Kesan ubat yang tidak diingini (Adverse Drug Reaction)

25 comments



Kesan ubat yang tidak diingini (ENG: Adverse Drug Reaction), merupakan sebarang gejala atau kesan yang membahayakan kesihatan @ nyawa akibat daripada pengambilan ubat yang diambil pada dos/sukatan yang normal. Contohnya,

Ali menghidap penyakit kencing manis, dan dia memakan tablet Metformin sebanyak 1 gram (2 biji tablet), dua kali sehari. Tiba-tiba pada suatu hari lepas makan 2 biji tablet Metformin tu, secara beransur-ansur dia mengalami keletihan, berlaku peningkatan dalam kadar pernafasan, pening2 dan muntah2 sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Selepas diperiksa, Ali mengalami lactic acidosis (peningkatan acid lactic dalam darah sehingga menyebabkan darah menjadi berasid), kesan daripada pengambilan Metformin.

Berbanding dengan kesan sampingan (ENG: side effects), kesan ubat yang tak diingini ataupun ADR ni memang effect negatif daripada pengambilan ubat.

Contoh ADR                 : gastritis & pendarahan pada usus disebabkan pengambilan ubat aspirin

Kesan sampingan pulak kadang2 kita tak nak tapi kadang2 berguna juga 

Contoh kesan sampingan: ubat-ubat yang tergolong opiod agonist macam morphine, diphenoxylate boleh menyebabkan sembelit, tapi side effect ubat tu iaitu menyebabkan sembelit tu boleh digunakan untuk merawat cirit birit. Begitu juga ubat selsema, Chlorpheniramine, kesan sampingannya menyebabkan mengantuk. Tapi untuk rawatan masalah susah nak tidur, chlorpheniramine boleh juga diberi untuk membantu pesakit tidur (gunakan side effect ubat untuk merawat masalah penyakit).

Berikut merupakan sedikit info tentang klasifikasi kesan ubat yang tidak diingini. Dialih bahasa daripada sumber berikut: Marc A.R. et. al (2003) Adverse Drug Reaction: Types and Treatment Options, American Family Physician, 68(9), 1781-1791

Reaksi Ubat (Immunologik dan Bukan Immunologik)*


Jenis    Contoh

Immunologik

Reaksi jenis 1 (melibatkan IgE)

  Alahan kepada β-lactam antibiotic
Reaksi jenis 2 (sitotoksik)
  Hemolytic anemia akibat penicillin
Reaksi jenis 3 (kompleks     imun)
  Alahan kepada anti-thymocyte globulin
Reaksi jenis 4 (tertangguh, melibatkan sel)
  Bengkak/ruam kulit akibat ubat sapu antihistamine
Pengaktifan sel T spesifik
  Ruam cacar akibat sulfonamides
Fas/Fas ligand-induced      apoptosis
  Stevens-Johnson syndrome



Lain-lain
  Sindrom lupus akibat pengambilan ubat


  Sindrom alahan kepada ubat epilepsi

Bukan Immunologik

Boleh dijangka


Kesan sampingan ubat primer

Mulut kering akibat antihistamines

Kesan sampingan ubat sekunder
Jangkitan fungi/yis semasa mengambil antibiotics

Kesan toksik ubat
Kesan toksik pada hati akibat pengambilan methotrexate

Interaksi antara ubat-ubatan
Sawan akibat mengambil theophylline selepas memakan erythromycin

Dos berlebihan
Sawan akibat pengambilan berlebihan lidocaine (Xylocaine)

Tidak boleh dijangka




Pseudoallergic

Alahan teruk selepas terdedah kepada media radio-kontras

Idiosyncratic
Hemolytic anemia di kalangan pesakit yang  kekurangan enzim G6PD selepas mengambil primaquine (ubat anti malaria)

Kegagalan untuk toleransi kepada ubat 
Telinga berdengung setelah memakan satu dos kecil aspirin


Macam mana nak tau lepas makan sesuatu ubat tu, kita mengalami kesan yang diingini atau pun tak diingini? Memang sukar jugak la nak tau dengan sendiri. Jadi nak bagi senang cerita macam ni, bila anda semua memperoleh sesuatu jenis ubat daripada kaunter farmasi, pastikan anda diberitahu serba sedikit maklumat menenai ubat tu - apa kegunaan ubat tu, apa kesan yang dijangkakan daripada ubat tu sama ada kesan baik atau kesan buruk. Sebagai contoh, baca la perbualan kat bawah ni:



Pegawai Farmasi: Pakcik, ni ada dua jenis ubat, pakcik kena makan ubat ni untuk penyakit pakcik.


Pakcik Karl       : Ok, amendanya ubat tu. Cuba cerita sikit.




Pegawai Farmasi: Ini yang warna kuning ni, perindopril. Ubat ni untuk darah tinggi pakcik. Kena makan waktu pagi sebelum makan sarapan. Makan 1 biji sekali sehari. Yang ubat satu lagi ni ubat tahan sakit, tramadol. Ubat ni makan bila rasa sakit je, sekali makan boleh makan sebiji, paling banyak bol




Pakcik Karl      : Kalau makan ubat kuning hijau macam bendera kedah ni (tunjuk jari kat tramadol), lepas makan patutnya rasa sakit kurang la sikit kan. Tapi yang ubat bijik kuning ni, amenda ke tadi, perindopril, kalau pakcik makan..macam mana nak tau ubat ni dah bagi kesan ke tak?





Pegawai Farmasi: Ubat perindopril ni, bila pakcik dah makan dalam tempoh seseminggu dua ni, sepatutnya pening kepala pak cik makin kurang la. Lepas tu, nanti kalau makan ubat ni nanti selalunya ada batuk2 la sikit. Kalau teruk sangat batuknya, pakcik datang balik la hospital, jumpa doktor bagitau pasal batuk tu.


Pakcik Karl       : Ooo. Makan ubat-ubat ni takde kesan lain ke, sembelit ke, muntah darah ke, payah nak kencing ke?





Pegawai Farmasi: Takdela extreme sampai camtu pakcik..Aa, satu lagi kalau makan ubat tramadol tu ada kemungkinan sembelit, pening2 sikit, jadi kena minum banyak air la pakcik ye




Pakcik Karl        : Ooo. Ok2. Selain tu, takde kesan2 adverse effect lain ke?





Pegawai Farmasi: Er, setakat yang saya cerita tadi tu jela biasanya, lain2 takde sangat. Ala ubat pakcik ni sikit je, bukan sampai 7-8 ubat pun, rilek la pakcik, takyah takut. Pakcik add saya kat facebook, ape2 hal kalau ade benda2 lain jadi kat pakcik yg pakcik rasa sebab ubat yang pakcik makan tu, pakcik tulis je kat wall saya, ok?





Pakcik Karl       : Okeh, set. Assalamualaikum

Senarai Ubat-Ubatan dan Kosmetik yang Dibatalkan Pendaftaran di Malaysia

352 comments



Untuk pengetahuan pembaca-pembaca sekalian, setiap ubat-ubatan yang nak dijual di Malaysia ni perlu terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk kosmetik pulak, beberapa tahun lepas kosmetik pun perlu didaftarkan terlebih dahulu, tapi sekarang tak perlu pendaftaran tapi pihak pengeluar perlu declare atau beritahu pihak Biro tentang  kandungan bahan kosmetik mereka, sama ada mematuhi  Arahan Kosmetik Asean ataupun tak (ni politik punya cerita, payah sikit ler aku nak cerita kat sini). Bagi kosmetik, proses pemberitahuan berkenaan pematuhan syarikat kepada Arahan Kosmetik Asean digelar sebagai notifikasi. Agensi dibawah KKM yang bertanggungjawab menyelia pendaftaran ubat-ubat dan kosemetik ialah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, dan dalam biro tu pulak, ada satu la badan eksekutif yang digelar sebagai Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Apa pentingnya pendaftaran ubat-ubat dan kosmetik ni? Ceritanya macam ni, sebelum produk tu didaftarkan, pihak Biro akan meneliti kandungan bahan dalam ubat melalui ujian makmal bagi memastikan ubat-ubat dan kosmetik tu tidak mengandungi bahan kimia ataupun dadah yang berbahaya. Untuk memastikan keselamatan pengguna la, senang cerita. Di samping tu, bila sesuatu ubat-ubat atau kosmetik tu berdaftar, katakanlah terjadi kesan sampingan pada pengguna lepas mereka guna produk tu - senang la tindakan susulan nak dibuat, maksudnya kalau kesan sampingan tu serius, pihak kementerian boleh trace balik data berkenaan ubat u, apa kandungan dia, apa rawatan yang sesuai untuk mangsa yang mengalami kesan sampingan tu, apa punca sebenar kesan sampingan tu terjadi - sebab alergik ke, sebab penyakit lain ke, atau sebab ubat tu sendiri. Bayangkan kalau pesakit datang ke hospital, cakap kat doktor, saya makan tablet warna ungu untuk kuruskan badan, bila buat medical examination, tengok2 rosak dah buah pinggang pesakit tu. Lepas buat semua ujian - tengok2 takde sebab lain yang logik yang boleh menyebabkan buah pinggang member tu rosak selain daripada ubat warna ungu tu. Bila tengok kotak ubat, tengok warna ubat, maklumat berkenaan ubat tu mungkin tak mencukupi untuk membolehkan doktor ambik tindakan susulan, ye la mana nak tau ape ke benda yang dimakan pesakit tu. Kalau ubat tu berdaftar, bukan saja mudah untuk doktor tu ambil tindakan susulan, tapi dalam masa yang sama memudahkan produk tu ditarik balik daripada pasaran untuk mengelakkan lebih ramai lagi yang jadi mangsa.

Baiklah, jadi kat bawah ni merupakan senarai ubat-ubatan (secara spesifik, ubat-ubat tradisional la, sebab memang ubat tradisional je yang selalu spoil) dan juga pembatalan notifikasi kosmetik-kosmetik di Malaysia. Para pengguna & peminat produk-produk ubat tradisional dan kosmetik yang disenaraikan dibawah, dinasihatkan supaya tidak lagi membeli atau menggunakan ubat-ubat tersebut sebab produk2 tersebut didapati mengandungi bahan kimia/ubat terjadual yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius kepada pengguna (sebenarnya bila arahan pembatalan pendaftaran dan notifikasi dikeluarkan, produk-produk tersebut sepatutnya ditarik balik serta-merta dari pasaran, tapi faham2 la, orang bisnes, mesti ada gak yang jual stok dorang sampai habis).

Senarai Ubat-Ubat Tradisional Yang Dibatalkan Pendaftaran
Tahun 2009
Bil Nama produk No. pendaftaran Bahan kimia yang dikesan
1 Phyto-Hape MAL05101774T Sibutramine
2 Phyto Shape MAL20051399TE Sibutramine
3 Etumax Eurycoma Active Plus MAL05101707T Sildenafil analogue
4 Loong Choo Brand Reh Bih Ho Herbal Tea MAL20001175T Paracetamol
5 Jinglida MAL07031203T Aminotadalafil*
6 Bodybeaus MAL06030982TCS Sibutramine
7 Eng Luan Codyceps, Chuanbei Plus Cough Pill 3.5gm MAL19992654TC Diphenhydramine
8 Senna Plus Capsule 400mg MAL06100615TC Sibutramine



Tahun 2008

Bil Nama produk No. pendaftaran Bahan kimia yang dikesan
1 Ju Purt Jen Chin Yen (Cap Fuu Cheng) MAL19971673T Ephedrine
2 Bionex MAL20041038TC Sibutramine
3 Edoly Kapsul MAL07090970T Chlorpheniramine
4 Pronoton MAL20033871T Sildenafil & analogue
5 Venergy capsule 300mg MAL04125617T Sildenafil analogue
6 ML Spring Returns MAL06121139T Sildenafil analogue
7 ML Viraken capsule MAL05041920T Sildenafil analogue
8 Tribulus Plus capsule 400mg MAL06081348TC Sildenafil analogue
9 Epimedi Plus capsule 400mg MAL06100617T Sildenafil analogue
10 Primalex MAL06121124T Sildenafil analogue
11 Spartan MAL06121203TC Sildenafil analogue
12 Xiao Tang Ling MAL20031850T Glibenclamide
13 Xanthium plus MAL06100693TC Ibuprofen & Budesonide
14 Slimway Herbs MAL19992643T Sibutramine


Senarai Kosmetik Yang Dibatalkan Pendaftaran

Tahun 2010


Bil Nama produk No. notifikasi Bahan kimia yang dikesan
1 NV Toner Treatment No 1 NOT05010130KE Hydroquinone & Tretinoin
2 NV Toner Treatment No 2 NOT05010129KE Hydroquinone & Tretinoin
3 Zara Rejuvenation Cream NOT04081873KE Hydroquinone
4 Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream NOT081201209K Tretinoin
5 Pigmentation Recovery Complex NOT081200745K Tretinoin
6 De Putih Night Cream NOT05100878KE Tretinoin
  
Tahun 2009


Bil Nama produk No. notifikasi Bahan kimia yang dikesan
1 Felisa Gentle Peeling Solution NOT07080210KE Tretinoin
2 Krim Malam Rahsia Rimba NOT080801112K Hydroquinone
3 Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KE Hydroquinone
4 ~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KE Hydroquinone
5 Magixpress Lightening Plus NOT07121009KE Hydroquinone
6 A.Vant Cream NOT05022860KE Tretinoin
7 Eriesya Spa Beauty Cream NOT07122412KE Hydroquinone
8 Natasya Krim Herba NOT07090337KE Hydroquinone &Tretinoin
9 Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya NOT03090150KE Tretinoin
10 Ratna Sari Whitening Night Cream NOT080700826K Tretinoin
11 ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream NOT04082451KE Hydroquinone
12 Chantique - Whitening Night Cream NOT04121404KE Tretinoin

Tahun 2008

Bil Nama produk No. notifikasi Bahan kimia yang dikesan
1 Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KE Hydroquinone
2 Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone
3 Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone
4 Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KE Hydroquinone
5 EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone
6 O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin






* Aminotadalafil merupakan ubat terjadual yang tergolong daripada jenis phospodiesterase 5
inhibitor,ubat yang digunakan untuk merawat masalah erectile dysfunction (kegagalan zakar
untuk menegang). Contoh ubat-ubatan yang tergolong daripada kumpulan yang sama:
sildenafil (jenama: Viagra),tadalafil (jenama: Cialis). Walaubagaimanapun, tiada data klinikal
dan laporan daripada pakar-pakar perubatan berkenaan ubat ini, menjadikan pengambilan
ubat ini berisiko tinggi untuk mendatangkan bahaya kepada pengguna.






Sumber senarai ubat-ubatan dan kosmetik: laman web rasmi Biro Farmaseutikal Kebangsaan.
Klik di sini untuk senarai ubat-ubatan tradisional dan di sini untuk senarai kosmetik-kosmetik
(senarai-senarai tersebut tertakluk kepada pindaan, anda digalakkan untuk melayari
laman web Biro untuk mendapatkan senarai terbaru yang berubah dari semasa ke semasa.




Trivia for pharmacist (1)

3 comments

For management of COPD, short acting anticholinergic (ipratropium) is superior than short acting beta agonist (salbutamol) due to longer bronchodilating effect of the anticholinergic (GOLD guideline, 2009)

Download GOLD guideline here

Jawapan kepada soalan di post Antibiotik dan Anda U/P nickname: -rahz-

3 comments

salam,
boleh tumpang tanya..
anak sy kena demam, selsema & batuk.
dr bekalkn ampicillin, kena mkn 7hari. 3x sehari.
baru mkn 2 kali.

msalahnya anak sy ni akn muntah lepas mkn ubat sebab dia menangis setiap kali ubat diberi.
jika sy stop beri dia ampicillin tu boleh tak?agak2nya apakah side effect nya?

rasanya sy x boleh nak bertahan smpi 7hari nak bergelut dgn dia masa bg ubat dan lepas tu dia akan termuntah.
keep waiting for your reply. tq in advance.

Assalamualaikum Puan. Tentang soalan puan, ubat antibiotik memang tak digalakkan untuk dihentikan secara mendadak untuk mengelakkan daripada kuman kebal terhadap antibiotik tersebut. Saya harap puan dapat beri juga anak puan makan antibiotik tu 3 kali sehari, sehingga cukup 7 hari. ada beberapa alternatif yang saya boleh cadangkan

1. kalau anak puan muntah2 selepas setengah jam ubat antibiotik tu diminum,

- puan tak perlu bagi dia minum ubat tu sekali lagi sebab selalunya selepas setengah jam ampicillin diminum, ubat tu dah diserap masuk ke dalam badan melalui perut

2. Kalau anak puan muntah2 selepas kurang daripada setengah jam selepas minum antibiotik tu:

- kalau anak puan menyusu botol ataupun dah boleh makan makanan bayi, puan boleh campurkan dos antibiotik tu ke dalam makanan anak puan , kemudian bagi dia makan makanan tu/atau menyusu. puan boleh campurkan sedikit demi sedikit dos antibiotik tu ataupun campurkan terus semua sekali, bergantung kepada sebanyak mana kuantiti makanan yang diberi.

- kalau anak puan masih lagi muntah2 walaupun selepas antibiotik tu diberi melalui campuran makanan, saya cadangkan puan bawa anak puan berjumpa doktor untuk membolehkan doktor membuat penilaian sama ada antibiotik tu perlu ditukar ataupun tidak.

Kalau ada lagi kemusykilan puan boleh bertanya kepada saya atau tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Khairul Naim bin Zainal Abidin
Pegawai Farmasi
Hosp Sibu, Sarawak 

ANTIBIOTIK DAN ANDA

79 comments



Antibiotik merupakan ubat yang digunakan untuk merawat simptom & tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Di kalangan profesional dalam bidang klinikal, antibiotik juga merupakan istilah yang digunakan khusus untuk merujuk kepada ubat yang digunakan bagi merawat jangkitan bakteria (contoh ubat: amoxicillin, ceftriaxone, gentamicin, vancomycin), manakala antifungal merujuk kepada ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat/fungus (contoh ubat: ketoconazole, fluconazole, itraconazole, anidulafungin, caspofungin). Antiviral pulak ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan virus seperti HIV, H1N1 (contoh ubat: oseltamivir, zanamivir. lamivudine, nevirapine). Dalam post kali ni, kita akan bercerita tentang antibiotik.

Pertama sekali, macam mana nak tahu sesuatu ubat tu merupakan antibiotik ataupun tak? Kebiasaannya doktor akan beritahu yang mereka akan beri anda antibiotik sebaik anda anda diperiksa oleh doktor, ataupun ahli farmasi akan beritahu jenis ubat apa yang anda terima masa ubat diberi kepada korang. Katakan semasa ubat diberi kepada anda, ahli farmasi tak bagi tau pun apa kegunaan ubat tu (perkara  nitak patut berlaku, seriously perkara ni memang memalukan kalau berlaku) tapi kalau mereka tak bagitau, pastikan anda tanya ahli farmasi tersebut, apa kegunaan ubat tu. Dan pastikan pada bekas/sampul/kotak ubat tu ditulis dengan perkataan "antibiotik". Tapi katakan la anda baru balik daripada kerja/universiti/sekolah, sampai2 kat rumah tengok ada ubat kepunyaan ayah/mak/atau sape2 je, dan anda tak tau ape jenis ubat tu. Macam mana nak tau ubat tu antibiotik ke tak? Berikut merupakan cara mudah nak kenalpasti jenis2 antibiotik.

Bagi antibiotik jenis Penicillin, nama kandungan aktif (active ingredient) bagi ubat tu akan berakhir dengan imbuhan -cillin. Contoh: Amoxycillin, Cloxacillin, Ampicillin

Bagi antibiotik jenis Macrolides, nama ubat tu selalunya berakhir dengan imbuhan -thromycin. Contoh: Azithromycin, Clarithromycin

Bagi antibiotik jenis Cephalosporin, nama ubat selalunya bermula dengan imbuhan -cef. Contoh: Cefuroxime, Ceftazidime, Cefotaxime

Bagi antibiotik jenis sulfonamide, kalau kat Malaysia, paling common jenis ni Co Trimoxazole a.k.a Sulfamethoxazole + Trimethoprim a.k.a Bactrim

Baiklah, bukan tugas anda nak ingat nama2 ubat ni, terutama kalau anda semua bukan ahli farmasi. Langkah terbaik untuk tau jenis ubat ni, ialah dengan cara menghubungi ahli farmasi di hospital/kedai farmasi terdekat kalau nak dapatkan kepastian yang lebih lanjut, okeh.

Sekarang dah tau la sikit camne nak kenal ubat ni, melalui nama dia. Lebih baik sekarang kita straight away kepada fakta2 pasal antibiotik ni.

1. Bekalan ubat antibiotik perlu dihabiskan. Kalau anda dapat 42 butir, maka habiskanlah 42 butir ubat tu. Kecuali kalau antibiotik tu diberikan dalam bentuk cecair dan ahli farmasi bagitau anda , makan selama seminggu je, lepas tu tak perlu habiskan. Antibiotik perlu dimakan selama waktu tertentu untuk mengelakkan kuman daripada kebal terhadap antibiotik ni

2. Sesentengah antibiotik boleh mengakibatkan alahan dan kesan sampingan yang serius, terutamanya jenis penicillin dan cephalosporin. Kalau anda tiba2 dapat ruam kat badan atau sesak nafas lepas makan antibiotik, atau suhu badan bertambah melebihi 38 darjah selsius sebaik je lepas makan antibiotik, sila segera berjumpa doktor dengan segera

3. Minum banyak air kalau anda makan antibiotik, selepas 2 jam anda makan antibiotik tu. Sesetengah antibiotik dikeluarkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing, jadi banyakkan minum air untuk bersihkan buah pinggang anda .

4. Beritahu ahli farmasi/doktor kalau anda sekiranya anda ada masalah buah pinggang, atau mengandung ataupun menyusukan anak dan dalam masa yang sama antibiotik diberikan kepada anda. Sesetengah antibiotik tak sesuai untuk golongan ibu mengandung/menyusukan anak, dan pengubahsuaian dos diperlukan kalau pesakit ada masalah buah pinggang.

5. Pastikan anda bagitau ahli farmasi/doktor dan dapatkan nasihat mereka kalau anda nak makan makjun, ubat-ubat herba ataupun tonik jika dalam masa yang sama korang kena makan antibiotik - untuk mengelakkan interaksi antara ubat-ubatan.

6. Sesetengah antibiotik perlu dimakan dengan perut kosong, ada yang boleh dimakan masa perut penuh dengan makanan. Pastikan ahli farmasi bagitau anda antibiotik tu kena makan masa bila, masa perut kosong ke atau boleh je ambik lepas makan nasik.

7. Ada sesetengah antibiotic tak boleh dimakan berserta produk tenusu/susu, e.g tetracycline. Pastikan anda diberitahu sama ada boleh ke tak anda minum susu sekali dengan antibiotik tu.

Ada apa2 yang tak faham, boleh tanya kat ruang komen. TQ

 
Designed by: Newwpthemes.com | Bloggerized by Dhampire