Kesan ubat yang tidak diingini (ENG: Adverse Drug Reaction), merupakan sebarang gejala atau kesan yang membahayakan kesihatan @ nyawa akibat daripada pengambilan ubat yang diambil pada dos/sukatan yang normal. Contohnya,
Ali menghidap penyakit kencing manis, dan dia memakan tablet Metformin sebanyak 1 gram (2 biji tablet), dua kali sehari. Tiba-tiba pada suatu hari lepas makan 2 biji tablet Metformin tu, secara beransur-ansur dia mengalami keletihan, berlaku peningkatan dalam kadar pernafasan, pening2 dan muntah2 sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Selepas diperiksa, Ali mengalami lactic acidosis (peningkatan acid lactic dalam darah sehingga menyebabkan darah menjadi berasid), kesan daripada pengambilan Metformin.
Berbanding dengan kesan sampingan (ENG: side effects), kesan ubat yang tak diingini ataupun ADR ni memang effect negatif daripada pengambilan ubat.
Contoh ADR : gastritis & pendarahan pada usus disebabkan pengambilan ubat aspirin
Kesan sampingan pulak kadang2 kita tak nak tapi kadang2 berguna juga
Contoh kesan sampingan: ubat-ubat yang tergolong opiod agonist macam morphine, diphenoxylate boleh menyebabkan sembelit, tapi side effect ubat tu iaitu menyebabkan sembelit tu boleh digunakan untuk merawat cirit birit. Begitu juga ubat selsema, Chlorpheniramine, kesan sampingannya menyebabkan mengantuk. Tapi untuk rawatan masalah susah nak tidur, chlorpheniramine boleh juga diberi untuk membantu pesakit tidur (gunakan side effect ubat untuk merawat masalah penyakit).
Berikut merupakan sedikit info tentang klasifikasi kesan ubat yang tidak diingini. Dialih bahasa daripada sumber berikut: Marc A.R. et. al (2003) Adverse Drug Reaction: Types and Treatment Options, American Family Physician, 68(9), 1781-1791
| Jenis | Contoh | |||
|---|---|---|---|---|
Immunologik | ||||
Reaksi jenis 1 (melibatkan IgE) | Alahan kepada β-lactam antibiotic | |||
Reaksi jenis 2 (sitotoksik) | Hemolytic anemia akibat penicillin | |||
Reaksi jenis 3 (kompleks imun) | Alahan kepada anti-thymocyte globulin | |||
Reaksi jenis 4 (tertangguh, melibatkan sel) | Bengkak/ruam kulit akibat ubat sapu antihistamine | |||
Pengaktifan sel T spesifik | Ruam cacar akibat sulfonamides | |||
Fas/Fas ligand-induced apoptosis | Stevens-Johnson syndrome | |||
Lain-lain | Sindrom lupus akibat pengambilan ubat | |||
Sindrom alahan kepada ubat epilepsi | ||||
Bukan Immunologik | ||||
Boleh dijangka | ||||
Kesan sampingan ubat primer | Mulut kering akibat antihistamines | |||
Kesan sampingan ubat sekunder | Jangkitan fungi/yis semasa mengambil antibiotics | |||
| Kesan toksik ubat | Kesan toksik pada hati akibat pengambilan methotrexate | |||
Interaksi antara ubat-ubatan | Sawan akibat mengambil theophylline selepas memakan erythromycin | |||
Dos berlebihan | Sawan akibat pengambilan berlebihan lidocaine (Xylocaine) | |||
Tidak boleh dijangka | ||||
Pseudoallergic | Alahan teruk selepas terdedah kepada media radio-kontras | |||
Idiosyncratic | Hemolytic anemia di kalangan pesakit yang kekurangan enzim G6PD selepas mengambil primaquine (ubat anti malaria) | |||
Kegagalan untuk toleransi kepada ubat | Telinga berdengung setelah memakan satu dos kecil aspirin | |||
| Macam mana nak tau lepas makan sesuatu ubat tu, kita mengalami kesan yang diingini atau pun tak diingini? Memang sukar jugak la nak tau dengan sendiri. Jadi nak bagi senang cerita macam ni, bila anda semua memperoleh sesuatu jenis ubat daripada kaunter farmasi, pastikan anda diberitahu serba sedikit maklumat menenai ubat tu - apa kegunaan ubat tu, apa kesan yang dijangkakan daripada ubat tu sama ada kesan baik atau kesan buruk. Sebagai contoh, baca la perbualan kat bawah ni: | ||||||||
| Pegawai Farmasi: Pakcik, ni ada dua jenis ubat, pakcik kena makan ubat ni untuk penyakit pakcik. | ||||||||
| Pakcik Karl : Ok, amendanya ubat tu. Cuba cerita sikit. | ||||||||
| Pegawai Farmasi: Ini yang warna kuning ni, perindopril. Ubat ni untuk darah tinggi pakcik. Kena makan waktu pagi sebelum makan sarapan. Makan 1 biji sekali sehari. Yang ubat satu lagi ni ubat tahan sakit, tramadol. Ubat ni makan bila rasa sakit je, sekali makan boleh makan sebiji, paling banyak bol | ||||||||
| Pakcik Karl : Kalau makan ubat kuning hijau macam bendera kedah ni (tunjuk jari kat tramadol), lepas makan patutnya rasa sakit kurang la sikit kan. Tapi yang ubat bijik kuning ni, amenda ke tadi, perindopril, kalau pakcik makan..macam mana nak tau ubat ni dah bagi kesan ke tak? | ||||||||
| Pegawai Farmasi: Ubat perindopril ni, bila pakcik dah makan dalam tempoh seseminggu dua ni, sepatutnya pening kepala pak cik makin kurang la. Lepas tu, nanti kalau makan ubat ni nanti selalunya ada batuk2 la sikit. Kalau teruk sangat batuknya, pakcik datang balik la hospital, jumpa doktor bagitau pasal batuk tu. | ||||||||
| Pakcik Karl : Ooo. Makan ubat-ubat ni takde kesan lain ke, sembelit ke, muntah darah ke, payah nak kencing ke? | ||||||||
| Pegawai Farmasi: Takdela extreme sampai camtu pakcik..Aa, satu lagi kalau makan ubat tramadol tu ada kemungkinan sembelit, pening2 sikit, jadi kena minum banyak air la pakcik ye | ||||||||
| Pakcik Karl : Ooo. Ok2. Selain tu, takde kesan2 adverse effect lain ke? | ||||||||
| Pegawai Farmasi: Er, setakat yang saya cerita tadi tu jela biasanya, lain2 takde sangat. Ala ubat pakcik ni sikit je, bukan sampai 7-8 ubat pun, rilek la pakcik, takyah takut. Pakcik add saya kat facebook, ape2 hal kalau ade benda2 lain jadi kat pakcik yg pakcik rasa sebab ubat yang pakcik makan tu, pakcik tulis je kat wall saya, ok? | ||||||||
| Pakcik Karl : Okeh, set. Assalamualaikum | ||||||||



4 comments:
hahah..
paling best sesi soal jawab ..
Terima kasih di atas infor ini..
ia amat berguna...
alhamdulilah
Fine waу οf tеlling, and niсе
ρaгagrаph to take data аbоut my presentation subject
matter, which i am going to prеsent in ѕсhοоl.
my sitе - Dien thoai
Just wish to say your article is as astounding. The clarity in your post is just excellent and i can
assume you are an expert on this subject. Fine with your permission
allow me to grab your feed to keep up to date with forthcoming post.
Thanks a million and please continue the rewarding work.
Feel free to visit my weblog: waist to height ratio
This�endeavor�is�not�any�easy�one�and�requires�the�most�time�commitment.
Conair Foot Vibes Massaging Slippers for Women - $9.
Buy Any XBox 360 System And Get A Free XBox 360 Wireless
Controller - $0.
Visit my homepage ... bep hong ngoai
Post a Comment