UBAT-UBATAN DAN ANDA


Setiap manusia yang hidup zaman sekarang ni, boleh dikatakan hampir semuanya pernah memakan bahan kimia yang dinamakan sebagai ubat. Jadi sekarang aku nak berkongsi tentang asas-asas dan perkara-perkara yang anda perlu tahu setiap kali anda menggunakan ubat-ubatan atau alat-alat yang berfungsi untuk memasukkan sebarang jenis ubat ke dalam badan korang.

Terlebih dahulu, sedikit pengenalan tentang terminologi/istilah dalam bidang farmakologi (kajian tentang ubatan) dan perubatan (kajian tentang penyakit dan cara2 mengubati penyakit). Dalam bidang farmakologi, kebiasaannya anda akan bertemu dengan tiga kumpulan bahan kimia iaitu:

(a) dadah - sebarang bahan kimia yang boleh menyebabkan perubahan dalam fungsi dan keadaan normal badan. Contohnya, perindopril boleh menurunkan tekanan darah, morfin boleh menyebabkan halusinasi dan khayal

(b) ubat - bahan kimia yang digunakan untuk mengubati penyakit ataupun tanda-tanda penyakit. Ubat mungkin digunakan untuk mengawal penyakit dengan cara mengubah fungsi dan keadaan normal badan (contoh: atenolol boleh menurunkan kadar denyutan jantung), dan juga mungkin digunakan dengan tujuan untuk menghapuskan punca penyakit (contoh: penisilin digunakan untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan).

selain daripada ubat yang kita sapu (for external use) atau yg disuntik, kebiasaannya ubat yang kita makan ni akan melalui proses macam ni:

- penyerapan, kalau makan melalui mulut ubat tu hancur kat perut, pastu diserap masuk kat perut @ usus, bergantung kpd sifat asid/alkali ubat tu.

- distribution/pengedaran, ubat tu diserap masuk ke dalam salur darah, kemudian ubat tu dibawa ke seluruh badan mengikut aliran darah. jadi semasa proses distribution ni, ubat akan sampai ke pelbagai organ - hati, limpa, jantung, otak dan sebagainya

- metabolisma, ubat tu dibawak ke organ kemudian diproses oleh organ (kebanyakan ubat diproses di hati).Masa kat sini ubat tu akan mengalami salah satu daripada perubahan ni: jadi inactive metabolite ataupun active metabolite. Inactive metabolite akan disingkirkan daripada badan, kalau active metabolite pulak akan bahan aktif yang berfungsi untuk mengubat penyakit.

- penyingkiran daripada badan. Ubat yang berada dalam aliran darah akan disingkirkan sama ada melalui hati ataupun buah pinggang.


(c) racun - bahan kimia yang mengakibatkan kesan toksik yang boleh menyebabkan ancaman terhadap nyawa, ataupun mengakibatkan kerosakan terhadap tubuh badan. Contohnya: racun rumpai (paraquat), dan juga gas sarin yng boleh melumpuhkan saraf.

Cuba fikirkan situasi di bawah

Paracetamol merupakan bahan kimia yang melegakan kesakitan dan menurunkan suhu badan, oleh itu John yang mengalami demam panas menelan 30 biji paracetamol. Akibatnya, beliau terpaksa dimasukkan ke hospital kerana paracetamol yang berlebihan menyebabkan kerosakan hati yang serius.

Ok, nampak tak? Paracetamol, melegakan kesakitan dan menurunkan suhu badan (ciri-ciri dadah - menyebabkan perubahan dalam fungsi badan), lalu digunakan sebagai ubat untuk meredakan tanda-tanda penyakit (demam panas) yang dialami oleh John. Tapi disebabkan memakan paracetamol melebihi dos yang ditetapkan (max dose bagi paracetamol: 4 gram/sehari bagi orang dewasa = 8 tablet), beliau mengalami kerosakan hati (kesan keracunan, paracetamol menjadi racun kepada beliau). Apa yang aku nak cakap, suatu bahan kimia boleh jadi dadah, ubat ataupun racun bergantung kepada situasi dan cara ia digunakan. Tapi ada jugak bahan kimia yang sekadar bertindak tak lebih sekadar racun dan juga dadah, contoh macam gas saraf, racun rumpai dan racun serangga, tetapi bagi kebanyakan bahan kimia yang digunakan untuk tujuan perubatan memiliki sifat-sifat dadah, ubat dan racun.

Baiklah, bila korang rasa badan tak sedap (contoh: suhu badan tinggi, cirit-birit ataupun ruam), ataupun bila korang mengalami keadaan yang memerlukan bantuan doktor (contoh: sesak nafas, pitam, sakit kepala, luka kemalangan dsbnya), setelah doktor melakukan pemeriksaan ke atas badan korang, maka selalunya lepas tu akan dapat ubat lah kan, selalunya dijual kat klinik doktor tu ataupun doktor bagi korang kertas yang bertulis senarai ubat-ubat yang korang kena makan (kertas ni digelar sebagai preskripsi) pastu korang pun bawak preskripsi tu ke farmasi, kemudian ahli farmasi akan memberikan ubat-ubat yang korang kena makan, tanya korang sama ada korang pernah makan ke tak ubat tu seterusnya penjelasan berkenaan ubat tu akan diberi (proses bagi ubat, temu ramah pesakit dan penerangan lengkap tentang ubat-ubat tu digelar sebagai proses pendispensan/ dispensing). Sekarang, katakanlah korang dah berdepan dengan ahli farmasi di depan kaunter, dan dah ada ubat-ubat yang perlu dimakan depan korang. Maka, berikut merupakan perkara-perkara penting yang perlu diberitahu oleh ahli farmasi tu kepada korang sebelum korang ambik dan makan ubat tu. Kalau ahli farmasi tu tak bagitau, aku galakkan supaya korang tanya, ok. Perkara2 tersebut ialah:

1) Nama ubat
Setiap ubat yang dibekalkan akan mempunyai dua nama, satu nama ialah jenama yang diberikan oleh syarikat pengeluar ubat dan satu lagi nama generik (nama generik - nama ubat yang digunakan secara antarabangsa, maksudnya kalau kita bagitau nama generik ubat tu kepada mana2 doktor walaupun berlainan negara, dorang akan tau kegunaan dan jenis ubat tu). Contoh, Panadol (jenama), paracetamol (nama generik). Sila pastikan korang diberitahu nama ubat tu, both generic dan jenama, kemudian hafal nama yang paling mudah korang ingat. Perkara ni penting untuk rujukan pada masa depan kalau2 lepas korang makan, tiba-tiba korang alergik pada ubat tu, so kalau ingat nama ubat tu nanti lain kali boleh la doktor elakkan daripada bagi ubat tu.

2) Berapa kali, berapa lama dan berapa banyak kena makan ubat tu? 


Ada ubat yang kena makan sekali sehari, dua kali sehari, tiga kali sehari. Ubat yang diberikan jugak selalunya ada jangka masa tertentu, kalau antibiotik contohnya selama seminggu. Ada ubat yang kena makan sebijik, dua bijik ataupun tiga bijik, kalau ubat cair ada sukatan ikut mililiter pulak. Jadi pastikan dos dan sukatan ubat diberitahu kepada korang.

3) Kegunaan ubat tu.


Korang dah jumpa doktor, dan katakanlah korang terkena jangkitan kuman. Maka ubat yang diberikan kepada korang ialah Augmentin (jenama)/kombinasi Amoxicillin & Clavulanic Acid (nama generik). Maka pastikan korang diberitahu, yang ubat tu bernama Augmentin, dalam tablet tu terdiri daripada gabungan amoxicillin dan clavulanic acid, yang bertujuan untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.

4) Kesan ubat tu kepada badan korang. 


Sambung balik contoh kat atas, bila terkena jangkitan kuman, biasanya korang akan mengalami demam ataupun bengkak di bahagian tertentu pada badan. Jadi pastikan korang diberitahu apa yang akan jadi pas korang makan ubat tu - Augmentin akan membunuh kuman yang mengakibatkan jangkitan, jadi suhu badan korang ataupun bengkak kat kaki atau tangan atau mana2 jela kat badan korang akan surut dalam lingkungan 3 atau 4 hari. Di samping itu, augmentin jugak mempunyai kesan sampingan - kulit akan jadi kering dan merekah, kebiasaannya di kawasan yang membengkak atau bernanah. Jadi sekiranya kesan sampingan ni menyulitkan dan menyebabkan korang rasa tak selesa, korang mungkin perlu bagitau dan hubungi balik doktor@ahli farmasi untuk tindakan yang selanjutnya. Augmentin jugak kadang2 menyebabkan ruam-ruam (tanda alahan kepada ubat tu), jadi korang kena bagitau doktor @ ahli farmasi kalau hal ni berlaku - jadi mungkin korang kena makan ubat yang lain

5) Cara nak guna ubat tu


Ada ubat yang perlu dimakan, ada yang perlu disapu, ada yang perlu dititik, ada yang perlu disuntik - pastikan korang diberitahu secara lengkap tentang cara nak guna ubat tu. Kalau ubat tu kena makan, Selepas makan atau sebelum makan? Sesetengah ubat tak boleh diambil bersama makanan, sebab ubat tu mungkin melekat pada makanan dan akibatnya tak banyak ubat dapat diserap ke dalam makanan. Ada jugak ubat yang kena diambik bersama makanan, sebab ada sesetengah ubat boleh menyebabkan pengeluaran asid yang berlebihan dan seterusnya sakit perut.

6) Cara nak simpan ubat tu


Dalam peti sejuk? Kat tempat gelap? Kat dalam bekas kedap udara? Sesetengah ubat sensitif kepada suhu, udara dan cahaya, jadi memerlukan penyimpanan yang rapi. Tapi secara standard la, kalau ubat tablet atau capsule, asalkan kat tempat gelap dan sejuk (dalam almari ke), dah ok dah.

7) Amaran khas berkaitan ubat. 


Ada sesetengah ubat menyebabkan mengantuk, jadi kena makan masa nak tidur. Ada ubat yang mengakibatkan sakit perut, jadi kena ambik lepas makan.

8) Tarikh luput ubat. 


Pastikan korang diberitahu, sebab sesetengah ubat yang dibancuh sendiri oleh ahli farmasi di hospital (kebiasaannya dalam bentuk cecair) cuma boleh bertahan dalam tempoh 2 minggu je sebelum expired.

Baiklah tu perkara-perkara yang perlu diberitahu kepada korang masa ubat tu diberikan kepada korang. Sekarang, perkara2 lain yang secara umumnya korang kena ambil perhatian bila mengambil sesuatu jenis ubat.

1) Jangan gunakan ubat orang lain.


Contoh, kalau antibiotik korang habis, sakit tak sembuh lagi, tengok2 ada antibiotik member punya, korang sebat je antibiotik member tu, malas pergi klinik. Tak boleh buat camtu, sebab antibiotik tu mungkin berlainan jenis dengan yang korang makan, dan dos pun berbeza, kuman yang nak dibunuh pun berbeza. Dapatkan bekalan ubat baru di hospital atau klinik kalau ubat dah habis

2) Makan herba dan makanan tambahan bersekali dengan ubat.


Ada sesetengah jenis herba dan makanan tambahan boleh menyebabkan sesetengah ubat-ubat tak berkesan atau menjadi terlebih berkesan sampai mengakibatkan toksik. Jadi, beritahu doktor @ ahli farmasi kalau korang ada ambik herba @ supplement sekali dengan ubat tu

3) Kalau terlupa makan ubat..


contoh kena makan tiga kali sehari atau setiap 8 jam sekali. Makan pukul 12 tgh hari, 8 malam dan 4 pagi. Katakan korang terlupa makan pada pukul 12 tengah hari, tengok jam dah pukul 4. Jadi, takyah makan dah la ubat tu, dah lewat 4 jam, kalau lewat sejam atau dua jam baru teringat yang lupa makan ubat, boleh lagi makan ubat tu secepat mungkin.

Baiklah, tu lah sedikit sebanyak yang boleh aku kongsi, kalau nak lengkap lagi boleh ajukan pertanyaan kat aku, mana-mana doktor perubatan, ahli farmasi ataupun lawat website ni --> Know Your Medicine.

10 comments:

lala said... / September 14, 2011 at 3:19 PM  

Hi...sy nak tnya...boley x terangkan pasal ubat Perindopril Erbumine..terlupa nk tnya pharmacist ms dapat ubat ni..nk tanya apa effect dia n etc..ubat ni kna mkn sebelum mkn kan..berapa lama sblm mkn kna amik??cth:1/2 jam atau sejam..then sy ada kna amik ubat lain yg nk kna makan selepas makan mcm bisoprolol,frusmide & digoxin..boleh terus makan ker ubat2 tu..

Anonymous said... / September 14, 2011 at 11:16 PM  

Hi lala. Perindopril seeloknya diambil masa perut kosong, sebab ubat ni mudah melekat pada protein makanan. Kalau melekat pada makanan nanti tak semua ubat tu nanti diserap masuk melalui saluran makanan. Sekurang-kurangnya 1/2 jam lepas makan ubat tu jangan makan apa2 makanan dulu. Frusemide pulak kita galakkan supaya diambil lepas kita makan makanan untuk elakkan sakit perut sebab frusemide kadang2 boleh menyebabkan gastric upset kalau dimakan masa perut kosong. Bisoprolol dan digoxin takde masalah, nak ambil selepas makan boleh, sebelum makan pun takde masalah.


Perindopril tu ubat untuk kawal tekanan darah. Ubat ni mengawal tekanan darah dengan mengurangkan pengecutan salur darah dengan cara menghalang penghasilan enzim angiotensin II. Ubat ni bila dah start makan, doktor akan monitor tahap prestasi buah pinggang sebab untuk jangka masa yang lama ubat ni kalau dimakan boleh menjadikan buah pinggang tak dapat berfungsi dengan baik (jangka masa lama = > 10 tahun). Selain tu ubat ni boleh menyebabkan kesan sampingan yang ketara iaitu batuk pada peringkat awal ubat ni mula dimakan, dalam tempoh 1-2 minggu lepas makan ubat ni. Kalau batuk berpanjangan lebih 2 minggu lepas ubat ni dimakan, sila beritahu doktor pasal masalah ni supaya nanti mungkin doktor boleh tukar kepada ubat lain. Kesan sampingan lain yang mungkin terjadi ialah hyperkalemia (paras potassium tinggi dalam darah). Kalau rasa letih dan lemah badan berpanjangan lepas makan ubat ni, sampai 3-4 hari rasa tak daya nak buat kerja sila beritahu doktor jugak

lala said... / September 15, 2011 at 9:49 AM  

tq..maknanya sejam lebih kurang lps makan br ley ambil apa2 makanan lah ek??
nk tanya lagi..kalau ubat ni diambil dgn ubat2 lain, boleh ker?? cth: sy makan ubat ni skali dgn digoxin n bisoprolol..ley beri kesan2 yang mudarat x?? ada x apa2 pantang or makanan yg sy kna kurangkan or x boelh makan?

Anonymous said... / September 15, 2011 at 5:56 PM  

Kalau setakat ubat yang Lala tulis kat ruang komen ni saya tengok takde pun yang boleh interact antara satu sama lain, dari segi penyerapan la. So boleh je la nak makan sekali bisoprolol & digoxin tu serentak.

Bab pantang makan ni, saya kena tau dulu apa masalah kesihatan yang awak ada. Ubat-ubat yang awak senaraikan ni menunjukkan macam awak ni ada masalah jantung & darah tinggi. Kalau orang ada masalah jantung & darah tinggi, pantang makan tu biasa la, daging merah, lemak tepu macam butter, mentega, makanan bergaram & ada perisa tiruan.

Boleh senaraikan semua ubat yang awak makan, sekali dengan berapa miligram sekali makan, berapa kali makan sehari?

Lala said... / September 23, 2011 at 11:56 AM  

thanks for explanation...ubat2 yg sy ambil:-
Frusmide 40mg, Perindopril Erbumine 4mg, Digoxin 0.25mg, Bisoprolol 2.5 mg, warfarin 2mg
semua ambil sekali sehari & mkn 1/2 sahaja kecuali warfarin dos mmg 2mg..
kebanyakan info psl ubat yg sy dpt in english..agak ssh nk faham..i'm so lucky found this blog...thanks again..:)

Anonymous said... / December 22, 2012 at 4:33 PM  

THANKS TOK PENJELASAN..NAK TANYA BOLEH X MAKAN UBAT BERLAINAN JENIS SEKALI DALAM SATU MASA .

Unknown said... / January 9, 2016 at 12:25 AM  

Hi..nk tnye klau ubat pil kahak da nk dekat 4 ke 5 bulan..msih boleh mkn ke?? Sbb mcm takot nk mkn..

Unknown said... / February 1, 2017 at 9:05 PM  

Saya nak tanya apa kesan kalau makan 3 biji copastin 10mg dalam satu masa?

Unknown said... / September 27, 2018 at 5:53 AM  

Hi sy ada minum jus untuk buang kn lemak boleh tak sy cmpur minum dgn ubat tambah darah dn vitamin B complex

Unknown said... / December 16, 2019 at 10:41 PM  

Nak tanya banyak sangat makan ubat berbagai klinik dalam berapa bulan ni...badan saya jadi sakit² kejap perut kejap pinggang kejap belakang kejap dada kejap kepala...lutut sampai kaki rasa cucuk dan sejuk...tak tahan sejuk...apakah symphtom

Post a Comment

 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire