..sy ati,tolong reply yg ULUKM/1542/12 ni no rujukan supplement berdaftar ke x?pelik gak x de MAL depan dia.. sy dah puas search kat bfk..tp x de pun..ke sy x pandai search guna laman ni..harap admin reply..tq

girl in dilemma said... / February 16, 2013 at 2:52 PM  

salam..en.karl, sy nak tnya kalu produk yg xpasti dia bentuk ubat ke x cthnya cecair collagen Glow B white keluaran d'herbs healthy sdn bhd..kena berdaftar dgn kkm x? sy xpasti produk ni kategori apa..supplement or what..

sbb menurut karl:
kalau produk tu bukan dalam kategori ubat (ubat: ada indikasi/tujuan penggunaan untuk merawat penyakit, ada dos, ada tulis kekerapan berapa kali kena minum), produk tu tak perlu berdaftar dengan kementerian kesihatan.

tp yg meragukan saya produk nie kata ada bahan aktif ekstrak srg burung, collagen, acai berry, tomato, aloe vera, goji..dan bahan pencerah kulit yg dibenarkan (but not spesific)huhu.

mcmane ek?stakat ni xdgr pape komen xelok dr pengguna produk nie..tp takut la jgak kalo ada bhn2 kimia yg xdbenarkan..sbb xda MAL

Anonymous said... / February 19, 2013 at 8:10 AM  

salam..sy nk tau mcmna nk hilangkn kesan2 yg dh teruk lps guna produk yg ada kandungan hydrokionon tu?
sbb produk2 tu bila kita benti pakai ruam merah n muka jd teruk...xde pun yg beri solution utk hilangkan benda tu..klu benti muka jd teruk...plis someone...

Anonymous said... / February 27, 2013 at 1:55 PM  

Soalan saya sama dengan cik Numies. Pasal iqr1000 & pf vitamin. Bila tanya seller saya dberitahu yang no kkm dirahsiakan atas tujuan "keselamatan supplier". Is there such a thing? Bagi saya tak masuk akal. Kalau macam tu senang je nak jual produk yg tak berdaftar atas reason "jaga keselamatan supplier". Nak cuba call biro tentang hal ni tapi susah betul nak dapat. Siapa2 boleh clarify, please do. Tq.

Anonymous said... / February 27, 2013 at 8:38 PM  

saya nak tanya cranberry collagen tu dpt kelulusan tak?

Anonymous said... / February 27, 2013 at 8:56 PM  

apa beza NOT ngan MAL..tq

Anonymous said... / March 14, 2013 at 11:17 PM  

Senarai terkini produk kosmetik yang telah diharamkan oleh KKM disebabkan mengandungi bahan kimia...

Tahun 2013
1. MULTI CREAM ->Tretinoin
2. DQISTEE NIGHT CREAM -> Mercury
3. DQISTEE BEAUTY DAY CREAM -> Mercury

Tahun 2012
1. Daily Protecting Cream - Joie et Beaute -> Mercury
2. La Bliss Skin Brightening Cream -> Tretinoin
3. Sans Dynamic Intensive Light Cream -> Mercury
4. Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion -> Mercury
5. Bio-Clear Intensive Renewal Complex -> Tretinoin
6. MS Wellmood Enhancing Cream -> Tretinoin
7. Renewing Cream -> Tretinoin
8. E Beaute Total Revitalizer Night Cream -> Mercury
9. MS Wellmood Lightening Complex -> Mercury

Tahun 2011
1. Sensual Whitening Cream -> Mercury
2. Derma-Rx Arbutin-R Cream -> Tretinoin & Hydroquinone
3. DS.1 BLEMISH CONTROL CREAM -> Azelaic Acid
4. EZEE SUNBLOCK CREAM -> Mercury
5. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE -> Lead

Tahun 2010
1. NV Toner Treatment No 1 -> Hydroquinone & Tretinoin
2. NV Toner Treatment No 2 -> Hydroquinone & Tretinoin
3. Zara Rejuvenation Cream -> Hydroquinone
4. Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream -> Tretinoin
5. Pigmentation Recovery Complex -> Tretinoin
6. De Putih Night Cream -> Tretinoin
7. BML HB LOTION -> Tretinoin & Hydroquinone
8. Krim Malam Shana -> Tretinoin & Hydroquinone
9. Natasya Gold Krim Herba -> Tretinoin & Hydroquinone
10. Biotox Whitening Hydro Cream -> Dexamethasone
11. Yoko Whitening Cream -> Tretinoin
12. Sue Beauty Night Treatment Cream -> Tretinoin

Tahun 2009
1. Felisa Gentle Peeling Solution -> Tretinoin
2. Krim Malam Rahsia Rimba -> Hydroquinone
3. Biocosmet Whitening Essence Cream -> Hydroquinone
4. ~H2O+ Waterwhite Brightening Night Cream -> Hydroquinone
5. Magixpress Lightening Plus -> Hydroquinone
6. A.Vant Cream -> Tretinoin
7. Eriesya Spa Beauty Cream -> Hydroquinone
8. Natasya Krim Herba -> Hydroquinone & Tretinoin
9. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya -> Tretinoin
10. Ratna Sari Whitening Night Cream -> Tretinoin
11. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream -> Hydroquinone
12. Chantique - Whitening Night Cream -> Tretinoin

Tahun 2008
1. Khazanah White Pembersih Wajah -> Hydroquinone
2. Gloskin Krim Malam & Siang -> Hydroquinone
3. Reena's Astringen Lanjutan -> Hydroquinone
4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk -> Hydroquinone
5. EETYE Whitening Cream -> Hydroquinone
6. O'Lynn Skin Lightening Cream -> Tretinoin

Untuk senarai lengkap klik link ini http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116

karl said... / March 22, 2013 at 9:29 PM  

Assalamualaikum semua. Minta maaf banyak2. saye ni sibuk, tak berniat nak menghampakan saudara/saudari sekalian.

1. Anon 9 Disember 2012

- kalau dah check dekat Quest3 tu tapi xde dalam carian,maksudnya produk tu tak berdaftar atau pun dah berdaftar tapi sistem komputer tak update. boleh call Biro Pengawalan Farmaseutikal terus.

2. Anon 13 Disember 2012

- seperti jawapan kat atas. Terlalu banyak produk kesihatan sekarang ni,saya tak hafal produk tu berdaftar ke tak. Kalau kat kotak tablet tu takde hologram dan nombor MAL, produk tu tak berdaftar

3. Anon 19 Disember 2012

- setakat ni saya belum dengar sebarang tindakan pada produk tu. Saya nasihatkan kalau cik ragu2, tak payah la beli. Boleh check status produk dekat website Quest3 yg saya tulis dlm blog ni. ataupun boleh buat aduan pada cawangan penguatkuasa farmasi di jabatan kesihatan negeri tempat cik tinggal.

4. Nina Zainal

- amboiii...ko siap promote produk pulak sini. takleh blah.

5. Anon 28 Disember 2012

- nombor pendaftaran KKM untuk produk ubatan bermula dengan MAL. untuk kosmetik pulak start dengan NOT. yg cik tulis tu bukan nombor pendaftaran KKM.

6. Rainbow Lavender

- selamat, sehinggalah kalau ade berita atau pengumuman yg produk tu tak selamat

7. Anon 29 Disember 2012

- mintak check dekat website Quest3 website biro pengawalan farmasi. taipkan nama produk. kalau produk tu ubat atau kosmetik produk tu perlu berdaftar. kalau makanan memang tak perlu berdaftar.

8. eiyma

- boleh check dekat website Quest3

9. Kaki Kaku

- boleh check dekat website Quest3

10. Anon 7 Januari 2013

- itu bukan nombor pendaftaran. kalau takde nombor MAL & hologram KKM, itu bukan produk berdaftar

11. Anon 13 Januari 2013

- - boleh check dekat website Quest3. bahan kosmetik memang ade bahan kimia, KKM akan ambil tindakan pada kosmetik yg ada bahan kimia bahaya. kalau puan rasa tak selesa bila pakai lotion tu, saya cadangkan tukar kepada produk lain.

12. Anon 15 Januari 2013

- boleh check dekat website Quest3

13. Anon 25 Januari 2013

- boleh check dekat website Quest3

14. Anon 28 Januari 2013

- kalau tak ade dalam website Quest3 lepas search, besar kemungkinan produk tu tak berdaftar. mohon jangan beli.

15. missez 28 Januari 2013

- saya nasihatkan saudari hentikan penggunaan dan telefon biro pengawalan farmaseutikal untuk dapatkan penjelasan lanjut

16. Anon 31 Januari 2013

- boleh check dekat website Quest3

17. Anon 7 Febuari 2013

- yang perlu berdaftar dengan kementerian kesihatan, yg ada MAL dan hologram tu untuk ubat & kosmetik. kalau produk tu kopi, minuman atau makanan yg tu tak perlu berdaftar

18. Anon 9 Febuari 2013

- boleh check dekat website Quest3. kalau xde dalam senarai carian, mintak tolong jangan beli. takut produk tu tak berdaftar

19. hanie zie

- boleh check dekat website Quest3. taipkan nama produk dekat search engine. alamat web tu ade kat atas.

20. Numies

- boleh check dekat website Quest3. kalau kat botol tu xde nombor MAL atau hologram, memang confirm produk tu tak berdaftar. mohon jangan beli sebab saya takut produk tu dicemari dengan bahan kimia lain eg tretinoin. tretinoin tu boleh menyebabkan kecacatan janin

21. zack

- mintak maaf banyak2..saya sibuk teramat sangat.

22. Anon 15 feb 2013

- itu bukan nombor pendaftaran KKM. nombor pendaftaran KKM start dengan MAL.kalau xde nombor MAL dengan hologram, maksudnya produk tu tak berdaftar.

23. girl in dilemma

- kalau produk tu makanan, produk tu tak perlu berdaftar dengan biro kawalan farmaseutikal

24. Anon 19 Febuari 2012

- pertama sekali berhenti gunakan produk tu. kedua, jumpa doktor. biasanya lepas dah berhenti guna produk tu, kulit akan pulih sendiri tapi ambil masa jugak la

25. Anon 27 Februari 2013

- boleh check dekat website Quest3. kalau xde nombor daftar MAL & hologram KKM, maksudnya produk tu tak berdaftar. mohon jangan beli atau guna produk tak berdaftar.

26. Anon 27 Februari 2013

- boleh check dekat website Quest3

27. Anon 27 Februari 2013

- MAL nombor daftar untuk ubat-ubatan. NOT nombor pendaftaran untuk kosmetik.

Anonymous said... / March 28, 2013 at 2:18 PM  

mcm mna plk dgn produk aurawhite yg tgh hot di pasaran online skrg?sy pon sbnrnya dh terbeli..selamat ke x?dh check tp x de pon

Anonymous said... / March 29, 2013 at 3:49 PM  

Anon 28.3.2013

- Maksud cik/puan aurawhite yg 400000 mg tu ke? yang tu disebabkan dalam peruntukan undang2 sedia ada kosmetik merujuk kepada bahan kosmetik yg disapukan di luar badan/kulit dan produk yg perlu berdaftar merujuk kepada sebarang bahan yg dimakan utk tujuan perubatan, aurawhite ni tak tertakluk pada akta yg dikuatkuasakan oleh penguatkuasa farmasi. jadi sekarang ni aurawhite tu diklasifikasikan sbg makanan.

makanan tak didaftarkan di bawah peraturan dadah dan kosmetik. berkenaan selamat atau tak saya tak boleh komen sebab aurawhite tu makanan.

tapi kalau cik/puan nak cuba jugak aurawhite tu, saya nasihatkan kalau puan

- mengandung atau menyusukan anak, atau
- ada sebarang penyakit kronik yg menyebabkan puan kena makan ubat setiap hari

saya nasihatkan supaya puan tak cuba la. kalau puan nak cuba jugak tapi rasa ragu2, saya nasihatkan puan buat aduan rasmi kepada mana2 cawangan penguatkuasa farmasi negeri atau mana-mana pegawai farmasi di mana2 fasiliti kesihatan awam supaya pihak kami boleh jalankan siasatan dan ujian kimia berdasarkan aduan daripada pihak cik/puan.

- karl -

nur zahirah zahril said... / March 29, 2013 at 6:34 PM  

salam. sy nak tanya produk Tabita dr Indonesia diluluskan di Malaysia ke tak? sbb sy berhasrat utk apkai produk tersebut.

Terima Kasih

nur zahirah zahril said... / March 29, 2013 at 6:37 PM  

salam. sy nak tanya produk Tabita dr Indonesia diluluskan di Malaysia ke tak? sbb sy berhasrat utk apkai produk tersebut.

Terima Kasih

beLLa aSh bURn said... / March 31, 2013 at 7:46 PM  

Assalam.. Nk tny.. Produk figure up yg tgh hot skrg ni.. Adew kkm x? Tkut gak nk mkn.. Tpi tgok testimoni cm syok kurus cpt.. Hope bole bntu..

muhammad nuruddin said... / March 31, 2013 at 10:35 PM  
This comment has been removed by the author.
muhammad nuruddin said... / April 1, 2013 at 12:33 AM  

salam...

macam mana nak taw ubt yg berdaftar dengn kkm o x?

NOT1211020K yg ni bukan num pendaftaran,tapi ialah num kelompok

1)NOT ialah batch untuk kelompok
2)12 ialah tahun dibuat
3)10 ialah bulan dibuat
4)020 ialah produk yg telah dibuat pada bulan tersebut
5)k ialah kod untuk pengilang kepada pembekal dimana pengilang menerima tempahan lebih dari 1 pembekal

MAL20040954XR ialah num pendaftaran bg pengilang untuk mengeksport ubt ke luar negara

bagi kkm pula...adakala terdpt produk yg tiada hologram,tetapi diganti dengan print pd kotak

hologram ataw print pd kotak adalah wajib pd setiap ubatan tempatan

bagaimana pon,print kkm pd kotak hanya dibenarkan pd ubatan hospital yg dalam kategori sterile sahaja

karl said... / April 2, 2013 at 9:04 PM  

Nur Zahirah

ini produk Tabita yang ade dalam senarai notifikasi dengan KKM.boleh la pakai yg 4 jenis ni

1 NOT111201687K TABITA GOLD DAY CREAM Penawar Syifa Enterprise

2 NOT111201694K Tabita Gold facial soap Penawar Syifa Enterprise

3 NOT111201685K TABITA GOLD NIGHT CREAM Penawar Syifa Enterprise

4 NOT111201682K TABITA GOLD VITAMIN C SERUM Penawar Syifa Enterprise

bella abu bakar

figure up didapati tak berdaftar melalui carian di carian Quest 2 & Quest 3 biro pengawalan farmaseutikal. mintak kerjasama, jangan beli dan guna dulu produk tu.

Anonymous said... / April 3, 2013 at 9:15 PM  

sy nk tanya tentang Figure up produk pelangsingan..adakah dia dlm proses utk mendapat kelulusan kkm..lab test sudah lulus..tiada sibutramine

karl said... / April 4, 2013 at 8:07 AM  

Anon 3 April

Kalau masih dalam proses mendapatkan kelulusan,septutnya produk tu tak boleh dijual lagi.dah siap semua proses,dah daftar,dah lekat pelekat hologram & nombor MAL pada packaging produk baru boleh jual.

Anonymous said... / April 4, 2013 at 8:55 PM  

BOLEH BG TAU MCM MANA NAK CHECK PRODUK TU DAH LULUS @ BELUM?

karl said... / April 5, 2013 at 11:59 PM  

Anon 4 April

Telefon Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. atau check dekat sistem Quest3 macam yang saya dah bagitau berkali-kali kat atas.

Anonymous said... / April 8, 2013 at 1:06 PM  

minta tolong cek shape plus dan eve fiber..

Anonymous said... / April 10, 2013 at 10:34 AM  

aura white selmat
tk

Anonymous said... / April 11, 2013 at 3:33 PM  

Klu produk kesihatan pil vimax yg kian popular ni ade kesan sampingan tak

Anonymous said... / April 13, 2013 at 11:51 AM  

karl blh cek x karme skin care ade kelulusan kkm x...

Anonymous said... / April 13, 2013 at 9:54 PM  

Shape plus & eve fiber aku dah makan dan menyesal side effect dia macam nak tertanggal usus time nak buang air besar.. serius aku alami sendiri ..sampai sekarang pon rasa sikit2 kesan kat usus tu time nak buang air besar.. dan kesan lain yang aku alami bila minum adalah rasa BERDEBAR..n sakit kepala....dan aku xtau macam mana nak bgtau semua orang tolong JANGAN beli.. karang ada yang kata aku sabotaj coz kawan2 pon ada jual.. tp setiap kali aku tgk iklan shape plus yang 'menghujani' facebook sekarang aku rasa aku bertanggung jawab bgtau info ni...Aku xnak orang lain sakit di sebab kan terlalu taksub dan percaya iklan tanpa usul periksa..Macam aku, dah makan baru tahu semua. dan diorang cakap ada KKM tp x letak pon no KKM . kat kotak pon xde..aku check kat Quest 3 pon xde.. -ct from melaka-

Lia said... / April 15, 2013 at 10:44 PM  

Assalamualaikum ...

Nak share sesuatu nih ... Dalam pengetahuan saya.. Skin care yg ada Day cream & Night cream tu adalah product bleaching... kalau dah bleaching tu faham2 je lah kan ... Hi- Chamical product nama nya. Secara logic nya.. kenape perlu ada cream yg berasingan ... pastinya anda akan dinasihat kan supaya tidak menggunakkan krim mlm di waktu siang.. dan krim siang di waktu mlm kan ... kalau "ketegaq" gak .. nnti hasilnya kulit anda pasti jd mcm kene goreng... kikikiki.... Chamical tu panas.. bila kene terik mentari .. bahan tu akan bertambah tahap kepanasan nya.

Satu lagi nak di ingat kan ... Jangan mudah terpedaya dgn pic iklan product kecantikan di FB. saya perhatikan .. kebanyakkan nya pic diambil menggunakkan camera360(magic skin) . Kalau nak tau mcm mana nk bezakan .. cuma tgk bahagan pipi dan hidung... mesti akan ada cahaya berkilat ...dah kulit agak pucat.. percayalah... sbb saya dah buat ujikaji dah ... kikiki
Dan saya ada bukti pembohongan tu .. Saya pernah buat Skin care class dgn schoolmate saya.. saya tahu texture kulit sipolan tu mcm mana.. dan juga tahap kepekatan bedak compact yg digunakan . tup..tup.. baru2 ni dia dah jd model utk 1 sabun muka nih ... mmg comey... kulit licin ... kalau org tgk mmg tergoda habis la... lawa gilerr.... .. tp saya gelakkan je dlm hati .. mane yg teruja dgn model tu sebenarnya dah kena tipu ... "edited Pic" alahaii.. kesian nyaa...

Ehem...Ehem... tumpang sharing skit eh tuan tanah ...
Kalau ada yg nk kenali jenis/masalah kulit wajah anda.. boleh join Skin Care Class saya. x de bayaran pon dikenakan .. Ikhlas memberi Ilmu .

Bleh preview blog saya disini : http://dbeautystation.blogsot.com

Noemi @ Mimie Macawile said... / April 16, 2013 at 4:02 AM  

saya nak tanya, Sf beauty selamat k? Saya ada check no. Pendaftaran cosmetic yg tertera pada kotak, memang ada pada sistem cuma, nama produk nya berlainan. Mcm mana tu.

Noemi @ Mimie Macawile said... / April 16, 2013 at 4:12 AM  

Bila saya double check, brand tu memang ada d dalam sistem, cuma no yang tercetak d bawak kotak cream tuu seperti ada kesilapan, adakah itu bermakna saya telah terbeli barangan tiruan?

Anonymous said... / April 17, 2013 at 10:14 AM  

Macam mana dgn produck Milky G dan cranberry collegen 5000mg, OK TAK?

Anonymous said... / April 17, 2013 at 5:44 PM  

hi.. boleh saya tau, kita nak tau yang produk ni selamat digunakan jika sekadar mendapat no rujukan KKM sahaja, cth "(50) dlm.KKM-163/s/25 jld.163", ada tak website yang boleh kita gunakan untuk mencari pengesahan dengan menggunakan no rujukan kelulusan sahaja

Anonymous said... / April 18, 2013 at 10:55 AM  

sy nak tanya pasal produk sf beauty..adakah mendapat kelulusan?camne pulak dgn produk adha skincare yang sgt popular skrg di blog2 dan fb?mohon penjelasan dari admin..TQ..:)

Anonymous said... / April 19, 2013 at 4:27 PM  

macam mana dgn karme skin care??

fauziah seman said... / April 27, 2013 at 1:04 PM  

http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/

fauziah seman said... / April 27, 2013 at 1:05 PM  

Check di sini :

http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/

Anonymous said... / April 29, 2013 at 8:01 AM  

Klu produk figure up bahaya tak?

flower fafa said... / May 1, 2013 at 3:35 AM  

Saya makan figure up. haritu makan, esok terus demam . Saya pun x sure sgt demam ke x, tapi badan panas,tekak kering,bila tutup mata pun terasa bahang. tapi tenaga saya maintain, bukan lemah macam org demam tu sy mcm x sure sgt sy demam ke x dulu. then susah nak tidur . hari ke 4 makan, saya rasa nak pitam je. ish takut lah mcm side effect sibutramine je. 4 hari je saya makan

Anonymous said... / May 2, 2013 at 7:15 AM  

Saya nk tanya vitamin c maixara sential ok tak?sy tengok testimony mcm bagus, cepat benar kulit berubah jd cantik..

Anonymous said... / May 2, 2013 at 6:42 PM  

saya nk tau adakah kapsul figure up bdaftar dgn kkm?saya mkn 3 hari trs period sdgkan sjk mgunakan perancang keluarga implanon period sy jrg2.dlm sthn skli dua je.mkn ubat 2 xde effect lain cuma was2 dgn status pdaftarn

Anonymous said... / May 9, 2013 at 12:25 PM  

Sesiapa boleh beri info shape plus lagi? Ingat nak cuba tapi cari produk info dan lesen nya tak dapat . Tq

Anonymous said... / May 13, 2013 at 1:42 PM  

as slm mcm ner ngan produk muka cologen vitamin e dari indonesia...sbb tgk mcm natural 99 ja cuma beza sabun ja warna lain...tq

Anonymous said... / May 14, 2013 at 10:16 AM  

Salam...satu pertanyaan, bagaimana dengan produk cathyl arbutin peeling gel dan juga susu protein daripada syarikat cosway??? Adakah selamat digunakan!!!
Mohon2 penjelasan...!!

Anonymous said... / May 15, 2013 at 12:40 PM  

Nak tanya sekarang semua nak jaga kecantikan...saya ada beli vitamin maixara ada lulus kkm tapi tidak pulak MAL...nak tahu boleh ke makan vitamin sebab ramai testimoni kulit jadi cantik....

amy said... / May 17, 2013 at 2:35 AM  

you students pharmacist uitm Palam ke? my sis pun ade kat situ. thn akhir. haha..good jobs and tq for the info..

Ismi Zuckry said... / May 17, 2013 at 2:45 AM  

salam...sekadar ingin berkongsi pendapat sebagai bekas pelajar farmasi dan analisis nutrisi dan 2 tahun pengalaman menjadi ahli farmasi di Gaurdian pharmacy, saya ingin menasihati pengguna jangan mudah terpedaya dengan iklan dan testimoni apa jua produk kecantikan, jangan mudah menggunakan (penggunaan luar, makan atau minum) produk tanpa membuat penyelidikan mendalam. sedar atau tidak tindakan itu akan memudaratkan diri sendiri. mana-mana produk yg memberikan hasil atau tindak balas dengan cepat, sudah tentu ia mempunyai bahan kimia yang boleh membahayakan diri di masa akan datang. secara mudah fahamnya, sesuatu itu perlukan proses, step by step..nak kurus, perlukan proses secara menurun perlahan2, bukan turun secara mendadak. itu adalah tidak sihat. nak jadi putih dan kulit licin, juga perlukan proses,jika ia bertindak terlalu cepat, maka ia bersifat menghakis, ini juga tidak selamat kerana kulit terdedah kepada sinar uv, pencemaran yg akan menyebabkan kanser. cuba bayangkan duit syiling yang berkarat kita rendam dalam larutan kimia, serta merta ia akan menghakis karat dan bersinar.pastikan apa yang anda makan dan minum adalah dari sumber 100% herba asli dan melalui proses yang selamat. Shaklee antara produk yang terbaik dalam penggunaan 100% herba dan mempunyai kualiti yang amat baik... jika ingin kurus, biarlah dalam keadaan sihat, jika ingin cantik berseri, biarlah dalam keadaan sihat...kunjungi blog sy dan dapatkan nasihat percuma.. http://gerikshakleeid.blogspot.com

Anonymous said... / May 21, 2013 at 4:13 AM  

My spouѕe аnd I stumblеԁ oveг here diffeгent website anԁ thought I should
chеck things out. I lіke whаt I see sο і am
just follοwіng yοu. Look forωaгd to looking at yοur web ρage yet again.



Viѕit my web page: hcg diet

Marzitah Abdullah said... / May 21, 2013 at 11:11 AM  

Sy pun nk tau pasal ni

Post a Comment

 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire