Steven Johnson Syndrome

Steven Johnson Syndrome senang cerita la, merupakan salah satu jenis reaksi alahan (allegic reaction) sistem pertahanan badan manusia terhadap ubat-ubatan ataupun ejen jangkitan (virus atau bakteria). Reaksi alahan ni kalau korang takde idea pasal apa yang aku maksudkan ni, contoh macam mak korang sapu sampah + debu kat dalam rumah, debu-debu berterbangan ke udara kemudian korang yang pemalas, duk main PS je kat depan TV, tersedut debu-debu tu. Lepas sedut debu, korang pun bersin. Haa, itu lah contoh paling mudah reaksi alahan. Bila sesuatu benda asing (debu, ubat, bulu ulat bulu, plastik atau ape2 jela) masuk ke dalam badan korang, atau tersentuh kat badan korang, sistem imun badan korang akan detect benda2 asing ni. Sistem imun badan manusia boleh detect, yang mana satu benda asing dan yang mana satu sel-sel badan korang sendiri. Kalau sel badan sendiri, sistem imun kita tak buat apa2 la. Tapi kalau sistem imun badan detect sesuatu yang pelik, selain daripada sel atau pun komponen2 yang berasal daripada badan kita sendiri, sistem imun kita akan bertindakbalas dengan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang kemudian merangsang tubuh kita supaya bertindakbalas agar benda asing tu dihapuskan atau dikeluarkan daripada badan kita. Dalam kes mak korang sapu sampah tadi, tindakbalas badan korang ialah bersin, jadi dengan cara bersin tu benda asing tu dapat dikeluarkan daripada badan korang, ok?

Subjek immunology sangat memeningkan kepala, dan aku pun tak pernah dapat A pun subjek ni. Tapi untuk menceritakan tentang macam mana ubat-ubatan, kuman atau virus boleh menyebabkan Steven Johnson Syndrome, ceritanya begini. Sistem imun bagi setiap individu mempunyai tahap kesensitifan yang berbeza terhadap benda asing. Ada yang tak sensitif, ada yang hypersensitif. Yang hypersensitif, nasib mereka tak berapa baik la sebab ada kemungkinan mudah dapat masalah alergik, termasuk la Steven Johnson Syndrome ni. Dalam kes sindrom nih, sejenis bahan kimia yang merupakan komponen dalam sistem imun badan kita bernama antigen akan melekat pada molekul ubatan, kuman atau pun virus. Bayangkan sebuah seluar panjang yang dikelilingi kemuncup. Bayangkan seluar tu bakteria/ubat, dan kemuncup tu antigen. Kemudian, bayangkan seekor binatang yang lapar, nampak seluar yang penuh kemuncup tu, kemudian binatang tu telan kemuncup dan seluar tadi. Binatang yang telan seluar yang penuh kemuncup tu, boleh diibaratkan sebagai macrophage. Macrophage merupakan sel dalam badan kita yang berfungsi memakan benda-benda asing yang dah dikelilingi dan dilekati dengan antigen. Bila macrophage dah makan benda asing tu, benda asing tu akan tercerna kat dalam macrophage, jadi tamat la riwayat benda asing yang merbahaya kat dalam badan.

Tapi kadang2, macrophage tu tak banyak, tapi benda asing yang dah dilekati dengan antigen tu banyak melampau. Jadi gabungan benda asing-antigen tu akan merata ke seluruh badan, nak pulak kalau benda tu ada dalam darah kita. Gabungan benda asing-antigen tu kemudian melekat ke salur darah, atau pun terlepas ke celah-celah sel kulit. Akibatnya, bila dah melekat kat seluruh tempat dalam badan, sistem imun akan terangsang di tempat yang mana benda asing tu melekat dan mencetuskan pembengkakan kat bahagian badan tu (inflammatory response). Hasilnya macam kat gambar bawah ni..




Macam mana nak tau seseorang tu kena Steven Johnson Syndrome ke atau pun tak, berikut merupakan tanda-tanda yang kebiasaan terdapat pada seseorang yang mengalami sindrom tu:

- timbul ruam/bintik-bintik/lepuh berair kat kulit dan ruang mukus (lidah, hidung, tekak). Biasanya tanda2 ni meliputi ke seluruh badan

- demam, letih badan, sakit tekak. Tanda-tanda ni muncul sekali dengan tanda-tanda kat atas.

Macam aku cerita tadi, sindrom ni mungkin disebabkan jangkitan atau pun disebabkan ubat. Kalau disebabkan oleh ubat, antara ubat-ubat yang boleh menyebabkan sindrom ni ialah:

allopurinol
diclofenac
etravirine
Isotretinoin aka Accutane
fluconazole
valdecoxib
sitagliptin
oseltamivir
penicillins
barbiturates
sulfonamides
phenytoin
azithromycin
oxcarbazepine
zonisamide
modafinil
lamotrigine
nevirapine 
pyrimethamine 
ibuprofen 
ethosuximide 
carbamazepine 
nystatin

Tak payah hafal, aku pun tak hafal, hahaha. Senang cerita, memang banyak ubat yang boleh menyebabkan sindrom ni, tapi sebenarnya, ikut nasib sebenarnya. Kalau nak kena, kena la. Allergic reaction memang sesuatu yang kita tak boleh nak jangka melainkan kalau sebelum ni seseorang tu pernah mengalami sindrom alahan tu. Jadi senang cerita, kalau lepas makan ubat (tak kira la ubat daripada hospital, klinik atau ubat tradisional), dalam tempoh seminggu tiba-tiba badan tumbuh ruam + berair, demam, atau pun timbul tanda-tanda kat badan korang/sesiapa saja macam yang aku tulis kat atas, maka usahakanlah supaya dapat berjumpa doktor dengan segera. Steven Johnson Syndrome boleh menyebabkan kematian, jadi memang kena bertindak cepat la kalau timbul reaksi alahan untuk elakkan perkara yang tak diingini.

12 comments:

SINGALAUTMETRO said... / December 19, 2010 at 11:00 PM  

Tahniah dan bagus. Blog yang amat bagus kerana mengandungi pelbagai ilmu dan bahan bersifat ilmiah yang wajar diteruskan untuk manfaat semua. tahniah sekali lagi

along said... / February 8, 2011 at 10:21 AM  

ime aku clinical kat male medical, aku dpt saksikan sendiri SJS nie..mg menakutkan kalu sapa2 yg dpt SJS nie..budak yang dpt SJS tu awal2 ok2,then masuk hari kedua trus x jd org dah..serious mg kesian budak tu..dia ambik roxitromycin & amoxycillin..tp suspect dia alergic kt roxitromycin since amoxycillin dia pernah ambik sbelum nie & never happen anything to him before this.tx 4 this pt, IgG cz nk bg immunology dia ok balik. then, ade la cream tuk external use..lama gak dia nk cover balik..almost 1 month kot..

± said... / February 9, 2011 at 3:13 AM  

seriously educational. aku bukan dalam bidang ni, jadi info camni amat berguna

pali ss said... / September 18, 2011 at 4:50 PM  

nk copy.hehe..tq

Anonymous said... / March 15, 2013 at 11:06 PM  

A huge dick in my pussy,the warm wet tounge up my own arse and cum as well as pussy juice all over me.
Fuck, ozzy

My page :: hcg injections
my webpage: hcg injections

Anonymous said... / May 10, 2013 at 2:03 PM  

Ι truly lovе your ѕіte.

. Gгеat cοlors & themе. Did you develоp
this sitе yoursеlf? Please replу
back aѕ I'm attempting to create my own personal website and would love to learn where you got this from or what the theme is named. Kudos!

Look into my weblog; what is hcg

Anonymous said... / May 31, 2017 at 4:39 AM  

terbaik bro.tgh2 cari info psl ni in malay punya version.skali jmpa blog ni.info padat,tepat,x berjela-jela.siap dgn penerangan pathopyhsiology lgi.suma ada la.cayalah bdk2 uitm haha.uitm dihatiku.

Unknown said... / September 25, 2017 at 2:41 PM  

Terima kasih.. Good info.. Santai je penyampaiannya & mudah difahami..

Unknown said... / September 25, 2017 at 2:42 PM  

Terima kasih.. Good info.. Santai je penyampaiannya & mudah difahami..

Anonymous said... / November 11, 2017 at 3:03 PM  

Tq utk blog post :) Good info, baru tahu ada nama penyakit ni. Saya pernah alami kes sebegini..symptom pun sama. Sebabnya saya alergik Penicillin.. Bermula dari alergik seafood & doktor terbagi antibiotik pecillin... 10 tahun lepas.. Mungkin masa tu di malaysia/ kat tempat saya xfamiliar dgn penyakit ni...so doktor hanya beritahu saya ada penyakit misteri.. Yg saya tahu.. dr cuma bagi ubat tahan gatal, vit c n krim) untuk kurangkan menggaru. Penyakit tu hilang mcm tu je secara natural. Ambil masa2/3minggu & sbulan lebih untuk fully recovered .. So sekarang saya cuma elak makan ubatan berkaitan (jadi takut nak makan ubat sebenarnya)

Yaya said... / January 1, 2018 at 10:13 PM  

Salam..baru terjadi pada anak saya.. 7 tahun umur. Mkn ubat demam paracetamol, tiba2 naik ruam malam ni. Risau pulak sy husband outstation. Steven johnson ni boleh kesan seawal mana?

nur aina hidayah said... / June 28, 2018 at 3:33 PM  

Kita Sama rupanya....allergic to penicillin 😥

Post a Comment

 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire