Trivia for pharmacist (1)

3 comments

For management of COPD, short acting anticholinergic (ipratropium) is superior than short acting beta agonist (salbutamol) due to longer bronchodilating effect of the anticholinergic (GOLD guideline, 2009)

Download GOLD guideline here

Jawapan kepada soalan di post Antibiotik dan Anda U/P nickname: -rahz-

3 comments

salam,
boleh tumpang tanya..
anak sy kena demam, selsema & batuk.
dr bekalkn ampicillin, kena mkn 7hari. 3x sehari.
baru mkn 2 kali.

msalahnya anak sy ni akn muntah lepas mkn ubat sebab dia menangis setiap kali ubat diberi.
jika sy stop beri dia ampicillin tu boleh tak?agak2nya apakah side effect nya?

rasanya sy x boleh nak bertahan smpi 7hari nak bergelut dgn dia masa bg ubat dan lepas tu dia akan termuntah.
keep waiting for your reply. tq in advance.

Assalamualaikum Puan. Tentang soalan puan, ubat antibiotik memang tak digalakkan untuk dihentikan secara mendadak untuk mengelakkan daripada kuman kebal terhadap antibiotik tersebut. Saya harap puan dapat beri juga anak puan makan antibiotik tu 3 kali sehari, sehingga cukup 7 hari. ada beberapa alternatif yang saya boleh cadangkan

1. kalau anak puan muntah2 selepas setengah jam ubat antibiotik tu diminum,

- puan tak perlu bagi dia minum ubat tu sekali lagi sebab selalunya selepas setengah jam ampicillin diminum, ubat tu dah diserap masuk ke dalam badan melalui perut

2. Kalau anak puan muntah2 selepas kurang daripada setengah jam selepas minum antibiotik tu:

- kalau anak puan menyusu botol ataupun dah boleh makan makanan bayi, puan boleh campurkan dos antibiotik tu ke dalam makanan anak puan , kemudian bagi dia makan makanan tu/atau menyusu. puan boleh campurkan sedikit demi sedikit dos antibiotik tu ataupun campurkan terus semua sekali, bergantung kepada sebanyak mana kuantiti makanan yang diberi.

- kalau anak puan masih lagi muntah2 walaupun selepas antibiotik tu diberi melalui campuran makanan, saya cadangkan puan bawa anak puan berjumpa doktor untuk membolehkan doktor membuat penilaian sama ada antibiotik tu perlu ditukar ataupun tidak.

Kalau ada lagi kemusykilan puan boleh bertanya kepada saya atau tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Khairul Naim bin Zainal Abidin
Pegawai Farmasi
Hosp Sibu, Sarawak 

ANTIBIOTIK DAN ANDA

79 comments



Antibiotik merupakan ubat yang digunakan untuk merawat simptom & tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Di kalangan profesional dalam bidang klinikal, antibiotik juga merupakan istilah yang digunakan khusus untuk merujuk kepada ubat yang digunakan bagi merawat jangkitan bakteria (contoh ubat: amoxicillin, ceftriaxone, gentamicin, vancomycin), manakala antifungal merujuk kepada ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat/fungus (contoh ubat: ketoconazole, fluconazole, itraconazole, anidulafungin, caspofungin). Antiviral pulak ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan virus seperti HIV, H1N1 (contoh ubat: oseltamivir, zanamivir. lamivudine, nevirapine). Dalam post kali ni, kita akan bercerita tentang antibiotik.

Pertama sekali, macam mana nak tahu sesuatu ubat tu merupakan antibiotik ataupun tak? Kebiasaannya doktor akan beritahu yang mereka akan beri anda antibiotik sebaik anda anda diperiksa oleh doktor, ataupun ahli farmasi akan beritahu jenis ubat apa yang anda terima masa ubat diberi kepada korang. Katakan semasa ubat diberi kepada anda, ahli farmasi tak bagi tau pun apa kegunaan ubat tu (perkara  nitak patut berlaku, seriously perkara ni memang memalukan kalau berlaku) tapi kalau mereka tak bagitau, pastikan anda tanya ahli farmasi tersebut, apa kegunaan ubat tu. Dan pastikan pada bekas/sampul/kotak ubat tu ditulis dengan perkataan "antibiotik". Tapi katakan la anda baru balik daripada kerja/universiti/sekolah, sampai2 kat rumah tengok ada ubat kepunyaan ayah/mak/atau sape2 je, dan anda tak tau ape jenis ubat tu. Macam mana nak tau ubat tu antibiotik ke tak? Berikut merupakan cara mudah nak kenalpasti jenis2 antibiotik.

Bagi antibiotik jenis Penicillin, nama kandungan aktif (active ingredient) bagi ubat tu akan berakhir dengan imbuhan -cillin. Contoh: Amoxycillin, Cloxacillin, Ampicillin

Bagi antibiotik jenis Macrolides, nama ubat tu selalunya berakhir dengan imbuhan -thromycin. Contoh: Azithromycin, Clarithromycin

Bagi antibiotik jenis Cephalosporin, nama ubat selalunya bermula dengan imbuhan -cef. Contoh: Cefuroxime, Ceftazidime, Cefotaxime

Bagi antibiotik jenis sulfonamide, kalau kat Malaysia, paling common jenis ni Co Trimoxazole a.k.a Sulfamethoxazole + Trimethoprim a.k.a Bactrim

Baiklah, bukan tugas anda nak ingat nama2 ubat ni, terutama kalau anda semua bukan ahli farmasi. Langkah terbaik untuk tau jenis ubat ni, ialah dengan cara menghubungi ahli farmasi di hospital/kedai farmasi terdekat kalau nak dapatkan kepastian yang lebih lanjut, okeh.

Sekarang dah tau la sikit camne nak kenal ubat ni, melalui nama dia. Lebih baik sekarang kita straight away kepada fakta2 pasal antibiotik ni.

1. Bekalan ubat antibiotik perlu dihabiskan. Kalau anda dapat 42 butir, maka habiskanlah 42 butir ubat tu. Kecuali kalau antibiotik tu diberikan dalam bentuk cecair dan ahli farmasi bagitau anda , makan selama seminggu je, lepas tu tak perlu habiskan. Antibiotik perlu dimakan selama waktu tertentu untuk mengelakkan kuman daripada kebal terhadap antibiotik ni

2. Sesentengah antibiotik boleh mengakibatkan alahan dan kesan sampingan yang serius, terutamanya jenis penicillin dan cephalosporin. Kalau anda tiba2 dapat ruam kat badan atau sesak nafas lepas makan antibiotik, atau suhu badan bertambah melebihi 38 darjah selsius sebaik je lepas makan antibiotik, sila segera berjumpa doktor dengan segera

3. Minum banyak air kalau anda makan antibiotik, selepas 2 jam anda makan antibiotik tu. Sesetengah antibiotik dikeluarkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing, jadi banyakkan minum air untuk bersihkan buah pinggang anda .

4. Beritahu ahli farmasi/doktor kalau anda sekiranya anda ada masalah buah pinggang, atau mengandung ataupun menyusukan anak dan dalam masa yang sama antibiotik diberikan kepada anda. Sesetengah antibiotik tak sesuai untuk golongan ibu mengandung/menyusukan anak, dan pengubahsuaian dos diperlukan kalau pesakit ada masalah buah pinggang.

5. Pastikan anda bagitau ahli farmasi/doktor dan dapatkan nasihat mereka kalau anda nak makan makjun, ubat-ubat herba ataupun tonik jika dalam masa yang sama korang kena makan antibiotik - untuk mengelakkan interaksi antara ubat-ubatan.

6. Sesetengah antibiotik perlu dimakan dengan perut kosong, ada yang boleh dimakan masa perut penuh dengan makanan. Pastikan ahli farmasi bagitau anda antibiotik tu kena makan masa bila, masa perut kosong ke atau boleh je ambik lepas makan nasik.

7. Ada sesetengah antibiotic tak boleh dimakan berserta produk tenusu/susu, e.g tetracycline. Pastikan anda diberitahu sama ada boleh ke tak anda minum susu sekali dengan antibiotik tu.

Ada apa2 yang tak faham, boleh tanya kat ruang komen. TQ

UBAT-UBATAN DAN ANDA

10 comments


Setiap manusia yang hidup zaman sekarang ni, boleh dikatakan hampir semuanya pernah memakan bahan kimia yang dinamakan sebagai ubat. Jadi sekarang aku nak berkongsi tentang asas-asas dan perkara-perkara yang anda perlu tahu setiap kali anda menggunakan ubat-ubatan atau alat-alat yang berfungsi untuk memasukkan sebarang jenis ubat ke dalam badan korang.

Terlebih dahulu, sedikit pengenalan tentang terminologi/istilah dalam bidang farmakologi (kajian tentang ubatan) dan perubatan (kajian tentang penyakit dan cara2 mengubati penyakit). Dalam bidang farmakologi, kebiasaannya anda akan bertemu dengan tiga kumpulan bahan kimia iaitu:

(a) dadah - sebarang bahan kimia yang boleh menyebabkan perubahan dalam fungsi dan keadaan normal badan. Contohnya, perindopril boleh menurunkan tekanan darah, morfin boleh menyebabkan halusinasi dan khayal

(b) ubat - bahan kimia yang digunakan untuk mengubati penyakit ataupun tanda-tanda penyakit. Ubat mungkin digunakan untuk mengawal penyakit dengan cara mengubah fungsi dan keadaan normal badan (contoh: atenolol boleh menurunkan kadar denyutan jantung), dan juga mungkin digunakan dengan tujuan untuk menghapuskan punca penyakit (contoh: penisilin digunakan untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan).

selain daripada ubat yang kita sapu (for external use) atau yg disuntik, kebiasaannya ubat yang kita makan ni akan melalui proses macam ni:

- penyerapan, kalau makan melalui mulut ubat tu hancur kat perut, pastu diserap masuk kat perut @ usus, bergantung kpd sifat asid/alkali ubat tu.

- distribution/pengedaran, ubat tu diserap masuk ke dalam salur darah, kemudian ubat tu dibawa ke seluruh badan mengikut aliran darah. jadi semasa proses distribution ni, ubat akan sampai ke pelbagai organ - hati, limpa, jantung, otak dan sebagainya

- metabolisma, ubat tu dibawak ke organ kemudian diproses oleh organ (kebanyakan ubat diproses di hati).Masa kat sini ubat tu akan mengalami salah satu daripada perubahan ni: jadi inactive metabolite ataupun active metabolite. Inactive metabolite akan disingkirkan daripada badan, kalau active metabolite pulak akan bahan aktif yang berfungsi untuk mengubat penyakit.

- penyingkiran daripada badan. Ubat yang berada dalam aliran darah akan disingkirkan sama ada melalui hati ataupun buah pinggang.


(c) racun - bahan kimia yang mengakibatkan kesan toksik yang boleh menyebabkan ancaman terhadap nyawa, ataupun mengakibatkan kerosakan terhadap tubuh badan. Contohnya: racun rumpai (paraquat), dan juga gas sarin yng boleh melumpuhkan saraf.

Cuba fikirkan situasi di bawah

Paracetamol merupakan bahan kimia yang melegakan kesakitan dan menurunkan suhu badan, oleh itu John yang mengalami demam panas menelan 30 biji paracetamol. Akibatnya, beliau terpaksa dimasukkan ke hospital kerana paracetamol yang berlebihan menyebabkan kerosakan hati yang serius.

Ok, nampak tak? Paracetamol, melegakan kesakitan dan menurunkan suhu badan (ciri-ciri dadah - menyebabkan perubahan dalam fungsi badan), lalu digunakan sebagai ubat untuk meredakan tanda-tanda penyakit (demam panas) yang dialami oleh John. Tapi disebabkan memakan paracetamol melebihi dos yang ditetapkan (max dose bagi paracetamol: 4 gram/sehari bagi orang dewasa = 8 tablet), beliau mengalami kerosakan hati (kesan keracunan, paracetamol menjadi racun kepada beliau). Apa yang aku nak cakap, suatu bahan kimia boleh jadi dadah, ubat ataupun racun bergantung kepada situasi dan cara ia digunakan. Tapi ada jugak bahan kimia yang sekadar bertindak tak lebih sekadar racun dan juga dadah, contoh macam gas saraf, racun rumpai dan racun serangga, tetapi bagi kebanyakan bahan kimia yang digunakan untuk tujuan perubatan memiliki sifat-sifat dadah, ubat dan racun.

Baiklah, bila korang rasa badan tak sedap (contoh: suhu badan tinggi, cirit-birit ataupun ruam), ataupun bila korang mengalami keadaan yang memerlukan bantuan doktor (contoh: sesak nafas, pitam, sakit kepala, luka kemalangan dsbnya), setelah doktor melakukan pemeriksaan ke atas badan korang, maka selalunya lepas tu akan dapat ubat lah kan, selalunya dijual kat klinik doktor tu ataupun doktor bagi korang kertas yang bertulis senarai ubat-ubat yang korang kena makan (kertas ni digelar sebagai preskripsi) pastu korang pun bawak preskripsi tu ke farmasi, kemudian ahli farmasi akan memberikan ubat-ubat yang korang kena makan, tanya korang sama ada korang pernah makan ke tak ubat tu seterusnya penjelasan berkenaan ubat tu akan diberi (proses bagi ubat, temu ramah pesakit dan penerangan lengkap tentang ubat-ubat tu digelar sebagai proses pendispensan/ dispensing). Sekarang, katakanlah korang dah berdepan dengan ahli farmasi di depan kaunter, dan dah ada ubat-ubat yang perlu dimakan depan korang. Maka, berikut merupakan perkara-perkara penting yang perlu diberitahu oleh ahli farmasi tu kepada korang sebelum korang ambik dan makan ubat tu. Kalau ahli farmasi tu tak bagitau, aku galakkan supaya korang tanya, ok. Perkara2 tersebut ialah:

1) Nama ubat
Setiap ubat yang dibekalkan akan mempunyai dua nama, satu nama ialah jenama yang diberikan oleh syarikat pengeluar ubat dan satu lagi nama generik (nama generik - nama ubat yang digunakan secara antarabangsa, maksudnya kalau kita bagitau nama generik ubat tu kepada mana2 doktor walaupun berlainan negara, dorang akan tau kegunaan dan jenis ubat tu). Contoh, Panadol (jenama), paracetamol (nama generik). Sila pastikan korang diberitahu nama ubat tu, both generic dan jenama, kemudian hafal nama yang paling mudah korang ingat. Perkara ni penting untuk rujukan pada masa depan kalau2 lepas korang makan, tiba-tiba korang alergik pada ubat tu, so kalau ingat nama ubat tu nanti lain kali boleh la doktor elakkan daripada bagi ubat tu.

2) Berapa kali, berapa lama dan berapa banyak kena makan ubat tu? 


Ada ubat yang kena makan sekali sehari, dua kali sehari, tiga kali sehari. Ubat yang diberikan jugak selalunya ada jangka masa tertentu, kalau antibiotik contohnya selama seminggu. Ada ubat yang kena makan sebijik, dua bijik ataupun tiga bijik, kalau ubat cair ada sukatan ikut mililiter pulak. Jadi pastikan dos dan sukatan ubat diberitahu kepada korang.

3) Kegunaan ubat tu.


Korang dah jumpa doktor, dan katakanlah korang terkena jangkitan kuman. Maka ubat yang diberikan kepada korang ialah Augmentin (jenama)/kombinasi Amoxicillin & Clavulanic Acid (nama generik). Maka pastikan korang diberitahu, yang ubat tu bernama Augmentin, dalam tablet tu terdiri daripada gabungan amoxicillin dan clavulanic acid, yang bertujuan untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.

4) Kesan ubat tu kepada badan korang. 


Sambung balik contoh kat atas, bila terkena jangkitan kuman, biasanya korang akan mengalami demam ataupun bengkak di bahagian tertentu pada badan. Jadi pastikan korang diberitahu apa yang akan jadi pas korang makan ubat tu - Augmentin akan membunuh kuman yang mengakibatkan jangkitan, jadi suhu badan korang ataupun bengkak kat kaki atau tangan atau mana2 jela kat badan korang akan surut dalam lingkungan 3 atau 4 hari. Di samping itu, augmentin jugak mempunyai kesan sampingan - kulit akan jadi kering dan merekah, kebiasaannya di kawasan yang membengkak atau bernanah. Jadi sekiranya kesan sampingan ni menyulitkan dan menyebabkan korang rasa tak selesa, korang mungkin perlu bagitau dan hubungi balik doktor@ahli farmasi untuk tindakan yang selanjutnya. Augmentin jugak kadang2 menyebabkan ruam-ruam (tanda alahan kepada ubat tu), jadi korang kena bagitau doktor @ ahli farmasi kalau hal ni berlaku - jadi mungkin korang kena makan ubat yang lain

5) Cara nak guna ubat tu


Ada ubat yang perlu dimakan, ada yang perlu disapu, ada yang perlu dititik, ada yang perlu disuntik - pastikan korang diberitahu secara lengkap tentang cara nak guna ubat tu. Kalau ubat tu kena makan, Selepas makan atau sebelum makan? Sesetengah ubat tak boleh diambil bersama makanan, sebab ubat tu mungkin melekat pada makanan dan akibatnya tak banyak ubat dapat diserap ke dalam makanan. Ada jugak ubat yang kena diambik bersama makanan, sebab ada sesetengah ubat boleh menyebabkan pengeluaran asid yang berlebihan dan seterusnya sakit perut.

6) Cara nak simpan ubat tu


Dalam peti sejuk? Kat tempat gelap? Kat dalam bekas kedap udara? Sesetengah ubat sensitif kepada suhu, udara dan cahaya, jadi memerlukan penyimpanan yang rapi. Tapi secara standard la, kalau ubat tablet atau capsule, asalkan kat tempat gelap dan sejuk (dalam almari ke), dah ok dah.

7) Amaran khas berkaitan ubat. 


Ada sesetengah ubat menyebabkan mengantuk, jadi kena makan masa nak tidur. Ada ubat yang mengakibatkan sakit perut, jadi kena ambik lepas makan.

8) Tarikh luput ubat. 


Pastikan korang diberitahu, sebab sesetengah ubat yang dibancuh sendiri oleh ahli farmasi di hospital (kebiasaannya dalam bentuk cecair) cuma boleh bertahan dalam tempoh 2 minggu je sebelum expired.

Baiklah tu perkara-perkara yang perlu diberitahu kepada korang masa ubat tu diberikan kepada korang. Sekarang, perkara2 lain yang secara umumnya korang kena ambil perhatian bila mengambil sesuatu jenis ubat.

1) Jangan gunakan ubat orang lain.


Contoh, kalau antibiotik korang habis, sakit tak sembuh lagi, tengok2 ada antibiotik member punya, korang sebat je antibiotik member tu, malas pergi klinik. Tak boleh buat camtu, sebab antibiotik tu mungkin berlainan jenis dengan yang korang makan, dan dos pun berbeza, kuman yang nak dibunuh pun berbeza. Dapatkan bekalan ubat baru di hospital atau klinik kalau ubat dah habis

2) Makan herba dan makanan tambahan bersekali dengan ubat.


Ada sesetengah jenis herba dan makanan tambahan boleh menyebabkan sesetengah ubat-ubat tak berkesan atau menjadi terlebih berkesan sampai mengakibatkan toksik. Jadi, beritahu doktor @ ahli farmasi kalau korang ada ambik herba @ supplement sekali dengan ubat tu

3) Kalau terlupa makan ubat..


contoh kena makan tiga kali sehari atau setiap 8 jam sekali. Makan pukul 12 tgh hari, 8 malam dan 4 pagi. Katakan korang terlupa makan pada pukul 12 tengah hari, tengok jam dah pukul 4. Jadi, takyah makan dah la ubat tu, dah lewat 4 jam, kalau lewat sejam atau dua jam baru teringat yang lupa makan ubat, boleh lagi makan ubat tu secepat mungkin.

Baiklah, tu lah sedikit sebanyak yang boleh aku kongsi, kalau nak lengkap lagi boleh ajukan pertanyaan kat aku, mana-mana doktor perubatan, ahli farmasi ataupun lawat website ni --> Know Your Medicine.

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

0 comments

Salam Aidilfitri 1421H
kepada semua warga UiTM Pharmacy.
5th Batch khususnya~
Batch2 lain, junior dan senior, lecturer, staff, etc.


 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire