ANTIBIOTIK DAN ANDA



Antibiotik merupakan ubat yang digunakan untuk merawat simptom & tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Di kalangan profesional dalam bidang klinikal, antibiotik juga merupakan istilah yang digunakan khusus untuk merujuk kepada ubat yang digunakan bagi merawat jangkitan bakteria (contoh ubat: amoxicillin, ceftriaxone, gentamicin, vancomycin), manakala antifungal merujuk kepada ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat/fungus (contoh ubat: ketoconazole, fluconazole, itraconazole, anidulafungin, caspofungin). Antiviral pulak ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan virus seperti HIV, H1N1 (contoh ubat: oseltamivir, zanamivir. lamivudine, nevirapine). Dalam post kali ni, kita akan bercerita tentang antibiotik.

Pertama sekali, macam mana nak tahu sesuatu ubat tu merupakan antibiotik ataupun tak? Kebiasaannya doktor akan beritahu yang mereka akan beri anda antibiotik sebaik anda anda diperiksa oleh doktor, ataupun ahli farmasi akan beritahu jenis ubat apa yang anda terima masa ubat diberi kepada korang. Katakan semasa ubat diberi kepada anda, ahli farmasi tak bagi tau pun apa kegunaan ubat tu (perkara  nitak patut berlaku, seriously perkara ni memang memalukan kalau berlaku) tapi kalau mereka tak bagitau, pastikan anda tanya ahli farmasi tersebut, apa kegunaan ubat tu. Dan pastikan pada bekas/sampul/kotak ubat tu ditulis dengan perkataan "antibiotik". Tapi katakan la anda baru balik daripada kerja/universiti/sekolah, sampai2 kat rumah tengok ada ubat kepunyaan ayah/mak/atau sape2 je, dan anda tak tau ape jenis ubat tu. Macam mana nak tau ubat tu antibiotik ke tak? Berikut merupakan cara mudah nak kenalpasti jenis2 antibiotik.

Bagi antibiotik jenis Penicillin, nama kandungan aktif (active ingredient) bagi ubat tu akan berakhir dengan imbuhan -cillin. Contoh: Amoxycillin, Cloxacillin, Ampicillin

Bagi antibiotik jenis Macrolides, nama ubat tu selalunya berakhir dengan imbuhan -thromycin. Contoh: Azithromycin, Clarithromycin

Bagi antibiotik jenis Cephalosporin, nama ubat selalunya bermula dengan imbuhan -cef. Contoh: Cefuroxime, Ceftazidime, Cefotaxime

Bagi antibiotik jenis sulfonamide, kalau kat Malaysia, paling common jenis ni Co Trimoxazole a.k.a Sulfamethoxazole + Trimethoprim a.k.a Bactrim

Baiklah, bukan tugas anda nak ingat nama2 ubat ni, terutama kalau anda semua bukan ahli farmasi. Langkah terbaik untuk tau jenis ubat ni, ialah dengan cara menghubungi ahli farmasi di hospital/kedai farmasi terdekat kalau nak dapatkan kepastian yang lebih lanjut, okeh.

Sekarang dah tau la sikit camne nak kenal ubat ni, melalui nama dia. Lebih baik sekarang kita straight away kepada fakta2 pasal antibiotik ni.

1. Bekalan ubat antibiotik perlu dihabiskan. Kalau anda dapat 42 butir, maka habiskanlah 42 butir ubat tu. Kecuali kalau antibiotik tu diberikan dalam bentuk cecair dan ahli farmasi bagitau anda , makan selama seminggu je, lepas tu tak perlu habiskan. Antibiotik perlu dimakan selama waktu tertentu untuk mengelakkan kuman daripada kebal terhadap antibiotik ni

2. Sesentengah antibiotik boleh mengakibatkan alahan dan kesan sampingan yang serius, terutamanya jenis penicillin dan cephalosporin. Kalau anda tiba2 dapat ruam kat badan atau sesak nafas lepas makan antibiotik, atau suhu badan bertambah melebihi 38 darjah selsius sebaik je lepas makan antibiotik, sila segera berjumpa doktor dengan segera

3. Minum banyak air kalau anda makan antibiotik, selepas 2 jam anda makan antibiotik tu. Sesetengah antibiotik dikeluarkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing, jadi banyakkan minum air untuk bersihkan buah pinggang anda .

4. Beritahu ahli farmasi/doktor kalau anda sekiranya anda ada masalah buah pinggang, atau mengandung ataupun menyusukan anak dan dalam masa yang sama antibiotik diberikan kepada anda. Sesetengah antibiotik tak sesuai untuk golongan ibu mengandung/menyusukan anak, dan pengubahsuaian dos diperlukan kalau pesakit ada masalah buah pinggang.

5. Pastikan anda bagitau ahli farmasi/doktor dan dapatkan nasihat mereka kalau anda nak makan makjun, ubat-ubat herba ataupun tonik jika dalam masa yang sama korang kena makan antibiotik - untuk mengelakkan interaksi antara ubat-ubatan.

6. Sesetengah antibiotik perlu dimakan dengan perut kosong, ada yang boleh dimakan masa perut penuh dengan makanan. Pastikan ahli farmasi bagitau anda antibiotik tu kena makan masa bila, masa perut kosong ke atau boleh je ambik lepas makan nasik.

7. Ada sesetengah antibiotic tak boleh dimakan berserta produk tenusu/susu, e.g tetracycline. Pastikan anda diberitahu sama ada boleh ke tak anda minum susu sekali dengan antibiotik tu.

Ada apa2 yang tak faham, boleh tanya kat ruang komen. TQ

79 comments:

-zahrah- said... / October 20, 2010 at 3:13 AM  

salam,
boleh tumpang tanya..
anak sy kena demam, selsema & batuk.
dr bekalkn ampicillin, kena mkn 7hari. 3x sehari.
baru mkn 2 kali.

msalahnya anak sy ni akn muntah lepas mkn ubat sebab dia menangis setiap kali ubat diberi.
jika sy stop beri dia ampicillin tu boleh tak?agak2nya apakah side effect nya?

rasanya sy x boleh nak bertahan smpi 7hari nak bergelut dgn dia masa bg ubat dan lepas tu dia akan termuntah.
keep waiting for your reply. tq in advance.

Anonymous said... / October 22, 2010 at 4:23 PM  

Saya nak tanya.. boleh tak makan ubat antiobiotik yg berlainan dalam masa yg sama?

saya demam, dan kena habiskan ubat antibiotik. dan dalam masa yg sama, gusi saya sakit, dan kena juga habiskan ubat antiotik utk gigi..

takpe ke kalau sy mkn sekaligus? atau kena selang2? tq..

Anonymous said... / October 23, 2010 at 7:58 PM  

Kadang2, bagi tujuan rawatan doktor akan berikan lebih daripada satu jenis antibiotik atas2 pertimbangan2 seperti berikut:

- rawatan akan lebih berkesan sekiranya dua jenis antibiotik diberikan serentak. sebagai contoh untuk rawatan ulser perut, kebiasaannya melibatkan dua jenis antibiotik

- jangkitan melibatkan lebih daripada satu jenis kuman

dalam kes encik/cik, saya perlu tahu dulu jenis antibiotik yang diberikan oleh doktor tu, dan sama ada encik/cik ada mengalami bengkak gusi. buat masa ni saya cadangkan encik/cik makan kedua-dua antibiotik seperti yang diarahkan doktor.

norazimah said... / January 21, 2011 at 6:14 PM  

salam
saya ingin bertanya tentang antibiotik clarithromycin. 3 hari yg lepas saya ke klinik kerana batuk yg lame. doktor saya antiiotik tersebut. selepas makan uubat tu, lidah saya menjadi pahit dan banyak air liur .sejak malam tadi asyik kena meludah.adakah itu kesan sampingan atau alahan?

Anonymous said... / January 26, 2011 at 9:23 PM  

hi ..tiap kali makan antibiotik ..badan saya keluar ruam ..gatal dan panas ...ada kah bererti badan kita menerima antibiotik yg kita makan dan melawan sakit ..makanya ruam semua keluar ..

Anonymous said... / March 3, 2012 at 5:56 PM  

salam
saya mempunyai herpes genital.setelah 3 hari menanggung alahan yang teruk di bahagian vagina,saya memutuskan untuk berjumpa dengan pakar di HKL.saya telah di beri ubat antibiotik cloxacilin,antivirus dan tahan sakit.
persoalannya di sini,
1)boleh ke saya mengambil yogurt sebagai bakteria baik kerana apa yang saya faham antibiotik akan membunuh smua bakteria baik atau jahat?
2)betul ke habatussauda bole membantu bagi pesakit seperti saya ini?
3)adakah pesakit seperti saya tidak boleh mengalami kemurungan,bersedih untuk mengelakkan virus itu aktif semula?

Anonymous said... / March 11, 2012 at 1:15 AM  

Anon 3/3/2012

(1) Boleh, sebab antibiotik yang diberikan oleh doktor kepada anda tu (cloxacillin) gunanya untuk mencegah jangkitan sekunder daripada bakteria kulit. Jangkitan herpes tersebut menyebabkan kulit anda melecet, seterusnya menyebabkan bakteria kulit menjangkiti kulit tu

(2) Habbatus sauda merupakan makanan tambahan,tak ada masalah untuk anda makan tapi pastikan anda makan sampai habis semua antibiotik dan antivirus yang doktor bagi

(3) Betul, elakkan kemurungan, perasaan stress dan jaga kebersihan diri untuk elakkan virus tersebut aktif semula. Virus tersebut boleh aktif semula sekiranya badan anda berada dalam keadaan menerima tekanan/stress atau semasa sistem pertahanan badan lemah

Anonymous said... / March 11, 2012 at 1:19 AM  

Norazimah & Anon 26 Jan 2012: Perkara yang anda alami tu merupakan kesan sampingan ubat. Sekiranya saudari/saudara berasa tak selesa atau tak tahan dengan kesan sampingan tersebut sila kembali berjumpa doktor supaya doktor boleh pertimbangkan sama ada untuk tukar jenis antibiotik tersebut kepada jenis yang lain

Suliana said... / March 20, 2012 at 11:54 AM  

As salam.

Berkaitan antibiotik juga. saya baru balik dari hospital cek up anak saya. atas & bawah mulut dia ada tanda macam lebam. dah lama juga la ada tanda lebam tu since dia setahun lebih. doktor kata may be pemberian ubat antibiotik yg tak sesuai mybbkan lebam di mulut. sy xigt nama antibitiok sbb spjg dia setahun ke atas, mmg bayak kali demam dan berjenis2 antibitik yg dia ambil. now doc kasi vaselin dan ubat krim jenis hydrocortisone. tapi farmacist plak cakap ubat gatal. mltnya tak de la gatal.. tak pela, bln 7 nnti ada folo up balik. minta pandangan. tq

Anonymous said... / April 3, 2012 at 4:50 PM  

Salam,

Saya telah diberikan ubat T.Bactrim dah disuruh abiskan. Tapi setiap kali makan saya dpt rasakan kesan kebas2 di tangan dan kaki. Dari kaki ia dah mula rasa dibahagian betis pula menyukarkan unuk tidur malam kerana tidak selesa. Perlukah saya berhenti makan,atau saya perlu jumpa doktor untuk dapatkan rawatan kerana kebas2 ini? terima kasih

MeiWaZZ said... / April 18, 2012 at 10:19 AM  

minta izin nk share info ni kat orang lain. tq

Anonymous said... / May 11, 2012 at 1:25 AM  

Salam semua. Mintak maaf sebab ambil masa lama untuk respon.

Puan Suliana,

Pertama sekali, saya tak dapat nak beri komen tentang berkenaan lebam kat mulut anak puan. Antibiotik yang tak sesuai mungkin jadi punca macam yang doktor tu cakap tapi berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya tak pernah berdepan dengan kes macam ni. Saya sarankan Puan ikut nasihat doktor dan teruskan guna ubat yang doktor dah arahkan untuk guna tu. Saya tak pasti doktor yang Puan jumpa sebelum ni doktor perubatan atau pun pakar perubatan kanak2. kalau masa follow up nanti Puan rasa doktor tu tak dapat beri penjelasan yang memuaskan hati Puan, saya sarankan Puan minta doktor tu rujuk masalah anak puan kepada Pakar Perubatan Kanak-Kanak (Paediatrik). Hydrocortisone selalunya diberi untuk masalah gatal kulit atau masalah bengkak, vaseline pulak untuk masalah kulit kering dan mempercepatkan pemulihan kulit rosak. Saya tak boleh nak komen sebab saya tak tau diagnosis anak Puan, buat masa ni saya cuma boleh beritahu supaya Puan ikut dulu arahan doktor.

Anonymous 3 April

Saya sarankan tuan/puan berjumpa semula dengan doktor dan beritahu masalah tuan/puan. Apa yang tuan/puan alami sekarang ialah kesan ubat yang tak diingini (adverse reaction), dan sekiranya tuan/puan berjumpa doktor maklumkan tentang kesan Bactrim kepada tuan/puan yang tuan/puan telah alami.

Meiwazz

Dipersilakan. Terima kasih banyak.

Anonymous said... / August 2, 2012 at 12:46 PM  

Salam...
saya nk minta pandangan tentang anak sy yg berusia 1thn 1bln.baru2 ni baby sy demam yg suhunya sgt tinggi,doc bg ubat n antibiotik jenis amoxycilin.lepas kebah demam dia naik ruam kecik warna merah n murung je serta cirit birit.sblm ni perkara yg sama pernah berlaku n sy ingatkan anak sy kena campak atau ruam selepas demam,tp masa tu sy tidak check nama antibiotik.selepas demam baru2 n naik pulak ruam tu sy pergi jmpa doc utk kali kedua, tp doc ckp ruam selepas demam.betul ke?sy tak tahu anak sy mmg betul2 kena ruam selepas demam atau allergic dgn antibiotik jenis penicilin.tolong..confius.

ibu muda

Anonymous said... / August 2, 2012 at 1:45 PM  

Wsalam Ibu Muda,

Kalau berdasarkan apa yg puan beritahu di atas, ada kemungkinan anak puan allergic terhadap antibiotik jenis amoxycillin tu, dan ada kemungkinan jugak macam yang doktor cakap tu sebab ruam lepas demam. Disebabkan sebelum ni saya tak tahu jenis antibiotik apa yang anak puan makan, saya cuma boleh kata ada kemungkinan (bukan pasti) amoxycillin tu menyebabkan ruam, sebab memang ruam ni antara tanda-tanda reaksi allergic terhadap antibiotik jenis penicillin.

Kebiasaannya bila seseorang allergic terhadap salah satu jenis antibiotik dalam kumpulan penicillin, dia akan allergic terhadap antibiotik lain yg berada dalam kumpulan yg sama (e.g. amoxycillin, penicillin V, cloxacillin).

saya nasihatkan puan rekodkan ubat-ubatan jenis apa yg pernah doktor berikan pada anak puan, dan sekiranya berjumpa dengan doktor pada masa akan datang sila beritahu doktor tentang masalah ruam yg timbul pada badan anak puan setiap kali anak puan minum antibiotik.

babymin said... / August 8, 2012 at 11:53 AM  

Salam.....saya mengalami sakit tekak yang teruk dan menpunyai kahak...kahak datangnya dari tekak...dan batuk yang tidak berapa terik..kahak berwarna hijau dan pekat...doc memberi saya antibiotik amoxycillin sahaja.... Tapi macam tak berkesan.saje...

Anonymous said... / August 8, 2012 at 2:28 PM  

Wsalam babymin,

Kalau saudara/i ada masalah untuk mengeluarkan kahak dari tekak, saya cadangkan saudara/i beli ubat batuk yang mencairkan kahak (eg Breacol, Mucosolvan atau bromhexine) di farmasi.

Bekalan antibiotik yang diberi doktor tu perlu dihabiskan. Kalau selepas habis makan kesemua bekalan antibiotik tu tapi batuk masih tak berhenti/kahak masih ada, sila jumpa semula doktor.

mr_bread said... / October 23, 2012 at 5:08 AM  

akhirnya jumpa juga artikel from local :)

1st of all saya b.arch student uitm shah alam, petang smlm saya buat kputusan pergi PK utk kali kedua selepas seminggu batuk & kahak still tak kurang.dan kata doc kata puncanya sbb sy tak berehat sckupnya(tak cukup tidur malam,kerja dalam aircond dsb) and recommend me an antibiotic(b4 this doc bg jujubes & vit c je,no antibiotik or benadryl).

nak tny,boleh ke kalau nak decide tak nak ambil antibiotik yang diberi(in my case belum start telan lagi sebab bajet nak start 12am tp terlajak 3am). I got amoxycilllin plus papase,eumenthol,brominhexine n benadryl syrup.

Sebab lepas bangun tidur rasa macam kahak & sakit tekak dah berkurang,so boleh tak nak elakkan dr ambil antibiotik? terima kasih.

mr_bread said... / October 23, 2012 at 5:08 AM  
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... / October 24, 2012 at 1:49 AM  

pk s.alam memang kedekut,kalau 1st time datang jujubes tu la yg dorang bagi. kena datang 2-3 kali baru nak start antibiotik. lol.

sebenarnya ideal way utk makan amoxy tu mmg la setiap 8 jam. tapi kalau terlajak masa 2-3 jam tu takde masalah pun. as long awak perabiskan antibiotik tu. cuma jangan la terlajak sampai 8-9 jam, sebab nanti ganggu effectivenessubat tu.

kalau rasa macam nak elok dah sakit tu, ikut awak la nak makan ke tak. tapi kalau dah start makan, kena habiskan la. samada awak tak makan langsung ataupun makan sampai habis. tu je.

benadryl syrup tu kalau batuk tak teruk sangat cuba la elakkan minum masa siang. memang mengantuk la kalau minum. telan bromhexine tu je cukup dah tapi bromhexine tu cuma clearkan kahak jela. benadryl tu clearkan kahak + kurangkan bengkak & sakit tekak sekali.

Anonymous said... / January 17, 2013 at 10:03 AM  

Salam, sy nak tny...wat masa ni sy kena mkn antibiotik cefdinir300mg n metronidazole 400mg...boleh ke sy mengandung jika masi mkn ubat ni?tq...

Anonymous said... / January 31, 2013 at 10:36 PM  

Salam, saya nak tnya, saya ada mengambil ubat penicillin v. saya telah mengambil ubat itu sejak dari darjah enam sehingga sekarang berumur 22 tahun. pada mulanya, doktor menyarankan untuk saya makan ubat tersebut sehingga berumur 21 tahun sahaja. kemudian doktor telah menyuruh saya makan ubat tersebut sehingga 40 tahun. adakah mempunyai apa-apa kesan sampingan pada saya mungkin pada buah pinggang atau mana2 pada saya untuk jangka masa panjang? dan adakah ia memberi kesan pada saya ketika saya hendak mengandung atau melahirkan anak? terima kasih.

Anonymous said... / February 28, 2013 at 8:45 AM  

Salam, semasa bayi saya lahir saya dapati banyak bintik2 kemerahan diseluruh badan dan muka bayi saya. semasa umur 2minggu bayi saya terkena ruam susu di pipi sahaja dan kulit d seluruh badan, kaki dan tangan kasar, semasa umur 2 bln 2 wks 1st time saya meletakkan baby oil diseluruh badan bayi saya pada waktu malam, semasa bangun pagi saya dapati kulit anak saya berair kekuningan dan kemerahan bengkak. Saya telah membawa anak ke klinik untuk dapatkan rawatan doktor dan doktor beri Aquoes krim, Calamine lotion untuk apply di seluruh badan bayi dan suruh apply olive oil (dibeli dr kedai shj)di muka bayi saya. Selepas 2 bln keadaan bayi saya masih tidak berubah malahan semakin teruk. Saya telah membawa anak saya berjumpa doktor pakar kulit selepas 2 bulan tidak sembuh. (umur bayi 4 bulan lebih) Doktor pakar tersebut mendapati bayi saya super alergi dan ada skin infection. Doktor pakar kulit telah memberi antibiotik Erythomycin 2.5ml/5 days, Eumovate cream, Hamilton therapy wash & QV cream kepada bayi saya. Selang beberapa jam selepas makan antibiotik 2.5ml, sapu eumovate dan qv cream di muka dan seluruh badan bayi saya kulit bayi saya beransur pulih clear dan licin daripada kesan luka berair di muka, bawah siku, betis. Tetapi pada hari ke-3 kulit bayi saya timbul kemerahan-merahan dan menebal di bahagian dahi kiri-kanan, kulit bwh siku dan kulit betis. Erythomycin tersebut saya bagi bayi saya makan selama 6 hari (atas nasihat doktor)dicampur dalam susu formula soya. Tetapi, ada 2-3 kali susu+antibiotik tersebut yang telah habis diminum oleh bayi saya, terbuang kesemuanya semasa bayi saya sendawa. Bayi saya masih lagi breastfeed. Salahsatu punya yang saya sedari adalah saya telah makan ayam goreng salut tepung & telur. Selepas 4 minggu dari itu, kulit bayi saya tidak sembuh drpd alergi. Bayi saya masih makan Probiotik Lacto-GG sehingga hari ini. Bolehkah bayi saya diberi ubat sapu yang mengandungi antibiotik cth: gentamycin dan dicampur dengan hydrocortisone 1% di bahagian kulit merah & tebal? ataupun sekali lagi diberi antibiotik erthomycin? Terima kasih.

Anonymous said... / April 29, 2013 at 5:05 PM  

Salam, saya batuk 2 minggu doktor bagi antibiotik clarithromysin utk radang dekat rusuk kanan akibat drpd batuk tsbt. Sekarang sya rasa kaki lemah macam tak makan sedangkan saya makan. Apakah itu kesan antibiotik atau penyakit lain?. Terima kasih

ayu said... / May 30, 2013 at 1:51 PM  

Saya menyusukan anak...anak bru 2 bln..bole ke saya makan ubat antibiotik jenis cloxacillin 250mg...

ayu said... / May 30, 2013 at 1:55 PM  

Saya menyusukan anak...anak bru 2 bln..bole ke saya makan ubat antibiotik jenis cloxacillin 250mg...

Anonymous said... / August 18, 2013 at 10:38 AM  

Bolehkah antibiotik azithromycin dan penicillin v di ambil serentak? Ubat ini di preskrib oleh doktor berlainan untuk bayi saya yg beusia 6 bulan akibat batuk dan selsema.

Izza May said... / August 20, 2013 at 9:39 AM  

soalan saya.

anak saya alahan pd morphine & penicillin
apakah kumpulan antibiotic yg sesuai utk dia ambil?

anak saya mengalami batuk yg teruk sejak sebulan yg lalu. telah mendapat rawatan di hospital atas masalah broncho pneumonia tetapi hingga kini masalah masih berterusan.

telah dirujuk kepada doctor dan standby utk masuk wad lg..

saya nak tahu tahap kekuatan antibiotic mengikut kelasnya

terima kasih di atas perkongsian maklumat yg bernilai ini.

LIENA said... / October 14, 2013 at 1:32 PM  

TUJUAN ANTIBIOTIK YANG BETUL

Unknown said... / November 7, 2013 at 10:26 AM  

Slm, nak ty sikit..bayi sy beumur 4bln 1/2..berat 9 kilo..dia dah selesema batuk dlm 3 hr nnie.smlm bw ke klinik,doctor bg antibiotik "eryson" namanya..sy cuma nakkan kepastian..blhkah bayi bwh 5bln di beri mkn antibiotik..terlupa nak ty doctor,sbb pg nie sj google..terjumpa 1 statement mengatakan antibiotik tidaks sesuai bg bayi n kanak2 dibawh umur 2 thun..mohon penjelasan..

Adam said... / November 18, 2013 at 7:11 PM  

Assalam. Saya disahkan oleh doktor medapat jangkitan kuman bawah kulit yang dinamakan erythema nodosum... Dan saya diberi ubat diklinik swasta iaitu antibiotik amoxicillin dan ubat dexamethasone. Saya habiskan antibiotik dlm 5 hari dan ubat tu dlm masa seminggu lebih. Sakit2 dan bengkak2 sembuh dan bertahan selama seminggu selepas habis ubat dan bengkak2 dannlebam kembali oleh kerana klinik swasta berkenaan kehabisan stok ubat saya ke klinik kerajaan dan diberi antibiotik Cloxacillin dan ubat tahan sakit.

Masalahnya sakit saya hanya kurang sedikit dan tanda2 kesakitan nak hilang keseluruhan macam tiada selepas 3 hari makan ubat2 yg diberi mengikut jadual. Dan kemudia saya mendapat stok ubat dr klinik swasta sblm ini.

Adakah boleh saya berhenti ubat2 dan antibiotik dr klinik kerjaan yg berbaki 4 hari lagi dan makan ubat dari klinik swasta yang sblm ini menyembuhkan erythema nodosum berkenaan dengan Izin Allah.

srina said... / December 1, 2013 at 7:40 PM  

Soalan sy agak ringkas. Dan harap sudi menjawabnya supaya dpt menghilangkan kerisauan saya.
Saya baru makan ubat antibiotik demam sekali, then Alhamdulillah demam sy beransur baik.
Next day terus balik kmpung dan lupa bw ubat trsebut. Bolehke sy skip mkn ubat tersebut selama seminggu sbb sy mmg terlupa nk bw skali dan smbung mkn selepas pulang dr kampung? Ada 7 tablet lagi.

srina said... / December 1, 2013 at 7:40 PM  

Soalan sy agak ringkas. Dan harap sudi menjawabnya supaya dpt menghilangkan kerisauan saya.
Saya baru makan ubat antibiotik demam sekali, then Alhamdulillah demam sy beransur baik.
Next day terus balik kmpung dan lupa bw ubat trsebut. Bolehke sy skip mkn ubat tersebut selama seminggu sbb sy mmg terlupa nk bw skali dan smbung mkn selepas pulang dr kampung? Ada 7 tablet lagi.

Anonymous said... / December 14, 2013 at 2:44 PM  

Salam.saya nak tnya saya telah mngalami ketumbit pada bahagian mata dan doktor telah memberi ubat antibiotik cephalexin dan papase.masalah saya, saya menyusu badan dan boleh kah saya mngambil ubat tersebut.

Anonymous said... / January 8, 2014 at 11:47 PM  

sayA PENGHIDAP HEPATITIS B ,,SAYA SANGAT takut dengan situasi ini apa ubat yabg perlu saya ambil

Anonymous said... / January 25, 2014 at 1:05 PM  

selepas bersalin saya mengalami gatal-gatal seluruh badan... bermacam-macam ubat gatal sya dah cuba, tapi kesannya hanya sementara je... boleh ke saya ambil ubat antibiotik? untuk makluman saya sedang menyusu badan...

Anonymous said... / February 9, 2014 at 11:33 PM  

Saya baru keguguran dan kndungan baru 5minggu...saya diberi cefuroxime 250mg..apa fungsi pil yg saya mkn.

Anonymous said... / February 14, 2014 at 12:23 PM  

Salam, saya nak bertanya. saya ada mengambil cephalexin dan fluconazale. Keputihan saya menjadi berwarna orange, adakah disebabkan pengambilan ubat ubat tersebut? dan boleh terangkan tak ?

Unknown said... / February 28, 2014 at 10:26 AM  

Saya ingin bertanye..saye mengalami pengeluaran cecair putih di bahagian kemaluan.antibiotik ape yg perlu diambil

Anonymous said... / March 13, 2014 at 6:25 PM  

Assalamualaikum..saya nak tnya antibiotik per yg plg berkesan utk bisul yg sudah bengkak tp tak ada mata bisul

Unknown said... / May 1, 2014 at 5:37 PM  

salam saya ada minum ubat Antibiotik jenis penicilin ..saya minum ubat tu dari umur saya 17 sehingga umur 25 (dijangka) atau sampai tua .. tapi saya takut kalau ada kesan sampingan terhadap organ saya . Mohon penjelasan

Anonymous said... / June 23, 2014 at 10:29 AM  

salam.. Sy telah menerima rawatan disebuah klinik keranapenyakit kulit.. doktor telah memberikan sy beberapa jenis ubat seperti tahan gatal, antibiotik(clarithromycin 500g) dan anti fungal 500 g. Masaalah nya sy makan sebelum tidur tetapi sebaik bagun pagi atau terjaga kepala sy terasa sakit dan berdenyut2..

Anonymous said... / July 18, 2014 at 3:59 PM  

salam... saya mengandung 28 minggu ada 1 bisul besar di belakang badan saya dan selepas pergi klinik saya diberikan ubat cloxac 250mg 2biji X 4 kali.. ada ubat ini selamat dimakan semasa mengandung..

Unknown said... / July 19, 2014 at 10:49 PM  

Salam..bolehkah ubat antibiotik Ciprofloxacin dan Bacampicillin diambil pada waktu yg sama..TQ

Anonymous said... / August 13, 2014 at 11:25 AM  

enoxin 500 - ciprofloxacin 500mg...patut kna makan sebelum ke @ selepas makan

Anonymous said... / September 19, 2014 at 8:09 PM  

Help..bolehkah kalauu seseorang ITU ambik ubat cloxacillin sblm brjmpa doktor until merawat sakit UTI?

Unknown said... / March 11, 2015 at 8:27 PM  

Slmat mlm..nak tnye..saya pesakit asma.prnah diberi doktor mkn ubt prednisolone (6 biji sekali mkn), antibiotik penicilin v.kesannya jantung saya berdegup laju wlaupun saya sedang rehat.prnah wat ct scan & ade kembang sikit kat jantung.baru2 ni plak dh xray, ade kuman kat paru2 n doktor bg antibiotik amoxicilin & cluvanic acid n ubt bromhexine HCI.saya x brani mkn ubat tu sbb takut jantung saya berdegup laju lg.utk pgetahuan, smpai sekarang saya masih ade rase jantung berdegup laju, saya cepat mengah,nafas pendek2 je,mudah berdebar,lemah,letih,lesu.berat bdn susut skit sbb xleh mkn kenyang sgt.saya juga kena pakai turbohaler kalau asma menyerang.saya nak tau apekah ubat2 yg saya sebut td mmg ade kesannya pada sesetengah org?sampai skrg saya masih rase x sihat n x selesa.mohon dibantu selesaikan permasalahan saya.terima kasih.

Anonymous said... / May 20, 2015 at 9:17 AM  

assalam.. sy nk bertanya berkenaan kesan antibiotik terhadap kitaran haid. awal bulan ni sy ade dimasukkan ke hospital kerana masalah food poisoning, doktor ade memberi suntikan antibiotik selama berada di ward. dan sepatutnya haid sy teratur. tetapi bulan ni dah terlambat 2 hari. adakah ia disebabkan kesan antibiotik tersebut? harap dapat membantui menjawab persoalan sy ni. terima kasih.

young_chmst_UM said... / September 8, 2015 at 6:49 PM  

Assalamualaikum, nak Tanya .. Ada kemungkinan ke allergic boleh jadi sekiranya termakan makanan tenusu sewaktu pengambilan ubat doxymyxcin...? Sedangkan sebelum ni tiada allergic.. Boleh terangkan sedikit tentang perkara sedemikian ?

Unknown said... / October 18, 2015 at 11:23 AM  

dtg haid blh mkn x

BG333 ONLINE CASINO said... / December 17, 2015 at 1:42 PM  

kepada kalian semua saya syorkan anda makan codein (30mg) + actifed (2.5mg) + promethazine (2.5mg). 2 biji setiap satu. anda akan rasa ketenagan yang steady.. try laa mangkok!!!

Unknown said... / January 1, 2016 at 8:18 AM  

Nak tanya antibiotik erythromycin tahan berapa lama ye. Sebab doktor suruh habiskan. Tapi ada satu2 masa terlupa nk.ambil dose dia. Doktor kata makan habiskan cuma nakmkepastian tahan berapa lama sebab anak saya yang makn.

Unknown said... / January 1, 2016 at 8:18 AM  

Nak tanya antibiotik erythromycin tahan berapa lama ye. Sebab doktor suruh habiskan. Tapi ada satu2 masa terlupa nk.ambil dose dia. Doktor kata makan habiskan cuma nakmkepastian tahan berapa lama sebab anak saya yang makn.

Apollo lapis said... / February 12, 2016 at 12:42 PM  

Sblm ni sy pernah allergic ubat, gatal2 satu badan. Jumpa dktor, die ade bg antibiotic tp belum habis mkn sy pegi jumpa dktor lain. Ada effect pape tak? Terima kasih.

umairumie said... / August 24, 2016 at 5:22 PM  

Asslm...sya bru keguguran....kndungan da masuk 7minggu tp da gugur...pegi klinik swasta doc bg ubt antibiotik ciprofloxacin...apa kegunaan ubt tu.

Unknown said... / November 16, 2016 at 12:19 PM  

Assalamualaikum nak Tanya ,boleh tak anak saya sambung antibiotics cloxacillin(pil) yg dua minggu lepas,kerana dah infection nanah di kaki yg tercucuk paku tu ,dia Tanya abiskan 10 pil sahaja,aelepas 2 minggu dia demam semula Dan kaki ada infection

Unknown said... / November 16, 2016 at 12:22 PM  

Assalamualaikum nak Tanya ,boleh tak anak saya sambung antibiotics cloxacillin(pil) yg dua minggu lepas,kerana dah infection nanah di kaki yg tercucuk paku tu ,dia Tanya abiskan 10 pil sahaja,aelepas 2 minggu dia demam semula Dan kaki ada infection

Unknown said... / January 10, 2017 at 12:39 AM  

Salam anak saya alergik terhadap makanan terutama sekali jagung dan ais batu. Pengambilan antibiotik dan ubat batuk selalu diambil. Apabila batuk sembuh perlukah antibioik dihabiskan

Unknown said... / January 10, 2017 at 12:39 AM  

Salam anak saya alergik terhadap makanan terutama sekali jagung dan ais batu. Pengambilan antibiotik dan ubat batuk selalu diambil. Apabila batuk sembuh perlukah antibioik dihabiskan

Unknown said... / August 16, 2017 at 7:08 PM  

Salam sy mengalami gatal2 merah di blkng badan dn sgt banyak. Sy diveri ubat Fusidic asid - B dan antibiotics xidox capsules 100MG Doxycycline Hydrochloride. Bila saya mkn slps mkn seperti arahan. Sy akan muntah2. Apa yg perlu sy buat?

Health Yatra said... / February 6, 2018 at 6:56 PM  

Thank you, that was just an awesome post!!!

Dr. Razi MBBcH said... / June 12, 2018 at 6:16 AM  

Ya perlu dihabiskn..

Jika puan ke klinik kerajaan,
Doktor akan prescribe ubat antibiotik jenis (first line)..
Jika ubat antibiotik 1st line habis dimakan & penyakit masih ada, doktor akan beri antibiotik broaded spectrum (yg lebih kuat) utk melawan bakteria yg ektreem..

Tp kalau puan pergi ke klinik swasta, doktor akan beri terus antibiotik jenis nroaded spectrum.. Akibatnya penyakit puan akan cpt sembuh kerana diberi ubat yg kuat..

Akan tetapi, ada sebab kenapa kami memberi ubat antibiotik jenis 1st line dahulu..
-jimat kos krn ada kebanyakan bakteria akan mati dgn 1st line antibiotik..
-sebagai salah satu standard of procedure kami
-utk mengetahui ketahanan bakteria tersebut..

Selain itu.. Doktor akan menasihati pesakit utk menghabiskn ubat antibiotik walupun sudah sihat..
Ini kerana ubat yg dibekalkn adalah utk memastikan bakteria mati sepenuhnya..
Jika bru mkn 2 hari dan sudah baik, adakah puan yakin bakteria tersebut mati? Ataupun bakteria tersebut hanya lemah sahaja?
Dan ini mungkin berlaku bila bakteria itu x mati, mereka akan "mutate" sistem pertahanan bakteria itu bagi.. Dan jika itu berlaku, antibiotik jenis 1st line tidak akan berkesan walaupun dimakan sebotol.. Hehehe..
So.. Kami akan prescribe ubat antibiotik yg lebih kuat kerana bakteria tersebut sudah immune dgn antibiotik jenis 1st line..

Unknown said... / September 25, 2018 at 1:15 PM  

Kebiasaannya saya tidak mengalami tangan berpeluh tetapi selepas saya deman, batuk dan selsema disebabkan tonsil bengkak,doktor ade beri antibiotik dan selepas itu tangan saya kerap berpeluh. Adakah masalah yg saya alami ini merupakan kesan sampingan antibiotik itu? Minta pencerahan.

Unknown said... / October 10, 2018 at 11:55 PM  

boleh ke sy mnyusukan anak skiranya sy mkan antibiotik clocxacilin 25omg 4x shari??..adkh dos y sy ambil tu normal?

Unknown said... / December 3, 2018 at 11:23 PM  

Aslm doctor..sya telah dijangkiti ganore dan doctor bagi suntikan dan mkn ubat doxycycline.Persoalannya dlm masa yg sama sy jgk mkn pil regividon.blhkah saya mkn pil itu slama mkn doxycycline...atau stop dahulu.

Unknown said... / December 13, 2018 at 6:29 AM  

Nak tanya kalo dah terlbat makan antibiotik 2 jam boleh sambung mkn lagi?

Adams said... / December 19, 2018 at 1:21 PM  

Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

Unknown said... / January 29, 2019 at 12:18 AM  

apa beza antibiotic cephalexin dan erythromycines.

Unknown said... / March 4, 2019 at 12:08 PM  

Hai... saya nak tanya.. ada tak antibiotik untuk ulser mulut??

Eme said... / July 16, 2019 at 3:32 AM  

Thank you Doktor. Penjelasan yang saya nantikan.

Unknown said... / November 1, 2019 at 5:28 PM  

Hai nk tanya kalau saya kena makan ubt antibiotik sepatutnya pkul 10 pg tp sy tlpa nk mkn n lpas tu sy mkn pkol 3ptg..dos utk mkn ubt esokny pkol spttnya pkol brpa plk ye..kna stat blik koi 10 ke xpon pkol 3 jgk?

warkah cinta said... / November 18, 2019 at 7:12 AM  

2 biji 2 kali sehari, maksudnya 2 biji sekali telan atau satu biji sekali telan?

Unknown said... / February 17, 2020 at 6:31 AM  

Hi, saya terlebih bagi dos antibiotik synamox for oral suspension kpd anak saya. Sbb 1st time kena bgi dgn dos 10.8 ml.patut sekali ambil 10.8ml. Sya keliru dgn memberi anak saya 10ml+8ml. Ini dos pertama. Anak sya perlu mgmbil selama 7hari lagi dgn 10.8ml 3 kali sehari dlm jarak 8 jam. Perlu ke sya skip pgmbilan utk 8 jam sterusnya. Slps 24 jam baru ambil semula dgn dos yg btl. Da perlu ke saya berjumpa dktr n inform tentang saya telah tersalah dos..

Unknown said... / May 18, 2020 at 3:18 PM  

Selamat ke ciprofloxacin bagi orang yang ada penyakit buah pinggang tahap 4

Unknown said... / May 27, 2020 at 1:40 PM  

Salam
Saya seorang pesakit TB. Saya dibekal kan dengan antibiotik. Nama dia Sulphamethoxazole 400g + Trimethoprim 80 mg Tab. Then saya demam sikit, jadi saya ke klinik swasta utk pemeriksaan. Klinik tu bg saya 1 jenis lagi antibiotik (amoxicillin as triyhdrade) 500 gram
Clavulanic acid 125mg.. Ok ke klu consume 2 antibiotic ni sekali?

Unknown said... / July 29, 2020 at 11:35 PM  

Saya nk tanye selepas minum ubat antibiotik zinnat blh minum susu tak

Unknown said... / September 5, 2020 at 3:19 PM  

A arr..sma sis..knpa ya. Rasa nk buang air liuur mmnjg..☹️

aqil mom said... / March 8, 2021 at 10:04 PM  
This comment has been removed by the author.
aqil mom said... / March 8, 2021 at 10:05 PM  

salam

sy nak tanya. Anak sy ambil vaksin pneumococcal selepas disyorkan doktor kerana anak kerap demam tonsil(setiap bulan demam). selepas beberapa jam di vaksin, anak sy demam. kini dah 4 hari demam.


Bila pergi semula klinik (dlm tempoh 4 hari demam) tonsil merah.


Doktor no.1 (yang cucuk vaksin pd anak sy) kata tak boleh makan antibiotics selepas cucuk vaksin pneumococcal jika demam. Kerana antibiotics akan beri kesan kepada effectiveness vaksin tersebut.

Doktor no.2 kata boleh ambil antibiotics untuk rawat tonsil walaupun dah cucuk vaksin 4 hari lalu.

Kedua2 doktor ini adalah doktor dlm organisasi yg sama. Tak sama pendapat.

Persoalannya sekarang.. boleh makan antibiotics ke tidak?

Mak yg keliru

Eiman Halim said... / August 10, 2021 at 9:40 PM  

Boleh ke saya ambil enoxin 500mg + crestor sekali gus?

Post a Comment

 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire